?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Awas, sebelum terima jadi rakan

 Memang menjadi sesuatu yang menarik dan teruja apabila anda melihat mesej ‘permintaan untuk menjadi rakan’ atau ‘Friend Requests’ di bahagian atas halaman Facebook anda.

Anda mungkin berfikir bahawa tidak ada mudarat atau kesilapan dalam menerima semua ‘permintaan untuk menjadi rakan’ yang datang dengan cara yang biasa. Mempunyai lebih banyak rakan atau kawan bermakna anda lebih popular ... betul?

Tapi terfikirkah anda mereka juga merupakan rakan siber anda di WhatsApp, WeChat, Skype atau apa saja tapi tidak pernah berhubung atau memberi respon kepada proses komunikasi selama ini.

Anda pastinya akan berasa dan tahu bahawasanya dengan nama yang tertera dan tercatat, mungkin juga disertakan tarikh lahir, maklumat pendidikan dan kerjaya ia menjadi sangat mudah bagi sesiapa saja menyalin dan mencipta perihal pengguna yang anda kenal.

Anda mungkin menerima ‘permintaan untuk menjadi rakan’ tanpa berfikir dua kali, terutama jika ia adalah rakan atau nama yang anda kenali.

Berhati-hatilah, kerana penjenayah siber mungkin berpotensi meniru profil anda atau seseorang yang anda tahu untuk tujuan menipu anda dan rakan anda!

Kebanyakan penjenayah siber akan cuba mengelirukan dan menggunakan profil pengguna untuk mencuri bagi tujuan menyalahgunakan ‘identiti’.

Facebook adalah seolah-olah ‘peti harta karun’ maklumat seseorang. Jika anda mempunyai dan mencatatkan  akaun peribadi Facebook, dan apabila anda menerima ‘permintaan untuk menjadi rakan’, maklumat dan gambar yang sebelum ini tidak boleh dilihat oleh ‘umum’ akan menjadi ‘paparan’ bagi ‘rakan baru anda’.

Penjenayah siber amat memahami dan tahu bahawa ramai pengguna akan sedia menerima ‘permintaan untuk menjadi rakan’ tanpa berfikir panjang, dan peluang untuk seseorang menerima permintaan dari ‘penipu akaun’ adalah amat tinggi. Sebaik sahaja penjenayah siber memperolehi maklumat dan gambar yang dikehendaki , ia akan memudahkan mereka untuk ‘mencuri maklumat’ dan menggunakannya untuk kerja penjenayahan yang lain.

Pengguna yang bijak akan menetapkan tetapan privasi mereka. Dalam membuat perkongsian maklumat atau membuat ‘posting’ pada laman sendiri atau laman rakan, semuanya akan terpapar pada laman berita (newsfeed).


Awas jika menerima 'permintaan untuk menjadi rakan' tanpa gambar

Dengan akaun palsu yang dicipta, penjenayah siber mempunyai keupayaan untuk menyebarkan pautan berniat jahat kepada sejumlah besar pengguna. Sebaik sahaja pautan berniat jahat diterbitkan ke dalam Laman Berita Umum, terdapat kemungkinan besar seseorang akan mengklik pada pautan yang berniat jahat, di mana ia akan diarahkan ke laman web yang dikompromi oleh tapak perisian ‘malware’ atau ‘phishing’ yang direka untuk menipu pengguna ke dalam mendedahkan maklumat kewangan.

Seandainya hal kecurian identiti dan pengedaran pautan berniat jahat tidak cukup memburukan keadaan, penjenayah siber akan mencipta akaun palsu untuk mengambil tahu hal pengguna lain. Akaun palsu yang dicipta akan membantu penjenayah siber berada di dalam kawalan radar hubungan, kerana orang yang mereka mahukan mungkin menerima ‘permintaan untuk menjadi rakan’ tanpa memikirkan dua kali.

Sekiranya anda menerima ‘permintaan untuk menjadi rakan’ dari seseorang yang anda sudah menjadi rakan, ambil beberapa minit untuk menyemak orang itu dalam senarai rakan anda. Juga, semak akan profil untuk melihat jika terdapat tanda-tanda bahawa akaun itu tidak sah. Jika permintaan untuk menjadi rakan adalah dari seseorang yang anda anggap kenalan, jelas lebih sukar untuk menentukan apakah akaun itu sah atau tidak. Tetapi dengan rakan yang rapat, pastikan anda berhubung dengan mereka jika anda menerima permintaan untuk menjadi rakan bagi kali kedua - jika palsu, pastikan  akaun tersebut dilaporkan ke Facebook. Jadi, pastikan anda menyemak senarai rakan dalam akaun anda.

Pernah juga berlaku ‘rakan Facebook’ anda tiba-tiba menghantar mesej kepada anda dengan permintaan yang aneh, meminta wang atau klik pada pautan yang mencurigakan? Berhati-hati, kerana ini boleh menjadi tanda bahawa anda sedang digodam. Walaupun ini bukan cara yang pasti untuk menunjukkan akaun palsu, penting untuk mengambil perhatian tentang kelakuan ganjil atau yang dipersoalkan. Profil yang membanjiri Laman Berita (News Feed)  dengan spam atau pautan berniat jahat boleh disebabkan oleh akaun yang direntas atau dikompromi oleh sindiket penipuan klik.

Dengan pengunaan Facebook, ia boleh menjadi sedikit rumit untuk menentukan sama ada akaun atau ‘permintaan untuk menjadi rakan’ yang sah atau tidak. Menerima ‘permintaan untuk menjadi rakan’ bermakna anda akan menambah bilangan rakan, tetapi berhati-hati tentang siapa yang anda terima, kerana ia lebih berbahaya daripada manfaat yang boleh diperoleh dari melakukannya. Jadi sekiranya anda menerima ‘permintaan untuk menjadi rakan’ , ambil beberapa minit dan lakukan sedikit siasatan kendiri sebelum mengklik butang "Terima" itu.

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Rencana Forum Januari 9, 2018

Latest Month

January 2018
S M T W T F S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow