?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Gimnas penyumbang utama emas

MALAYSIA menamatkan te­masya 2005 dengan meraih 61 emas untuk menduduki tempat keempat ke­seluruhan yang merupakan pencapaian terbaik di luar Kuala Lumpur ketika itu, sekali gus memecahkan rekod lama iaitu 57 emas dalam edisi 1999 di Brunei.

Kutipan hebat dalam temasya 2005 ini turut mengatasi sasaran awal 55 emas oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selepas mempertaruhkan 389 atlet negara yang mengambil bahagian dalam 39 jenis sukan daripada 41 yang dipertandingkan di Manila, Bacolod City, Pasig City dan Cebu.



DURARATUNNASIHIN ROSLI beraksi dalam acara riben gimnastik berirama berpasukan akhir di Kompleks Sukan Peringatan Rizal

Walaupun dipintas oleh Vietnam yang kian gagah membina kejayaan sejak menjadi tuan rumah 2003, ketua kontinjen (Datuk) Low Beng Choo berkata: “Prestasi atlet kita membanggakan terutama yang masih muda. Satu petanda baik untuk masa depan sukan tanah air.”

Peratusan pingat emas Malaysia kali ini turut naik kepada 22.18 peratus berbanding 16.24 peratus di Hanoi dan Ho Chi Minh City dua tahun sebelumnya yang me­nyaksikan 43 emas.

Sementara itu lagu Negaraku didendangkan dan Jalur Gemilang dikibarkan sebanyak 10 kali di Kolej Trace, Los Banos, Laguna oleh gimnas artistik lelaki dan wanita yang diketuai Ng Shu Wai (lelaki) dan Foong Siew Ting serta disokong 10 rakan mereka termasuk dari skuad gimnastik berirama (gimrama).

Mereka ialah Ng Shu Mun, Yap Kiam Bun, Mohd. Azzam Azmi, Lum Wan Foong, Ooi Wei Siang, Nurul Fatiha Abdul Hamid, See Hui Yea, Durratun Nasihin Rosli dan Lim Wen Chean.



NOOR AZIAN ALIAS menjerit kegembiraan di garisan penamat apabila merangkul pingat emas dalam acara 99.3km lepas beramai-ramai akhir wanita di pusat peranginan Tagaytay City

Secara solo Shu Wai beroleh tiga emas artistik daripada acara all-around, palang tinggi dan se­naman lantai sementara Siew Ting mengungguli tiga disiplin gimrama (all-around, aparatus belantan dan apatus riben).

‘Raja Kolam Renang’ Lim Keng Liat mengetuai pemenang emas akuatik setelah memenangi 100 dan 200 meter kuak lentang di­ikuti Daniel Bego (100m kuak kupu-kupu dan 200m gaya bebas) di samping penerjun iaitu Bryan Nickson Lomas (10m platform), Leong Mun Yee, Cheong Jun Hoong (terjun seirama papan anjal 10m) dan Yeoh Ken Nee (papan anjal 3m).

Olahraga di tempat ketiga dengan Shahadan Jamaludin paling menonjol apabila membaharui rekod kebangsaan 400 meter lari berpagar, 51.28 saat selain atlet baling tukul besi wanita Siti Shahidah Abdullah dan ratu lompat bergalah Roslinda Samsu.



MOHD. ROBANI HASSAN (kiri) dan Muhd. Faiz Mohamad menguasai acara 110m lari berpagar apabila memenangi emas dan perak di Stadium Peringatan Rizal, Manila

Ngew Sin Mei pula membaharui rekod lompat ki­jang wanita Sukan SEA, 13.61 meter sementara Robani Hassan merampas kembali takhta 110m lari berpagar milik Nur Herman Majid dari 1991 hingga 2001 malah dilengkapkan dengan kejayaan meraih perak oleh Muhd. Faiz Mohamad.

Berbasikal menambah empat emas antaranya menerusi Suhardi Hassan (177km lepas beramai-ramai), Nor Azian Alias (99.3km) dan pasukan 4km kejar-mengejar serta 4km pecut yang diketuai Fauzan Lutfi dan Junaidi Nasir.

Sembilan emas lagi dihasilkan sukan tempur iaitu karate (empat), silat (tiga) dan taekwondo (dua) namun emas mengejut adalah daripada beregu wanita badminton Wong Pei Tty-Chin Ee Hui dan Kimberley Yap (triatlon) serta tiga penembak.

JIKA sebelum ini hanya olahraga dan sesekali akuatik, gimnastik pula tanpa disangka-sangka melonjak dan mengambil alih sebagai penyumbang utama pingat emas kontinjen Malaysia pada Sukan SEA Ke-23 di Filipina.

Tags:

Posts from This Journal by “sports” Tag

Latest Month

June 2019
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30      

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow