kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Nurul Huda kekal Duyung Emas Negara, Taekwondo terjah lapan emas

Taekwondo terjah lapan emas

BARU sahaja dua tahun menyertai program Sukan SEA sejak 1987, taekwondo sudah menjadi ibarat lombong emas yang produktif buat kontinjen Malaysia apabila menghasilkan lapan pingat emas dalam temasya Kuala Lumpur 1989.

R. Selvamuthu mengetuai barisan pendekar taekwondo itu setelah menjuarai kategori bantamweight lelaki dengan mengalahkan Pun Saardium dari Thailand dalam pusingan akhir.


SKUAD negara meraikan kejayaan menang pingat emas bola sepak selepas menumpaskan Singapura 3-1 dalam perlawanan akhir.
Turut cemerlang ialah K. Mohan (lightweight), Lim Chui Ann (welter), Rashid Che Omar (heavyweight) selain wirawati - M. Vasugi (finweight), Chai Saew Yuen (bantamweight), Sarah Chung (lightweight) dan Joyce Ong (welterweight).

Tiga emas dihasilkan skuad berbasikal negara dengan dua daripadanya menerusi gandingan 4 kilometer kejar-mengejar dengan catatan 4:42.67s dan 180km lebuh raya selain M. Kumaresan (perseorangan) yang mencatat 4 jam 50 minit 03.33 saat.

Meja pingpong juga kembali menyaksikan dua emas terhasil menerusi Lim Chin Leong dan Leong Mee Wan yang memenangi acara perseorangan lelaki dan wanita.

Emas kejutan pastinya daripada skuad badminton (Foo Kok Keong, Rashid Sidek, Razif Sidek, Jalani Sidek, Rahman Sidek dan Soo Beng Kiang) yang buat kali pertamanya menamatkan penguasaan Indonesia dalam acara berpasukan lelaki sejak 1977.


FAIZNUR miskin menggayakan acara kegemarannya gelung rotan yang membawa sebutir daripada lima pingat emas yang dirangkulnya
Turut mengejutkan ialah kejayaan Zulkifli Yaacob yang meraih emas tinju negara dalam Sukan SEA/SEAP sejak kali terakhir Terence Stahlmann memenangi kelas welterweight (67 kilogram) pada 1967. Zulkifli menewaskan Emmanuel Legaspi dari Filipina dalam pertarungan middleweight (75kg).

(Allahyarham) Bujang Taha muncul pemenang emas tunggal bina badan menerusi kategori bantamweight (bawah 65 kilogram). Sayangnya juara Asia, Malek Noor pula kecundang kepada Peter Hays dari Singapura dalam saingan heavyweight (bawah 90 kilogram) untuk sekadar berpuas hati dengan perak. Nurul Huda kekal Duyung Emas Negara

LAPAN pingat emas milik Nurul Huda Abdullah di Kompleks Renang Kuala Lumpur menjulangnya selaku Olahragawati Sukan SEA 1989. Dia menjuarai 200, 400 dan 800 meter gaya bebas, 200 meter kuak lentang dan kupu-kupu, 200 dan 400 meter rampaian individu serta 4x100 meter rampaian.


TRIO emas sepak takraw antara regu (dari kiri) Abdul Malik Samsudin, Nordin Sabarudin dan Rehan Mat Din

Jika tidak ditewaskan oleh Akiko Thomson dari Filipina yang berdarah kacukan Amerika-Jepun dalam 100 meter gaya bebas, perenang yang berpangkalan di Brisbane, Australia itu mampu melebarkan koleksinya menjadi sembilan emas.

Dia juga dipintas untuk sekadar berpuas hati dengan sebutir lagi perak oleh rakan senegara, May Tan Seok Khoon dalam 100 meter kuak kupu-kupu yang mencatatkan 1:04.05 saat berbanding 1:04.81 saat.


Rakan senegara Akiko, Eric Buhain pula dinobatkan sebagai Olahragawan Sukan SEA 1989 sekalipun hanya beroleh tiga emas berbanding enam emas milik David Lim dari Singapura kerana lebih banyak membaharui rekod.


Nurul Huda Abdullah, renang


Gimnas wanita Malaysia, Faiznur Miskin turut meraih tumpuan. Dia menyapu bersih lima emas gimnastik berirama (tali, gelung, bola, reben dan individu) dengan menewaskan rakan senegara, Lam Swee Kim, Willa Olivia (Indonesia) dan Uraiwan Kamawatana (Thailand).

Skuad bola sepak menghadiahkan ulang tahun Hari Kebangsaan Ke-32 dengan pingat emas bola sepak pada 31 Ogos 1989 sekali gus menjadi pelengkap tepat penutupan Sukan SEA selepas menewaskan Singapura 3-1 di Stadium Merdeka.

Emas sepak takraw yang terlepas kepada Thailand dalam dua temasya 1985 dan 1987, kembali dirampas dalam acara antara regu (Nordin Sabarudin, Rehan Mat Din dan Malik Samsudin) namun kalah 2-1 kepada musuh tradisi bagi berpasukan. Ini juga emas sulung antara regu Malaysia sejak acara itu diperkenalkan di Manila 1981.

Tags: sports, sukan
Subscribe

Posts from This Journal “sukan” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments