kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Penting Membangunkan ‘Kompetensi Sosial Emosi’ Pendidik

Media dan akhbar terkini sering memaklumkan mengenai perkhabaran tentang kehidupan pendidik di Malaysia yang kini agak terubah senario berbanding era sebelumnya.

Tidak kurang juga ada pendidik di Malaysia yang telah sampai ketahap emosi kritikal sehingga bertindak tidak wajar dan ada yang ‘membunuh diri’.

Bagi mana-mana pendidik, kemampuan mengawal emosi merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian utama kerana ia merupakan ‘titik’ kepada apa yang pendidik lakukan dan mengapa mereka melakukannya.

Pendidik hadir untuk berkongsi dan mengajar dengan impian mengubah peluang untuk anak-anak yang kurang bernasib baik, menginspirasi cinta untuk belajar, atau mengembangkan pemikir kritis.

Malangnya, kajian di negara barat menunjukkan bahawa 40-50 peratus pendidik akan meninggalkan kelas dalam tempoh lima tahun pertama dan ramai juga yang prestasi mereka menurun dan seakan sudah tidak seronok lagi menjadi seorang pendidik.

Tekanan di kalangan pendidik telah mencapai tahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dan mengikut MetLife Survey terbaru dari American Teachers, lebih dari separuh pendidik melaporkan bahawa mereka menghadapi "tekanan hebat sekurang-kurangnya beberapa hari dalam seminggu."

Pengajaran adalah amalan emosional, dan guru memerlukan sokongan dalam mengukuhkan kemahiran sosial dan emosi mereka untuk menguruskan tekanan yang datang dengan pengajaran dan kekal dalam profesion untuk jangka panjang.

Kecerdasan atau Kecekapan sosial dan emosi (Social Emotional Competencies) adalah penting untuk mengelak kekecewaan dan meningkatkan kesejahteraan guru.

Kemampuan untuk mengaitkan emosi dan perasaan kita sendiri sebelum bertindak balas kepada salah laku pelajar, mencari cara untuk berehat selepas agak sibuk seharian, atau mengenal pasti naluri dalaman kita adalah bagaimana untuk  menggunakan kecerdasan emosi untuk merasa lebih baik dengan diri kita dan dunia di sekeliling kita.

Oleh kerana kompentensi ini tidak diajar secara mandatori dalam mana-mana program pembangunan profesional atau program persediaan guru, maka kita tidak boleh membuat anggapan bahawa semua pendidik sudah sedia maklum akan pengetahuan sedia ada ini.

Sebahagian dari kemahiran ini mungkin hadir secara semula jadi dalam diri para pendidik, sebahagian yang lain mungkin memerlukan lebih perhatian dan pendedahan pembangunan tambahan. Seperti juga dengan pelajar dan murid kita, ada yang mempunyai kekuatan dan juga cabaran yang perlu dihadapi.

Kajian juga mendapati bahawa pelajar akan memperolehi ilmu,  pengetahuan dan kemahiran jika mereka berada di tempat dan persekitaran yang selamat, selesa dan  penuh sokongan. Begitu jugalah dengan orang dewasa. Kompetensi Sosial dan Emosi dipengaruhi oleh ‘konteks’.

Jika persekitaran tempat kerja dipenuhi dengan kisah umpatan (gossip) dan aduan serta adu-dumba, kita akan sering bersikap negatif.; dan jika persekitaran dan suasana tempat kerja mendapat perhatian positif dan penuh sokongan, suasana postif dan penuh keterbukaan, kita akan terdorong dan mampu mengatasi tekanan dan mampu untuk memohon bantuan dan pertolongan apabila memerlukan.

Cuba anda fikirkan suasana dan persekitaran ditempat kerja anda. Bagaimanakah ia mempengaruhi sikap dan cara anda berhubung dengan pelajar dan rakan sekerja? Adakah anda mampu dan bersedia untuk mempamirkan ‘kelebihan pada diri anda’? Mengenal pasti dan mngetahui keadaan sebenar persekitaran tempat kerja akan memberi kesan terhadap sikap anda dan membantu anda membuat pelbagai pilihan.

Berdasarkan kajian semasa, terdapat beberapa cara di mana ‘kompetensi sosio emosi’ mempengaruhi pelajar dan persekitaran pembelajaran:

Pendidik yang tenang, positif dan berpuas hati didapati akan bersedia melayan karenah pelajar dengan hati yang senang dan penuh sensitif walaupun sikap pelajar yang mencabar kedudukan pendidik. Kemampuan kompetensi sosial emosi pendidik akan mempengaruhi kualiti hubungan diantara pendidik dan pelajar.

Pendidik yang mampu mengawal situasi tekanan setiap hari akan diperhatikan oleh pelajar mereka. Pelajar akan belajar bagaimana pendidik mereka menguruskan kekecewaan, menangani konflik, atau mengekalkan kawalan di dalam bilik darjah. Pendidik akan menjadi ‘model’ kompetensi sosial emosi untuk pelajar, secara sedar atau tidak.

Pendidik mesti mengekalkan suasana tenang, memberangsangkan, teratur dan tersusun, dan membangun kepercayaan sosial jika mereka mahukan kelas yang teratur yang menggalakkan kreativiti atau autonomi pelajar. Pendidiklah yang akan mempengaruhi pengurusan dan kawalan bilik darjah yang  sistematik.

Untuk melaksanakan perkara ini, seseorang  pendidik perlulah bersikap dan memiliki kesedaran, menanam niat dan berhasrat tinggi.

Seseorang pendidik perlu tahu siapa diri mereka yang sebenar. Anda perlu tahu dan melihat dengan jelas apa yang ingin anda mahu lakukan, mengetahui kekuatan dan cabaran yang mampu anda hadapi , dan mengenali corak tingkah laku anda.

Pendidik perlu bertindak secara proaktif terhadap situasi dan bukannya bertindak balas pada ‘arahan kemestian’.

Pendidik harus meletakkan visi menjadi tindakan, mengetahui tujuan , dan melakukan sesuatu  dengan  alasan dan sebab yang kukuh..

Kita mengalami dan menghadapi ‘emosi’ sepanjang masa, namun kita tidak membuat refleksi terhadap emosi dan bagaimana ia memberi kesan terhadap pembelajaran.

Mungkin kita perlu untuk membangun dan memupuk kesedaran diri. Kesedaran emosi bermula dengan kemampuan kita untuk mengenal pasti perasaan kita, bukan hanya perasaan permukaan (yang jelas), tetapi juga yang tersembunyi.

Mungkin anda perlu ‘menamakan’ atau ‘melabelkan’ emosi secara spesifik  yang anda hadapi. Mengenalpasti dengan ‘menamakan’nya mampu menjinakkan kerana ia mungkin mengurangkan intensiti.

Emosi adalah data yang menyediakan maklumat mengenai diri kita sendiri dan juga persekitaran. Mencari maksud dan makna tentang emosi adalah sesuatu langkah penting terhadap pembangunan kesedaran diri.

Kita sering menyembunyikan, tidak memperdulikan atau menafikan perasaan yang kurang senang seperti malu, takut dan marah. Mengabaikan emosi tidak akan membantu menyelesaikan masalah. Emosi akan membuat kita bertindak dan kita mungkin akan terdesak untuk memberi tindak balas dalam satu situasi yang tidak memberi manafaat.

Mengambil masa untuk ‘melabelkan’ perasaan dan mencari makna mengenainya akan membantu kita membuat keputusan yang lebih baik dan berfaedah.

Kemahiran sosial dan emosi guru adalah penting dalam membantu mereka mengelak kecewaan, meningkatkan kesejahteraan, dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif. Pendidik  boleh mula mengembangkan kecerdasan emosi mereka dengan memupuk kesedaran diri. Apabila kita mengetahuii emosi kita, kita berasa lebih terkawal dan membuat keputusan yang lebih baik.


Tags: writing
Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments