?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Falsafah gabungan, teras FPK dan FPG

Adalah saya merujuk beberapa konsep falsafah dari tajuk 'Pastikan pendidikan kita bentuk rakyat berakhlak' bertarikh 25 Januari 2018.

Falsafah adalah satu pendekatan yang menyeluruh terhadap kehidupan dan dunia ini dan merupakan satu kajian mencari kebenaran dan nilai dalam hidup.

Falsafah pendidikan adalah satu kajian mengenai pendidikan dari segi  maksud, tujuan dan kaedah, merupakan satu inkuiri terhadap minda semula jadi, semula jadi manusia, dan bagaimana pendidikan dan masyarakat saling berhubung antara satu sama lain.

Sistem pendidikan di Malaysia adalah berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Falsafah Pendidikan Negara adalah berasaskan falsafah pendidikan barat, falsafah pendidikan timur dan falsafah pendidikan Islam

Perennialism berfokus kepada perkembangan diri dengan tujuan utama adalah pendidikan ialah untuk mengajar nilai dan ilmu sejagat serta memupuk nilai rasional dan intelek

Essentialism melihat pendidikan sebagai persediaan  untuk kerjaya dan kewarganegaraan. Sekolah memainkan peranan penting  dalam membantu perkembangan intelek sesorang individu. Guru mempunyai kuasa terhadap pengajaran dan kurikulum

Progressivism menyarankan bahawa kebenaran itu adalah relatif dan tentatif.  Ilmu membawa kepada pertumbuhan dan perkembangan. Pendidikan haruslah menyediakan murid supaya boleh menyesuaikan diri dengan perubahan situasi melalui usaha koloboratif.

Rekonstruktionism menyarakan pembaikan dan pembangunan semula masyarakat. Sekolah dianggap tempat untuk mengenal pasti penyakit masyarakat dan mencari jalan untuk mengurang dan mnyelesaikan masalah.

Falsafah pendidikan Islam adalah berasaskan pengajaran Islam, diperolehi daripada Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.aw. Pendidikan dilihat sebagai usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu , kemahiran dan amalan berasaskan al-Quran dan Sunnah. Ini akan menyediakan manusia dengan pengalaman dan ilmu yang lengkap supaya ia tahu siapa dirinya , peranan dan tanggungjawabnya sebagai hamba Tuhan dan menjadi Khalifah yang baik.

Objektif utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk menghasilkan perhubungan melalui nilai-nilai murni seperti kepercayaan kepada Tuhan, peribadi yang baik, bertanggungjawab, setia kepada negara serta mampu  memberi sumbangan kepada kemajuan negara serta menggalakkan perpaduan antara manusia yang berbilang bangsa.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh dijadikan rujukan kepada pendidik memahami sistem pendidikan kebangsaan, penyuluh kepada murid, menyumbangkan bimbingan dan halatuju kepada semua usaha pendidikan, samada dalam  atau luar institusi pembelajaran.

Ia menyediakan polisi dan pertimbangan asas untuk merancang kurikulum sekolah,mereka cipta bahan pembelajaran dan menentukan strategi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Falsafah Pendidikan Guru dicipta sebagai panduan untuk membina program pendidikan guru. Latihan dan kualiti guru adalah berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Guru.

Program pendidikan guru menekankan kepada perkembangan potensi guru dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ia harus melahirkan guru permulaaan yang bermoral tinggi, seimbang, bersepadu secara harmoni dari segi sikap, amalan dan kecekapan.

Azizi Ahmad GPS Bestari Rencana 05 Februari 2018

Posts from This Journal by “falsafah” Tag

Latest Month

September 2018
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30      

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow