?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Peranan guru sebagai sumber pengetahuan dan maklumat utama mungkin tidak relevan hari ini.

Pengajaran dan pembelajaran kini menekankan kreativiti dan inovasi.

Kenyataan ini mungkin memerlukan para pendidik terutamanya guru terlatih dan berkelayakan untuk berfikir tentang mengapa kita terpaksa mengubah cara kita mengajar.


Dalam pengajaran dan pembelajaran, kami diberitahu dan dilatih untuk menjadi 'siapa kami', 'bagaimana kami mahu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut rentak kami', kami adalah raja atau ratu kelas kami.

Saya masih ingat beberapa orang ‘tenaga pengajar’ atau ‘profesor’ yang sangat menakjubkan dan penuh bersemangat ketika menjalani latihan pendidikan perguruan satu masa dahulu.

Apa yang saya suka adalah 'tenaga pengajar' yang boleh membuat kita bersama melibatkan diri,  yang mampu memberi kami pengalaman sebenar  dengan teori yang dikongsikan; yang dapat membuat kita mengingati dan mengekalkan apa yang dikongsi.

Tapi apa yang agak menghairankan adalah kenyataan bahawa ‘guru yang berkesan sebenarnya tidak mengajar.’

Kebanyakan pelajar lebih suka guru yang merupakan penghibur dan penglibur yang mampu menarik perhatian pelajar.

Pelajar menyukai guru yang baik dalam ‘pengetahuan kandungan pedagogi’ dan tahu untuk menerangkan dan menghuraikannya.

Pelajar mahu guru yang ambil peduli dan memahami; menjangkakan dan menuntut prestasi pelajar yang tinggi.

Pelajar didapati belajar dengan baik jika mereka belajar melalui pengalaman  pembelajaran yang fizikal, sentuhan emosi, penerapan intelektual dan penekanan rohani yang sekarang kita panggil 'konstruktivisme'.

Guru yang baik membantu dalam menyuntik pengalaman pembelajaran yang melibatkan pelajar dalam pemikiran kritis, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam konteks yang secara peribadi berkaitan dengan mereka.

Seorang guru yang hebat akan memikirkan cara untuk membuat pelajar mempelajari kemahiran atau pengetahuan dan kemudian membiarkan mereka menunjukkan apa yang telah dipelajari dengan apa yang mereka boleh lakukan, yang kita sebut sebagai pembelajaran berasaskan projek.

Seorang guru yang hebat akan memikirkan cara untuk membuat pelajar hadir ke sekolah hanya untuk melihat apa yang menarik yang akan mereka pelajari dan temukan setiap hari, yang kita panggil sebagai ‘inkuiri’ atau ‘ingin tahu’.

Terkini adalah dikatakan bahawa pelajar, belajar dengan lebih baik apabila mereka mampu mengawal pembelajaran mereka.

Pelajar mesti menyukai untuk belajar dan tiada apa yang boleh dikatakan atau dilakukan oleh guru akan mengubahnya.

Pembelajaran sebenar memerlukan tindakan dan pelaksanaan, tiada lagi pembelajaran hanya dengan memasang telinga atau atau memerhati sahaja.

Tetapi apa yang kita lihat di sekolah dan institusi pembelajaran adalah guru atau pendidik hanya ‘bersyarah’ atau ‘berceramah’ sementara pelajar mendengar, berangan dan terlelap.

Guru dan pengajaran adalah aliran pengetahuan dan kemahiran dari seorang kepada  yang lain.

Walaupun syarahan, atau persembahan ‘Power Point’, biasanya dilihat sebagai cara yang paling cepat dan paling mudah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran, kita semua sedar bahawa ia bukanlah yang paling berkesan.


Untuk menjayakan kaedah 'kemahiran berfikir aras tinggi' ada yang mengatakan kaedah 'Socrates' adalah kaedah terbaik untuk digunakan, tetapi kemudian siapa yang benar-benar menguasai teknik tersebut.

Untuk membuat pelajar belajar, kita mesti membuat pelajar melakukan sesuatu. Kita boleh menggunakan pembelajaran berasaskan prestasi.

Kebanyakan guru atau pendidik, mereka  lebih suka pengajaran secara biasa kerana ia adalah apa yang ingin dikehendaki oleh kurikulum, iaitu keupayaan melakukan sesuatu dengan pengetahuan dan kemahiran sahaja.

Oleh kerana pendidik kita diarahkan untuk menggunakan kaedah 'pembelajaran berpusatkan pelajar' dan kaedah pemudahcaraan, adalah bijak untuk membiarkan pelajar  belajar sendiri dan mendidik diri mereka sendiri.

Seperti yang dikatakan pengetahuan akan menjadi kenyataan dalam minda pelajar. Jadi, saya tidak fikir kita perlu mengubah cara kita mengajar.


Azizi Ahmad Berita Harian Interaktif Januari 2, 2018

Posts from This Journal by “teaching” Tag

Latest Month

May 2019
S M T W T F S
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow