?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Mata wang digital tidak diiktiraf

KUALA LUMPUR: Mata wang digital tidak diiktiraf sebagai mata wang sah, sekali gus tidak melindungi penggunanya jika berlaku sebarang pertikaian atau kerugian.

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, mata wang itu tidak dilindungi oleh piawaian atau pengaturan kehematan serta amalan pasaran yang terpakai pada institusi kewangan.

"Orang ramai diingatkan bahawa mata wang digital tidak sah diperlakukan di Malaysia. Orang ramai perlu menilai dengan teliti risiko jika menjalankan urus niaga dalam mata wang digital.


Pengguna mata wang digital juga tidak akan dilindungi di bawah pengaturan penyelesaian pertikaian jika berlaku apa-apa pertikaian atau kerugian

"Ini termasuk risiko yang berpunca daripada turun naik harga ketara, ketiadaan pasaran yang dalam dan mudah terdedah terhadap serangan siber yang boleh menyebabkan kerugian ketara.

"Pengguna mata wang digital juga tidak akan dilindungi di bawah pengaturan penyelesaian pertikaian jika berlaku apa-apa pertikaian atau kerugian," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, BNM mengeluarkan draf cadangan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai penggunaan obligasi pelaporan untuk perniagaan pertukaran mata wang digital.

Menerusi cadangan itu, mata wang digital diletakkan sebagai institusi pelapor di bawah AMLA.

"Cadangan ini bertujuan untuk memastikan langkah yang berkesan dilaksanakan bagi menangani risiko pengubahan wang haram/pembiayaan keganasan yang berkaitan dengan penggunaan mata wang digital dan meningkatkan ketelusan aktiviti mata wang digital di Malaysia," katanya.

BNM berkata, cadangan itu termasuk obligasi ketelusan yang bertujuan memberi maklumat berkaitan, supaya orang ramai memahami dan menilai dengan lebih baik mengenai risiko berkaitan dengan penggunaan mata wang digital.

Katanya, sebagai institusi pelapor, penukar mata wang digital juga perlu mengisytiharkan maklumat terperinci kepada BNM.

Katanya, kegagalan mematuhi obligasi pelaporan membolehkan penukar mata wang digital dikenakan tindakan di bawah AMLA dan perkhidmatan ditamatkan atau tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatan kewangan di Malaysia.

"BNM tidak mengawal selia mata wang digital kerana ia tidak memberikan apa-apa konotasi bahawa BNM memberikan kebenaran, pelesenan, sokongan atau pengesahan kepada mana-mana entiti yang terbabit dengan penyediaan perkhidmatan mata wang digital," katanya.


Penggunaan bitcoin dilarang Islam, kata imam Saudi

PETALING JAYA: Imam Arab Saudi, Assim al-Hakeem dilaporkan berkata penggunaan mata wang digital bitcoin dilarang undang-undang Islam kerana sifatnya yang tidak jelas dan memberikan ketanpanamaan kepada penjenayah.


Assim al-Hakeem berkata sifat wang digital itu tidak jelas dan memberikan ketanpanamaan kepada penjenayah.

Protal Step Feed memetik beliau sebagai berkata keadaan itu menyebabkan bitcoin boleh membantu aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Kita tahu bitcoin boleh dijalankan secara tanpa nama (tanpa agensi rasmi bertanggungjawab)…bermaksud ia membuka peluang kepada pengubahan wang, wang dadah dan wang haram,” katanya.

“Ia bergantung kepada (jaringan) rakan ke rakan, block chain dan logaritma yang mentadbirnya dan hanya diketahui segelintir orang yang tidak bernama. Tiada siapa tahu siapa mereka. Anda tidak boleh buat aduan (kalau berlaku sesuatu), seolah-olah kamu buang duit ke dalam vakum.”

Assim akui para sarjana Islam terdahulu belum pernah membincangkan isu bitcoin kerana ia merupakan mata wang moden, namun beliau meminta orang Islam jangan terlibat dengan keraguan seperti itu hanya untuk mendapatkan keuntungan.

“Bitcoin sesuatu yang sangat baharu dan terdapat kebimbangan serius apabila urusan dilakukan menggunakannya…sama ada dari segi asal, kelestarian dan keselamatannya,” kata Al-Hakeem.

“Setakat hari ini, satu bitcoin yang bernilai 0.1 sen bersamaan lebih kurang AS$ 11,000. Mengarut. Benda apa ini? Ini bukan sesuatu yang kita boleh sentuh, bukan duit, bukan nota bank, bukan geran, bukan sijil, tetapi maya,” katanya mempertikaikan pergerakan dramatik bitcoin yang meragukan.”

Al-Hakeem tidak keseorangan dalam berpandangan sebegitu kerana pada bulan lepas pihak berkuasa agama Turki turut mendakwa bitcoin “tidak sesuai dengan Islam”.

Menurut laporan EuroNews, Direktorat Hal Ehwal Agama Turki berpandangan bahawa membeli dan menjual mata wang digital tidak sesuai dengan agama buat masa ini kerana nilainya terdedah kepada spekulasi dan tidak di bawah pengawasan kerajaan dan audit, sekaligus mudah digunakan untuk aktiviti haram.

Malahan, kerabat diraja Saudi, Putera Al-Waleed bin Talal, dalam satu temu bual dengan CNBC pada Oktober, memberi amaran ketiadaan kawalan ke atas mata wang digital itu akan mengulangi skandal Enron.

Beliau merujuk kepada syarikat gas Amerika Syarikat, yang diisytihar muflis pada 2001 selepas pihak eksekutifnya menyembunyikan berbilion dolar hutang daripada pemegang saham.

“Ia tidak masuk akal. Perkara ini tidak dikawal dan tidak diawasi oleh mana-mana bank pusat. Saya memang tidak percaya bitcoin,” kata Putera Al-Waleed.

Latest Month

June 2019
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30      

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow