kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Spagetti....uwek..uwek


ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ  ﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ  & Salam Sejahtera,

Bersama kongsi maklumat 

Sumber dari salah seorang penyumbang email :

Saya ingin memesan kepada anda andainya anda membeli sauce tomato yang digunakan untuk memasak speghetti mestilah hati-hati.

Semalam,setelah memasak nasi, udang goreng dan etc. Anak saya nak makan mee  speghetti.  Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masakkanlah.

Bila speghetti dah selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya, umi daging kecil yang masin sedikit itu daging apa? Si abang Salim pun jawab rasanya macam keju balls......dikunyah rasa asin-asin.

Anak saya Kamal makan sampai dua pinggan, sedap sangat spegetti Ummi masak dan kebetulan pula memang favouritenya, saya cuma sepinggan  kecil sekadar nak rasa. Setahu saya sauce speghetti biasanya tomato dan kadang-kala ada mushrooms tetapi yang ini lain sedikit......saya pun bergegas ke dapur, pergi lihat botol sauce yang diberi nama Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA ..

Ligat mata baca label pada botol, hati dah tak sedap, tekak rasa mual macam  orang hamil.

Tiba-tiba terlihat INGREDIENTS: tomato,bla-bla,bla-bla..... ... pork minced    meat!

Astaghfirullaahalaziim........ ........ saya masak speghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi semuanya terperanjat!

Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi.  Kuah sauce spegetti dengan kualinya sekali saya   buang..

Yang tertelan spegetti babi terludah-ludah kesal tak sudah.  Semoga Allah ampun dosa kerana alpa untuk membaca ingredients sebelum membeli.  Saya kira sauce tomato manalah ada taruh daging babi........ ......... kata orang tua-tua mimpi makan daging babi nak  dapat    REZEKI tapi kalau makan bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak    dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.

ASTAGHFIRULLAAHALAZIIM. Siapa-siapa ada air zam zam mintalah sedikit, saya bersihkan perut  yang termakan babi...... tolonglah sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spegetti lagi.



 


Subscribe

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments