?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Jaringan sendiri beri emas kepada Thailand

GOL sendiri penjaga gol Kama­rulzaman Hassan ketika permainan berbaki tiga minit benar-benar menjadi ‘antiklimaks’ kepada harapan Malaysia untuk menamatkan kemarau pingat emas bola sepak sejak 1989.

Dia tertampan masuk umpanan lintang pemain Thailand, Sarawut Treephan di Stadium Shah Alam, Selangor untuk ‘menghadiahkan’ emas bertuah kepada pasukan lawan sedangkan skuad bimbingan Alan John Harris itu menguasai permainan.


MAJLIS penutupan Sukan SEA 2001 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Terdahulu skuad bawah 23 tahun negara membelasah Brunei 5-0 ketika membuka tirai Kumpulan B, membenam Indonesia 2-1 dan Vietnam 2-0 serta Myanmar 1-0 dalam separuh akhir.

Antara penjaring gol Malaysia ialah Akmal Rizal Rakhli, Indra Putra Mahyuddin, Irwan Fadzli Idrus, Nizaruddin Yusop yang dianggap skuad belia terbaik di rantau Asia Tenggara yang pernah dibentuk pada awal alaf baharu.

Skuad sepak takraw negara pula seperti di Brunei pada 1999, masih gagal mengikis badi kecundang kepada Thailand apabila tunduk 2-1 dalam perlawanan akhir acara berpasukan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Malah seperti dua tahun sebelumnya, Myanmar kembali membawa igauan ngeri apabila mengejutkan skuad bimbingan Mahat Adnan 2-1 dalam separuh akhir untuk memaksa tuan rumah hanya beroleh gangsa.

Taktik kotor yang melibatkan komisar perlumbaan yang ‘tidur’ dan terlepas pandang pelanggaran peraturan pula meleburkan sasaran enam emas skuad berbasikal Malaysia iaitu dalam acara trek dan dua bagi lebuh raya.

Hanya tiga emas berjaya diraih dengan dua daripadanya menerusi Josiah Ng (keirin dan ujian masa 1 kilometer individu) serta Mohd. Azlan Jamaluddin (180km lepas beramai-ramai.

Josiah didapati disiku Sama’i dari Indonesia dalam saingan 200 meter pecut yang gagal dikesan oleh komisar sehingga memaksa pelumba Malaysia sekadar beroleh perak.

Dia memenangi pusingan pertama dengan catatan 11.571s sebelum diikat lawan 1-1 yang mencatat 11.888s dalam pusingan kedua.

Pelumba wanita negara dalam 31km ujian masa, Noor Asrina Sulaiman pula kerugian masa selepas tersilap jalan dan langsung tidak dibantu oleh penjaga laluan malah dia terpaksa membuat pusingan sejauh 400 meter. Saingan itu dimenangi Vietnam.


Skuad hoki lelaki tidak seindah khabar



SKUAD hoki lelaki negara seperti diduga berjaya mempertahankan emas dengan mengharungi lima perlawanan tanpa kalah tetapi jika diibaratkan peperiksaan, markahnya hanyalah sederhana.


SKUAD hoki wanita Malaysia meraikan kejayaan memenangi pingat emas.

Skuad yang baru pulang daripada Kejohanan Empat Negara di Milton Keynes, hanya mampu menewaskan Singapura 1-0 dalam perlawanan akhir malah dengan angka yang sama mereka mengatasi tuan rumah dalam liga pusingan awal.

Lain-lain perlawanan awal menyaksikan barisan bintang utama seperti S. Kuhan dan Mirnawan Nawawi yang beroleh perak Sukan Komanwel 1998 membelasah Singapura 7-0, Thailand 5-0 dan Indonesia 8-0.

Mereka dikatakan cuba menjaga hati Brunei yang turut meminjam khidmat jurulatih negara, Yahya Atan selama tiga bulan bagi menghadapi temasya di tempat sendiri.

Namun jika bukan kerana jaringan tunggal Kuhan yang terkenal dengan sungkitan deras sudut penalti, Singapura hampir mampu mengaibkan lawan seperti mana ketika mereka merampas emas Sukan SEAP 1973.

Mendapat pendedahan meluas menerusi Program Jaya ’98, skuad wanita negara bimbingan Wallace Tan juga dianggap berprestasi sederhana sahaja sekalipun membenam Thailand 2-0 - lawan yang pernah mengejutkan mereka di Chiang Mai pada 1995.

Tags:

Posts from This Journal by “sukan” Tag

Latest Month

September 2019
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow