?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Ungkapan hikmah dan bijak ‘Bapa borek, anak rintik’  adalah pepatah lama Melayu yang berkorelasi dengan 'bagaimana perlakuan si ayah, maka begitulah perlakuan si anak'.

Kedua-duanya menunjukkan perkara yang sama, anak-anak kita akan memerhati dengan teliti, melihat apa yang kita lakukan, dan bukannya dengan apa yang kita sering perkatakan kepada mereka.

Ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kita kerana ia selalu lebih mudah bagi ibu bapa untuk hanya memberi arahan, walaupun ramai yang yang bercakap tidak serupa bikin.

Kita boleh katakan ia sebagai ‘kepimpinan melalui teladan’ atau ‘model peranan’ kerana jika ibu bapa gagal melakukannya dengan baik dan sempurna, ia akan membawa kesan pembalikan terhadap anak-anak .

‘Setiap orang mereka yang bergelar bapa perlu ingat bahawasanya suatu hari nanti anak anda akan mengikut dan mencontohi apa yang anda lakukan dan bukan apa yang anda nasihatkan”. (Charles F. Kettering (1876-1958))

Charles F Kettering adalah seorang pencipta, jurutera, ahli perniagaan dan pengasas Delco dan ketua penyelidik di General Motors dari 1920-1947.

Sebelum menyalahkan orang lain, mari kita perhatikan tingkah laku kita sendiri ketika berurusan dengan anak-anak kita.

Adakah kita mudah hilang sabar ketika mereka tidak berkelakuan seperti yang kita mahu?

Adakah anda akan bersabar apabila mereka tidak membawa keputusan akademik yang diharapkan?

Bagaimana pula dengan masa dan ketika kita tidak sedar memgumpat atau memburukkan  orang lain di hadapan anak-anak kita?

Kesemua contoh negatif ini hanya boleh bermakna satu perkara, tidak kira betapa kita menasihatkan anak-anak kita untuk bertindak baik dan menghormati orang lain, ianya tidak akan menjadi bermakna  apabila kita sendiri tidak menunjukkan tingkah laku tersebut.

Ia juga bermakna bahawa kita perlu sentiasa menyedari tingkah laku kita sendiri kerana anda menjadi contoh yang baik untuk anak-anak anda.

Sesungguhnya banyak perkara kita telah tunjukkan kepada anak-anak kita. Sebagai contoh, apabila kita menegur mereka, elakkan dari berniat dan berkeinginan untuk menyumpah atau mengutuk. Yang lebih penting, elakkan daripada keganasan fizikal sama sekali.

Mereka mungkin tidak banyak memberi reaksi pada masa itu, tetapi sebenarnya, mereka mempelajari satu pelajaran yang tidak baik iaitu adalah tidak mengapa untuk tidak mampu untuk mengawal emosi kita apabila kita marah atau kecewa.

Begitu juga, apabila kita sedang memandu di jalan raya, mari kita pastikan kita berhemah dengan sikap dan tingkah laku kita.

Mematuhi peraturan lalu lintas dan menghormati pemandu yang lain, jika tidak, kita secara efektif mengajak generasi masa depan menjadi pemandu yang tidak sabar dan kasar.

Oleh itu adalah baiknya dan kita memperingatkan diri kita untuk bertindak dengan lebih baik dan mengawal tindakan dan emosi kita.

Tidak syak lagi, sebagai manusia, kita akan sekali-sekala akan hilang kesabaran dan kawalan diri.

Tetapi kita mesti melakukan yang terbaik untuk tidak membiarkannya berlaku di hadapan anak-anak kita.

Jika tidak, sia-sia sahaja usaha kita untuk membentuk dan membimbing keluarga kita dan memberikan ruang kepada mereka untuk berkata ‘tidak mengapa untuk melakukan kesalahan dan kesilapan kerana ibubapa kita juga berbuat demikian’.

Azizi Ahmad Berita Harian Interaktif 05 Februari 2018

Posts from This Journal by “etika” Tag

  • Hadapi ‘kebiadaban’ dengan tenang

    Semakin hari semakin panas bahang terasa, samada cuaca dan iklim di luar maupun ditempat kerja . Kenyataan ini saya perolehi dari seorang rakan…

  • Buang sikap sombong

    Seseorang yang mempunyai ijazah kedoktoran akan selalu bercakap atau memberi masa kepada rakan sekerja yang mempunyai PhD, tetapi apabila seseorang…

  • Hentikan Budaya “Ya Tuan, Ya Puan”

    Dimana saja anda bekerja atau berkhidmat, anda pasti akan bertemu, berjumpa dan mungkin bekerja dengan sebilangan rakan sekerja yang bersikap ‘…

Latest Month

April 2018
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow