?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

*Sebutan ‘kemenangan’ maupun ‘mentaliti kemenangan’ sudah menjadi sesuat  yang agak keterlaluan dan kemestian bukan sahaja dalam sukan dan permainan tetapi hampir semua bidang.*

Pasukan sukan dan permainan yang tidak memenangi kejohanan dan kejuaraan akan dikecam dan dikritik kerana gagal membawa kemenangan. *






*Perdebatan dan isu ‘jurulatih’ dan pemain tidak pernah lekang dari para pengkritik. Turut dibincang adalah isu kemenangan atau pembangunan sukan,  yang mana satu perlu diutamakan. *

*Bagi para jurulatih yang melatih dan membangunkan pemain secara yang baik dan betul , mereka tidak pernah risau kerana kemenangan dan pembangunan adalah seiring, namun istilah ‘kemenangan’ perlu difahami sepenuhnya. *

*Bagi atlet dan ahli sukan tiada seorang pun mahu dikatakan gagal ataukalah. Walaupun ada yang menyatakan kemenangan bukanlah segalanya sebenarnya terhasil dari pemikiran ‘memenangi sesuatu tidak kira bagaimanacaranya’. *

* Memang kemenangan adalah yang di inginkan, namun pembangunan adalah lebih utama. Kedua-duanya adalah penting. Dalam mana-mana pertandingan pasti ada pasukan yang ‘menang’ dan pasukan yang ‘tewas’.*

*Pada pandangan saya, ‘kemenangan’ atau ‘mentaliti kemenangan’ bermaksud pemain yang dahagakan dan memberi komitmen 100% terhadap memperbaiki keupayaan dan kebolehan mereka. *

*Kita harus memberi perangsang kepada pemain untuk meraih kejayaan dan memberi motivasi secara konsisten untuk meningkat dalam apa saja yang mereka usahakan dan lambat laun hasrat untuk menang akan terbentuk. Namunkerap kali, kita bermula dengan langkah yang salah. *

* Perdebatan mengenai ‘kemenangan mengatasi pembangunan’ kekal hingga sekarang. *

*Kajian menunjukkan bahawa 70% kanak-kanak yang melibatkan diri dalam sukan tidak lagi meneruskan aktiviti permainan apabila mencapai usia 13 tahun. Alasan yang diberikan oleh mereka adalah mereka tidak lagi ‘gembira’ dan hilang ‘minat’. *

*Dengan sebab itu, ‘memenangi sesuatu tidak kira bagaimana caranya’ menjadi stigma. Orang dewasa juga berpendapat bahawasanya, ‘kemenangan adalah sesuatu yang mengembirakan.’ *

*Kebanyakan orang dewasa yang terlibat dengan sukan dan permainan akan mengingati dan terkenang saat mereka menjadi pemain, jurulatih maupun penyokong dan kegembiraan yang terhasil dari kemenangan.

Persamaannya
adalah mudah, jika kanak-kanak tidak ‘memenangi’ sesuatu, mereka akan tidak akan meneruskan bermain kerana mereka tidak merasa ‘gembira’, dan siapa yang suka kalah? *

*Kesan ‘mesti menang tidak kira bagaimana’  yang diterapkan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak menjadi aspek pemusnah terhadap perkembangan sukan belia. Mereka juga mahu memenangi kejuaraan dan kejohanan dan mereka juga tidak sanggup tewas. *

*Yang sebenarnya, orang dewasa yang mengkucar-kacirkan keadaan.  Satu kajian  ‘Project Play’ dari Aspen Institute melaporkan lebih 90 % responden kanak-kanak memaklumkan bahawa mereka melibatkan diri dengan sukan kerana ianya ‘menyeronokkan’.

Menyeronokkan mungkin berlainan makna bagi berlainan
orang. Kanak-kanak diminta untuk menerangkan makna ‘menyeronokkan’ bagi mereka dan 81 jawapan berlainan diberikan. *

*Percaya atau tidak dari 81 penjelasan mengenai ‘menyeronokkan’, ‘kemenangan’ berada ditangga 48 (dalam menerangkan maksud ‘menyeronokkan’).*

*Mencuba yang terbaik, dilayan dengan baik oleh jurulatih, memperolehi masa untuk bermain merupakan faktor terpenting dalam mendefinisikan ‘menyeronokkan’. Pertandingan dan trofi bukanlah sesuatu yang ditumpukan; ia hanyalah untuk mereka yang tidak bermain atau melibatkan diri dalam permainan. *

* Mencuba yang terbaik pada dasarnya adalah pemikiran untuk memberikan 100%. Ia adalah mengenai ‘mentaliti kemenangan’. Jika boleh terus memupuknya, kita adalah satu langkah kehadapan dalam mewujudkan ‘pemenang’*

*Kanak-kanak akan sering lupa keputusan perlawanan samada menang atau kalah selepas permainan tamat dan ketika pulang kerumah masing-masing. *

*Dapatan dari ‘Project Play’ juga melaporkan bahawa kanak-kanak akan lupa mengenai keputusan perlawanan selepas 10 minit perlawanan selesai, namun akan di ingatkan ketika pulang ke rumah atau ketika makan malam pada hari tersebut. *

*Kita yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap persekitaran yang kita bina untuk pemain dan anak-anak kita. *

*Jika kita mengganggap nilai anak kita terletak pada jumlah bilangan kalungan medal yang diperolehi sepanjang tahun (dalam kes mentaliti kemenangan dalam apa cara) , elok saja letakkan mereka dalam liga bawahan  dimana pasukan anda boleh menang 7-0 disetiap perlawanan. *

*Anda akan memenangi banyak trofi kemenangan dan boleh bangga dengannya tetapi kejayaan akan menjadi tidak bermakna apabila sampai ke suatu tahap. Kejayaan jangka pendek akan memusnahkan kejayaan jangka panjang. *

*Daripada terlalu gembira dengan keputusan liga perlawanan anda, lebih baik anda sendiri melihat permainan anak anda samada meningkat atau tidak. Mereka perlu dimaklumkan agar menyempurnakan dan melengkapkan diri agar menjadi pemain terbaik.

Mereka perlu diterapkan nilai berusaha keras, sikap
tidak mengalah dan cuba berusaha kearah yang lebih baik. Itulah yan dimaksudkan dengan kesempurnaan. *

*Kemenangan adalah penting namun pembangunan adalah penting. Kita haru membentuk ‘mentaliti kemenangan’, pastikan pemain membangunkan kaedah teknikal kendiri, memaklumkan latihan ringkas dan singkat tidak memadai dan tentunya kejayaan akan muncul. *

*Jangan mengharapkan kejayaan akan hadir dalam masa terdekat, kejayaa tidak hadir dengan pantas. Pembangunan bukanlah seperti ‘garisan lurus’, akan ada naik turunnya, pembangunan juga tidak berterusan dan tidak terkawal. *

*Perhatikan bagaimana pasukan bolasepak anda bermain. Adakah mereka bermain secara negatif dan gemar menghantar bola tinggi, gemar menghantar bola ke belakang,  atau menghantar bola rendah dan mengambil peluang untuk menjaringkan gol? Kesilapan akan berlaku dan pasukan anda mungkin kalah. *

*Adakah pasukan anda kerap menghantar bola kehadapan bagi membolehkan penjaring mencuba untuk menjaringkan gol? Kesilapan akan berkurangan dan anda mungkin memenangi beberapa piala kejohanan. Percayalah terhadap pasukan anda yang bermain secara betul dan yang belajar dari kesilapan. *

*Namun, bagi mana-mana jurulatih yang menghargai dan menilai pembangunan terancang, pastinya ia bukan sesuatu yang mudah. Bab kata pepatah ‘ia mengambil seluruh kampung untuk mendidik seorang kanak-kanak.’ Jurulatih hanya boleh dan mampu untuk membentuk seseorang pemain untuk kejayaan jangka panjang, dan kita memerlukan bantuan dan sokongan dari ibubapa juga. Persekitaran yang kita cipta untuk mereka adalah penting. *



*Jadi apabila anda melihat anak-anak anda bermain kelak, lupakan sahaja keputusan yang perlawanan. Keputusan perlawanan adalah satu makluman yang membantu memaklumkan apa yang mereka perlu perbaiki. *
*Saya sendiri pernah memenangi trofi dan medal kemenangan ketika dizamanmuda persekolahan dulu, namun saya tidak ingat dan tahu kerana tidak menyimpan rekod perlawanan maupun kejohanan yang pernah disertai. *

*Fokus dan tumpuan utama bukanlah kejayaan jangka pendek. Pembangunan dankemenangan akan hadir silih berganti dengan alasan yang baik.*

 

Posts from This Journal by “mentaliti” Tag

  • Mentaliti Kemenangan

    Alhamdulillah, penulisan artikel pertama saya bersama Dewan Bahasa Pustaka berjudul 'Mentaliti Kemenangan' telah disunting dan disiarkan di…

  • Are we so ‘perfect”?

    How do you feel when your work is seen eight times and there are still corrections to be done? You had briefed your understudies on what should be…

  • Time to shed colonial mentality

    I REFER to Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid’s eye-opening article “Tapping our great talents” (NST, June 12), where implicit in his…

Latest Month

July 2019
S M T W T F S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow