?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Solving Malaysia’s academic problems

Gerak wishes to thank FMT for covering Professor Omar Shawkataly’s talk yesterday under Gerak’s Seminar Series.

Gerak reiterates that many academic ill-practices and acts of misconduct happen at universities, with very few reported and only a handful investigated.

Disciplinary actions for investigated cases have been inadequate and fail to send a strong signal to prevent future perpetrators. The malpractices are also indications of the desperate actions taken by a handful of faculty members trying to cut corners to fulfil annual KPI and to gain promotions at all costs.

The main problem is, of course, systemic, primarily due to political interference in the Malaysian education system, including higher education.

As a consequence, we persistently have a situation where the direction of the institutions of higher learning is formulated by those with no real academic experience or vision.

Another consequence is that a number of recruits are also academically questionable, hence easily misdirected. Indeed, we would argue that the malpractices at universities have been committed by academics with no clear understanding of ethics, discipline and professionalism.

This has been further compounded by the lack of guidance by senior academics, many of whom often think of their own self-interests rather than professional goals.

The situation becomes worse when many academics – and the general public – are not aware of the real purpose of university education and the duties and responsibilities of faculty members.

To mitigate this decline, it is clear that apart from the cutting off of political interference, each and every university stakeholder has to play a concerted role. This includes the university board members, the media, all faculty members, alumni (donors), parents, students and administrators.

One clear and practical strategy would be universities recruiting and screening bright and hard-working individuals to be lecturers and to helm our universities, not mediocre and lazy ones.

Proper criteria for selection – and sticking to these criteria – would help weed out the “cari makan” types and bring in committed individuals. This would certainly mean advancing meritocracy and ending “kulitocracy”.

The university is a vitally important social institution. The late US Chief Justice Earl Warren said without free scholarly inquiry, autonomy and academic freedom, universities – and invariably society – will surely “stagnate and die”.

Tiru, tipu, ponteng: Bekas pensyarah senaraikan pelbagai salah laku pensyarah

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pensyarah mendakwa terdapat salah laku yang berleluasa di institusi pengajian tinggi tempatan.

Menurut pensyarah kimia Datuk Omar Shawkataly yang mempunyai pengalaman 30 tahun mengajar di universiti awam dan swasta, salah laku itu bukan sahaja melibatkan jenayah akadamik seperti plagiarisme dan mencuri kerja penyelidikan, tetapi juga gangguan seksual dan sikap pensyarah yang tidak hadir kuliah.

Katanya, ramai pensyarah tiada nilai etika tetapi hanya dikenakan hukuman ringan seperti persaraan awal atau diminta meninggalkan institusi mereka secara diam-diam.

“Itu bukan hukuman, saya rasa ia adalah ganjaran kerana mereka diberi cuti tahunan,” kata Omar pada forum mengenai masalah integriti dan etika di kalangan ahli akademik yang dianjurkan oleh kumpulan akademik Gerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak), di Universiti Nottingham Malaysia, malam tadi.

Omar berkata pihak universiti tidak menghiraukan aduan yang dibuat.

“Mereka tidak mahu universiti berada dalam imej yang tidak baik,” katanya.

Omar menyenaraikan pelbagai kes yang pernah dilaporkan oleh pelajar dan kakitangan universiti.

Salah satu daripadanya melibatkan pensyarah yang meluluskan pelajar dengan gred A atau B tanpa menandakan kertas peperiksaan. Perkara itu didapati berlaku selama 15 tahun, tetapi hanya diketahui selepas siasatan oleh ketua jabatan yang baru dilantik. Pensyarah itu diminta bersara atas pilihan sendiri dan diberi ganjaran kencana (golden handshake).

Seorang lagi pensyarah menterjemahkan kandungan buku lama dan mendakwa ia sebagai karya asalnya. Buku itu ditarik balik daripada pasaran, tetapi pensyarah itu dibenarkan bersara secara diam-diam.

Seorang lagi pensyarah mencuri cadangan tesis dengan tujuan mendapatkan geran penyelidikan. Pensyarah itu meminjam karya pelajar pensyarah lain dan menerbitkannya tanpa menyebut nama pelajar terbabit. Selepas seseorang mengadu, pensyarah tersebut diberi amaran.

Omar berkata terdapat juga insiden dan aduan di mana ketua fakulti atau dekan mengganggu pelajar secara seksual kerana merasakan mereka mempunyai kuasa. Bagaimanapun, ia tidak dilaporkan.

Ahli keluarga periksa kertas

Memberikan satu lagi contoh, Omar berkata terdapat kes di mana pensyarah menjadi pemeriksa tesis pelajar suaminya, abang menjadi pemeriksa untuk kertas pelajar adiknya, dan bapa mentua menjadi pemeriksa untuk kertas pelajar menantunya.

Omar turut memberi contoh penipuan dalam permohonan mendapatkan geran akademik. Peralatan yang sama digunakan untuk setiap geran tetapi tuntutan dibuat setiap kali pembelian baharu.

Ada juga kes pensyarah yang ponteng tugas. Salah satu daripadanya melibatkan seorang pensyarah tidak hadir mengajar selama 3 tahun dan didapati mengajar secara sambilan di sebuah kolej swasta. Dia kemudian diberikan persaraan pilihan, tanpa tindakan lain diambil.

Seorang lagi pensyarah tidak hadir bekerja selama 40 hari, sehinggakan ketua jabatan terpaksa menghantar kakitangan untuk memujuknya kembali bekerja.

Seorang pensyarah pernah menipu dia mempunyai 3 ijazah. Perkara itu bagaimanapun diketahui selepas beberapa tahun.

Ada juga pensyarah yang cuba membuat keuntungan, dengan mewajibkan buku mereka dibeli pelajar.

Omar berkata beliau berkongsi pengalamannya berdepan salah laku itu sebagai mesej kepada institusi pengajian tinggi.

“Lembaga universiti harus serius mengambil tindakan terhadap mereka yang ditangkap melakukan tindakan yang tidak beretika,” katanya.

Latest Month

June 2019
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30      

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow