kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Malaysia gah dalam olahraga

Jika Sukan SEA sebelumnya menyaksikan Burma hampir mendominasi olahraga, keada­an sebaliknya berlaku di Fili­pina apabila Malaysia jelas begitu gagah.

Pelumba jalan kaki, Vasu Subramaniam mengutip emas berganda acara 10 dan 20 kilometer dengan catatan masing-masing 46 minit, 45.1 saat dan satu jam, 36 minit dan 34.5 saat.


VASU SUBRAMANIAM (kiri) bersama Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1986

Ini adalah emas ketiga berturut-turut Vasu sejak 1977 dalam 10km manakala yang kedua berturut-turut untuk acara 20km selepas 1979 kerana tewas kepada rakan senegara Khoo Chong Beng pada tahun itu.

Malaysia juga memastikan ke­sudahan 1-2 bagi 10km apabila pingat perak dimenangi K. Batumalai dengan catatan 47:57.7s.

Hoo Yoon Wah dan (mendiang) Ballang Lasung mengalungkan negara dengan dua lagi emas dari­pada acara padang, lompat tinggi (2.10 meter) dan rejam lembing (68.48 meter).


HANAPIAH NASIR muncul juara baharu acara dekatlon.

‘Orang Besi’ Hanapiah Nasir pula muncul juara baharu acara dekatlon yang merangkumi 10 disiplin balapan dan padang.

Dia mengumpul 6,719 mata daripada 100 meter, 110 meter berpagar, 400 meter, 1,500 meter, lompat jauh, lompat tinggi, lompat bergalah, lempar cakera, lontar peluru dan rejam lembing.

Olahragawati Malaysia pula lebih menyerlah di balapan dengan (Datuk Paduka) Mumtaz Jaffar muncul Wanita Terpantas Asia Tenggara 1981 setelah memenangi 100 meter dengan catatan 11.84 saat.


V. Angamah menambah emas menerusi 800 meter, menca­tatkan 2:11.18 saat sebelum dia meng­anggotai rangkaian 4x100 dan 4x400 meter yang merangkul emas berganda di samping (Datuk) Zaiton Othman, Mumtaz dan Saik Oik Cum.

Menghampakan rangkaian tuan rumah yang diketuai Lydia de Vega, mereka mencatatkan 46.42 saat bagi 4x100m dan 3:41.35s bagi 4x400m.

Malaysia mencipta kejutan di gelanggang judo apabila Peggy Nicholas memenangi emas kate­gori heavyweight (72 kilogram) wanita dengan mengalahkan peserta tuan rumah Eleen Tinio.


ZAITON OTHMAN menyerlah sebagai salah seorang ratu olahraga negara di Manila pada 1981

Suka bercampur duka menyelubungi skuad sepak takraw negara apabila hanya berjaya mempertahankan emas acara berpasukan dengan mudah setelah menum­paskan Thailand 3-0 namun kempunan gelaran antara regu.

Acara yang baharu diperkenalkan dalam Sukan SEA ini hanya menyaksikan sebutir gangsa dibawa pulang setelah sebuah regu negara tewas 2-0 kepada musuh tradisi itu dalam separuh akhir. Thailand membolot emas dan perak antara regu.

Barisan juara berpasukan buat kali keenam berturut-turut sejak 1971 dianggotai Fauzi Ayob, Adnan Saidin, Sahar Omar, Salim Yusof, (Allahyarham) Shukri Ismail, Zainudin Kamaruddin, Rahim Kassim, (Allahyarham) Rashid Yahya, Azman Ismail, Jamal Din, Subari Said dan Kamaruddin Salleh.

Mereka turut membenam Brunei, Indonesia dan Filipina 3-0 selain Si­ngapura 2-1 dalam liga sepusingan berpasukan dan hanya keciciran satu set ketika mengalahkan Thailand dalam regu pertama, 16-18, 18-16, 15-10.

Tags: sports, sukan
Subscribe

Posts from This Journal “sukan” Tag

  • Keserasian Pasukan Negara?

    Pasukan Harimau Malaya kini sedang bersiap sedia untuk kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang baki pusingan keduanya akan disambung di…

  • Bersukan Membantu Meningkatkan Keperibadian Anda?

    Kita semua tahu bagaimana Sukan boleh menjadi baik untuk kita dalam tahap fizikal, menjaga kesihatan dan juga membantu anda untuk kekal cergas.…

  • Keyakinan Diri Dalam Bersukan

    Peminat sukan di negara kita dianggap bernasib baik berpeluang dan menonton perlawanan langsung badminton dan bola sepak ketika pandemik melanda.…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments