?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Dalam kajian yang diterbitkan, tiga profesor komunikasi dari Universiti Brigham Young mendapati secara purata setiap hari, 1.28 bilion orang dan hampir dua bilion pemegang akaun Facebook menyemak akaun mereka dalam sebulan.

Selain itu, menurut satu anggaran baru-baru ini, pengguna Facebook rata-rata menghabiskan dan meluangkan masa 35 minit sehari pada platform media sosial kegemaran ramai ini.

Berita-Harian-logo-Vector-720x340.jpgDalam penyelidikan mereka, profesor komunikasi di Brigham Young terbabit ingin tahu mengapa ramai menggunakan platform sosial ini dan mereka merekrut sekumpulan kecil pengguna Facebook berumur 18 hingga 32 tahun sebagai sampel kajian.

"Mereka dalam kumpulan swafoto kata penyelidik bersama kajian Kris Boyle, menggunakan platform ‘untuk memaparkan imej mereka sendiri, sama ada tepat atau tidak.’ Mereka juga dikatakan mengalami masalah mental”

Subjek kajian membabitkan penilaian ke atas 48 kenyataan penggunaan Facebook dan berdasarkan respon subjek, pasukan penyelidik mengenal pasti empat kategori pengguna Facebook.

Golongan itu ialah penjalin hubungan, penyebar maklumat, swafoto dan peninjau bebas. Penemuan mereka diterbitkan dalam International Journal of Virtual Communities and Social Networking.

Penyelidik utama , Tom Robinson turut menyoal ‘mengenai apakah yang menarik tentang platform media sosial Facebook yang menjadi kegemaran pengguna diseluruh dunia?.

“Kenapa pengguna begitu bersedia untuk berkongsi dan memaparkan mengenai kehidupan dan diri mereka? Tidak ada pula yang bertanya, mengapa kamu suka melakukannya?” katanya.

Empat kategori pengguna media sosial

Penjalin hubungan biasanya menyiarkan, berhubung dengan rakan, sahabat dan orang lain dan menggunakan ciri Facebook tambahan, terutamanya dalam usaha untuk memperkuat hubungan yang wujud di luar dunia maya mereka.

“Mereka menggunakannya sebagai lanjutan kehidupan sebenar, dengan keluarga dan sahabat hidup mereka,” kata Robinson.

Mereka yang berada dalam kumpulan ini boleh dikenal pasti dengan kenyataan seperti ‘Facebook membantu saya menyatakan kasih sayang kepada keluarga dan membolehkan keluarga saya menyatakan kasih sayang kepada saya.’

Sebaliknya, penyebar maklumat agak berbeza. “Mereka hanya ingin memberitahu semua orang tentang apa yang sedang berlaku,” kata Robinson.

Mereka memaparkan cerita dan mengumumkan peristiwa tetapi mengabaikan laman profil, lebih suka mengemas kini keluarga dan kawan melalui cara alternatif.

Selfie promosi diri

Selfie pula menggunakan Facebook untuk mempromosi diri sendiri. Seperti penjalin hubungan, mereka menyiarkan gambar, video dan kemas kini maklumat teks tetapi tidak seperti pembina hubungan, mereka beri tumpuan untuk mendapat perhatian, mahu disukai dan ingin komen pelawat.

Mereka dalam kumpulan selfie kata penyelidik bersama kajian Kris Boyle, menggunakan platform ‘untuk memaparkan imej mereka sendiri, sama ada tepat atau tidak.’ Mereka juga dikatakan mengalami masalah mental.

Peninjau atau ahli bebas pula merasakan menjadi tanggungjawab sosial untuk berada di Facebook tetapi jarang menyiarkan dan berkongsi maklumat. Tidak seperti ‘penyebar maklumat’, pengguna ini ingin melihat apa yang dilakukan orang lain.

Ini bersamaan dengan menjadi penonton atau pemerhati. Peninjau bebas hanya ingin profil Facebook seseorang yang mereka sukai, mengetahui status, minat dan hubungan mereka, kata seorang lagi pengkaji, Clark Callahan

Media sosial sangat mempengaruhi diri dan perlakuan kita. Kebanyakan orang tidak berfikir mengapa mereka melakukannya, tetapi jika orang dapat mengenali tabiat mereka, sekurang-kurangnya ia mewujudkan satu kesedaran, kata Boyle.

Azizi Ahmad, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur

Azizi Ahmad Berita Harian Interaktif 17 Oct 2017

Posts from This Journal by “writing” Tag

  • Training teachers to manage

    There are different opinions given in disciplining school children in Malaysia. Education Minister Datuk Seri Mahdzir Khalid said school heads are…

  • Taksonomi Bloom: Satu pandangan

    Tajuk ‘Taksonomi Bloom ciptaan Yahudi’ oleh Abdul Naser Tun Rahman Sinar Harian Cetusan 9 Januari 2018 adalah dirujuk. Pada tahun…

  • Assessments vital for student learning

    Assessment is perhaps the most vital of all the processes in academic and vocational education. People who understand assessment will always stress…

Latest Month

January 2018
S M T W T F S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow