Wanita dan gadis muslim yang memakai tudung atau hijab secara rutin tentunya mendapati sukar memperolehi pekerjaan dan diketepikan di tempat kerja kerana apa yang dilihat sebagai salah satu bentuk diskriminasi yang dihalalkan.
Walaupun ada dari mereka yang berkelayakan dan terlatih dalam profesion masing-masing, adalah menyedihkan untuk mengetahui bahawa masih ada majikan di Malaysia yang meminggirkan calon berpotensi dan melenyapkan peluang untuk bekerja dengan andaian bahawa mereka adalah "tidak sesuai, tidak berkemampuan dan lemah".
Ada juga calon pekerja mendapati diri mereka ditemuduga secara tidak profesional , dipersoalkan sama ada mereka telah berkahwin dan mempunyai anak-anak atau akan memperolehi anak, manakala mereka yang sudah dalam pekerjaan mendapati diri mereka tidak dibenarkan melaksanakan tugasan penting kerana andaian bahawa mereka tidak mungkin "mampu " untuk melaksana tugasan luar pejabat dan memerlukan tugasan luar yang tidak menentu.
Ada yang didorong dan didesak untuk meninggalkan pemakai an berunsurkan Islam tradisional untuk mendapatkan pekerjaan yang baik.
Baru-baru ini, seorang kawan saya berkongsi dengan saya bahawa anaknya telah diminta 'untuk tidak membuang masa' datang untuk temuduga kerana mereka tidak akan mengambil dan menerima mereka yang memakai tudung atau hijab. Anak perempuannya diberitahu seawal dan sebelum dia mengisi borang untuk di temuduga.
Adalah sukar untuk mempercayai bahawa masih ada 'majikan' bertaraf 5 bintang yang telah menetapkan dan membuat keputusan yang tegas dan menolak calon-calon yang memakai 'hijab' untuk berada di 'front-desk atau reception’ atau 'concierge'.
Di mana-mana di Malaysia amnya , kita tentu akan berdepan dengan ramai ‘wanita dan gadis’ berhijab menguasai kaunter hadapan samada di jabatan kerajaan mau pun swasta dan mereka kelihatan 'manis dan menawan' dan sebagai orang Islam ia adalah satu kemestian atau wajib untuk menutup kepala mereka.
Firman Allah SWT dalam An-Nur:31 yang bermaksud “Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.”
Tentunya majikan bertaraf 5 bintang tersebut tahu bahawasanya ramai gadis dan wanita di Malaysia yang bertudung dan berhijab dan tentunya mereka tahu bahawasanya bukan pakaian yang menjadi ukuran tetapi kebolehan juga perlu diutamakan.
Pada pandangan saya, pihak berkuasa dan berkenaan harus mengambil tindakan segera untuk menangani masalah pengangguran dalam masyarakat Islam atau berisiko melihat ketidaksamaan dalam masyarakat.
Kita memerlukan syarikat dan majikan untuk memperkenalkan dan mengurangkan sikap "berat sebelah dan adil" terhadap calon Muslim mau pun sesiapa sahaja dan hendaklah disokong oleh perubahan dalam undang-undang jika perlu.
Kita tidak harus melihat diskriminasi berlaku terhadap gadis dan wanita muslim terutamanya yang bertudung.
Janganlah membezakan calon, baik yang muslim atau bukan muslim dan janganlah terlalu awal menolak peluang calon yang ingin mencuba dan mencari rezeki.
Memang benar, adalah hak majikan untuk menerima atau menolak mana-mana calon namun peluang haruslah diberi dan calon harus diberi peluang untuk membuktikan kebolehan untuk ditemuduga.
"Semua orang adalah tertakluk kepada undang-undang yang sama di negara ini dan wanita mulism boleh memilih untuk berpakaian dengan cara yang mereka mahu dengan cara yang sama bahawa wanita lain boleh dan tidak perlu menderita diskriminasi akibat daripadanya."
Adalah menjadi harapan bahawa pihak berkuasa boleh menangani perkara ini dengan serius supaya tidak ada perbezaan atau diskriminasi berlaku keatas calan yang memakai tudung.
Pasti nya mereka yang bertudung atau berhijab juga mempunyai kelayakan, kebolehan dan kemampuan dan kita mesti bersikap terbuka tentang perkara itu.