?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Dalam dunia yang penuh cabaran ini, kita harus bersedia untuk berhadapan dengan kesusahan tanpa menunjukkan perasaan atau keluhan, kita harus mampu menghindari emosi yang keterlaluan atau dapat menahan kesakitan yang dialami.

Ini adalah apa yang dapat kita perolehi dari falsafah Stoisisme (stoicism), dan aspek falsafah Stoisisme (Stoicism) adalah lebih daripada sekadar sikap.

Pengamal ‘stoisisme’  percaya bahawa segala apa yang berlaku di sekeliling kita adalah berdasarkan  sebab dan akibat,  yang menghasilkan struktur rasional alam semesta, yang mereka sebut sebagai ‘logos’.

Logoterapi (Logotherapy) ciptaan  Viktor Frankel adalah berdasarkan kepada prinsip ‘stoic’ bahawa kita dapat memanfaatkan kekuatan kita untuk mengisi kehidupan kita dengan bermakna walaupun dalam situasi yang paling teruk.

Falsafah kuno ini menyokong pembaikan diri melalui empat kardinal kebajikan dimana kita dapat mengilapkan  dan kemudian menerapkannya dalam kehidupan kita sendiri.

Kebijaksanaan adalah mengenai dan mengetahui cara hidup. Orang bijak adalah seseorang yang mempunyai pengetahuan tentang kehidupan.

Mereka mempunyai keupayaan untuk menavigasi situasi kompleks dengan cara logik, tenang dan bermaklumat.

Kami tentunya tidak memililiki dan bermula dengan kebijaksanaan penuh, tetapi dengan senantiasa berusaha untuk memperbaiki diri agar dapat menjadi lebih baik dan dalam  hal ini yang disebut kehidupan.

Dan apabila anda berhadapan dengan cabaran atau situasi yang sukar keesokannya, lihat samada anda boleh mengekalkan rentak  dan mendekati dengan tenang dan logik, tanpa membiarkan emosi mengatasi dan mengawal anda.

Menyebut tentang keadilan sering membawa kita kepada pemikiran undang-undang mahkamah. Walau bagaimanapun, dalam pengertian ini keadilan adalah tentang hidup secara berintegriti yang menjadi matlamat cita tertinggi anda.

Ini adalah mengenai  menghormati  dan berlaku adil dengan orang lain walaupun anda merasa mereka tidak layak untuk menerimanya.

Perhatikan tingkah laku anda sepanjang hari. Adakah anda hidup dengan integriti atau adakah anda bertindak balas dengan kemarahan?

Ingatlah, menjaga ketenangan anda tidak bermakna mengakui perlakuan yang lemah, anda hanya memilih bagaimana anda bertindak balas terhadapnya.

Dari perkataan ‘Latin’ untuk hati, keberanian adalah perlakuan kebajikan yang memantapkan semua kebaikan anda yang lain.

Keberanian tidak hanya dikhaskan untuk keadaan luar biasa seperti naga yang membunuh, ia juga mengenai menghadapi cabaran harian dengan kejelasan dan integriti.

Memetik dari ungkapan Seneca, seorang ahli falsafah Roman Stoic, "Kehidupan kita kadang-kadang adalah merupakan satu tindakan keberanian".

Ia memerlukan keberanian untuk hidup dengan baik tatkala apa yang anda sebenar  mahu lakukan ialah menarik selimut di atas kepala anda.

Bagaimana anda menghadapi kehidupan harian anda? Adakah anda menjalani  kehidupan harian  anda dengan penuh keberanian yang dapat anda kumpulkan atau adakah anda rasa takut dan gementar?

Ingatlah, untuk berkembang, anda perlu selesa dengan tidak selesa.

Kesederhanaan pada dasarnya adalah mengenai penguasaan diri. Ia adalah keupayaan untuk melaksanakan pengekalan diri dalam kesederhanaan dalam semua aspek kehidupan.

Seseorang yang telah mengasah seni penguasaan diri dapat melakukan apa yang mereka perlu lakukan ketika mereka perlu melakukannya. Itu satu kemahiran yang bernilai.

Sebagai contoh, anda boleh mematikan televisyen (Netflix masih akan tetap kekal boleh digunakan untuk hari berikutnya), simpan semua makanan ringan di dalam almari atau peti sejuk dan tidur pada jam yang munasabah.

Dengan cara itu anda boleh bangun awal dan kemudiannya memulakan aktiviti senaman riadah akan  menjadi lebih mudah.

Kita mungkin tidak selalu mengawal peristiwa yang berlaku, tetapi kita boleh mengawal cara kita mendekati sesuatu. Daripada mengharapkan sesuatu yang berbeza, Stoisisme cuba menangani keadaan seperti seadanya.

Ahli falsafah Yunani Stoisisme, Epictetus meletakkannya dengan cara ini, "Bukan apa yang berlaku kepada anda, tetapi bagaimana anda memberi reaksi kepada perkara itu."

Amalan  nombor satu Stoisism adalah untuk mengenal pasti apa yang ada dalam kawalan anda dan apa yang tidak.

Bagi  Stoisis, satu-satunya perkara dalam kawalan anda adalah anda hidup dengan penuh kebaikan  dan mengawal pemikiran dan tingkah laku anda. Yang lain-lainya tidak penting.

Kerap kali kita meluangkan masa untuk menghuraikan perkara-perkara yang kita tidak dapat kawal (masa lampau, hasil tingkah laku kita, dan lain-lain), walhal apa yang perlu kita lakukan adalah mengambil ikhtibar dari perkara-perkara itu dan terus bergerak kehadapan.

Berusaha dan bekerja sebaik mungkin  untuk memilih tindakan yang paling sesuai dalam mana-mana keadaan yang diberikan.

Apabila sesuatu berlaku kepada anda, anda tidak perlu mememikirkan cara tertentu sebagai tindak balas. Anda perlu dan boleh memilih cara anda memikirkannya.

Pendekatan ‘stoisisme’ boleh membantu kita mengembangkan amalan mental dan tingkah laku supaya kita dapat menjadi versi terbaik dari diri kita sepanjang hari. Namun anda perlulah menjadi pahlawan minda, bukan pustakawan minda. (Brian Johnson).



Azizi Ahmad GPS Bestari Rencana 05 Februari 2018

Posts from This Journal by “writing” Tag

Latest Month

July 2018
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow