kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

KBAT gagal bukan salah guru kan ... Guru-guru dilatih untuk KBAT di IPG

KBAT gagal bukan salah guru

SHAH ALAM – Kelemahan guru yang dikatakan sebagai punca sekolah berhadapan masalah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mencerminkan sikap tidak cermat dan angkuh sebuah kementerian dalam membentuk sistem pendidikan yang sesuai dengan pembangunan masyarakat.


Dr Siti Mariah Mahmud

Timbalan Ketua Wanita Pakatan Harapan, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, ia juga sebenarnya mencerminkan kegagalan seorang pemimpin memiliki KBAT sehingga cenderung memilih untuk membebankan guru berbanding mengakui kelemahan dari Kementerian Pendidikan.

“Saya percaya ramai guru yang marah dan kecewa dengan kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan yang meletakkan kelemahan guru sebagai punca 60 peratus sekolah berhadapan masalah KBAT yang mula diperkenalkan pada tahun 2013.

“Saya melihat golongan pendidik dan pelajar sering menjadi mangsa kepada sistem pendidikan yang bercelaru yang dilancarkan kerajaan sehingga kita tidak nampak apakah falsafah dan asas pendidikan sebenar negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pelajar dan guru bukan memerlukan kemahiran berfikir yang tinggi sebaliknya adalah 'kemahiran berfikir dengan betul dan baik'.

“Begitu ramai yang berfikir dengan tahap tinggi tetapi akhirnya tindakan yang diambil lebih banyak menyusahkan masyarakat dan negara.

“Perlu juga ditanya sejauh mana pula kerajaan memahami tahap persediaan para guru yang akan melaksanakan kaedah KBAT ini di dalam kelas?,” katanya.

Beliau berkata, guru-guru seharusnya disediakan suasana kerja yang sesuai, tidak lagi dilambakkan dengan pelbagai tugasan perkeranian yang tiada kaitan dengan tugas hakiki mereka.

“Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) ada berkata, isu murid lemah KBAT akan selesai tahun hadapan.

“Kenyataan yang berpemikiran aras rendah ini saya lihat amat tergesa-gesa dan seperti mahu menutup kelemahan kenyataan awal Kamalanathan,” katanya.

Menurutnya, perkara inilah yang paling utama kerajaan tangani dan bukannya melambakkan para guru dengan pelbagai sistem dan aturan yang tergesa-gesa kononnya mahu segera berdiri setaraf dengan negara maju.

[ARTIKEL BERKAITANGuru-guru dilatih untuk KBAT ]

Terdahulu, Kamalanathan berkata, guru-guru kini sedang dilatih dalam proses lebih memahami penilaian KBAT.

Terdapat beberapa inisiatif yang Kementerian Pelajaran Malaysia lakukan bagi memastikan KBAT dapat difahami semua.

“Budaya KBAT telah diterapkan di Institut Perguruan Guru (IPG) sejak tahun 2013 khas bagi mereka yang tamat belajar pada tahun hadapan, maka guru-guru baru ini sudah lengkap dengan pengetahuan tersebut.

"Selain itu, guru-guru  pakar KBAT ini turun padang memberikan penerangan pada guru yang masih keliru dengan penggunaan sistem ini,” katanya.

Guru-guru dilatih untuk KBAT

KUALA LUMPUR - Guru-guru kini sedang dilatih dalam proses lebih memahami penilaian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Datuk P. Kamalanathan

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata terdapat beberapa inisiatif yang Kementerian Pelajaran Malaysia lakukan bagi memastikan KBAT dapat difahami semua.

"Budaya KBAT telah diterapkan di Institut Perguruan Guru (IPG) sejak tahun 2013 khas bagi mereka yang tamat belajar pada tahun hadapan, maka guru-guru baru ini sudah lengkap dengan pengetahuan tersebut.

"Selain itu, guru-guru  pakar KBAT ini turun padang memberikan penerangan pada guru yang masih keliru dengan penggunaan sistem ini.

"KPM sudah wujudkan cara-cara terbaik untuk bantu guru dalam aspek KBAT ini," katanya ketika menjawab soalan tambahan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan mengenai kesan penilaian KBAT di sekolah rendah di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambahnya lagi, KBAT ini dilakukan selari dengan pelan pembangunan negara.

"Kita mahukan anak muda yang menjadi 'job creator' bukannya 'job seeker'.

"Oleh itu, budaya KBAT perlu diterapkan sejak kecil supaya anak muda dapat berfikiran jauh kehadapan," katanya lagi.

Tags: guru, hots, kbat
Subscribe

Posts from This Journal “kbat” Tag

  • Berfikir aras tinggi kunci kejayaan

    HUJJATUL Islam Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin mendefinisikan akal sebagai sumber ilmu, tempat timbul dan sendi ilmu. Ilmu itu berlaku…

  • Hot over HOTS questions

    THE 2016 UPSR examination has just been concluded and I’m quite sure parents and teachers can now heave a sigh of relief. No? As a parent…

  • Rangsang KBAT dengan teknik soalan

    ANTARA peranan utama guru masa kini adalah menerapkan elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) melalui kaedah penyoalan dalam pengajaran dan…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments