?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Saranan mengenai Pelaksanaan Pelan Strategik Kesihatan Mental oleh Tan Sri Lee Lam Thye adalah dirujuk.

Sejak akhir ini, keperluan mendesak untuk menangani beban penyakit yang tidak menular seperti kencing manis (diabetes), penyakit jantung dan barah kanser sering dimuatkan di majalah, media dan akhbar.


Tetapi yang lebih menakutkan adalah penyakit ‘stigma’ yang tersembunyi,  yang kini menghancurkan kehidupan dan merosakkan keluarga dan komuniti  masyarakat iaitu cabaran  terhadap ‘kesihatan mental’ di seluruh dunia yang semakin meningkat.

Di seluruh dunia, berbilion manusia dianggarkan mengalami masalah ‘kebimbangan’, 300 juta orang terjejas oleh kemurungan, 60 juta mengalami gangguan afektif bipolar, kira-kira 21 juta terkena skizofrenia atau psikosis yang teruk dan hampir 50 juta orang mengalami demensia.

Cabaran yang dimaksudkan adalah termasuk kekurangan sumber dan perkhidmatan penyediaan penjagaan kesihatan yang terlatih, pentaksiran dan penilaian yang tidak tepat dan gabungan stigma sosial untuk menangani masalah epidemik kesihatan mental dengan berkesan.

Cadangan dan pendekatan untuk mengatasi sindrom kesihatan mental bukanlah sesuatu yang boleh diungkapkan dengan mudah, tetapi ia memerlukan penyediaan model yang radikal untuk bagaimana kita dapat memulakan pendekatan kesihatan mental sebagai budaya, pastinya  di sekolah dan di tempat kerja.

Malah pekerja yang paling tegas dan berjaya dalam kerjaya mereka mendapati sukar untuk menyatakan keperluan dan menetapkan sempadan di tempat kerja.

Manusia  telah dilatih untuk dengan rela hati menerima dan bersedia  memenuhi permintaan yang diarahkan samada ikhlas atau tidak; maupun betapa lelah yang kita rasakan, walaupun ia memberikan impak besar terhadap kesihatan mental kita.

Bebanan penjagaan diri tidak boleh diletakkan hanya pada individu. Banyak perkara boleh diperolehi apabila kita bercakap tentang kesihatan mental "terutama bagi yang berkedudukan sebagai pemimpin, sama ada di sekolah, organisasi masyarakat, badan sukerala, perusahaan besar, dan seterusnya.

Kesihatan mental perlu diberi perhatian sama seperti kesihatan fizikal. Majikan tidak boleh memisahkan hal peribadi dan  hal profesional apabila melibatkan para pekerja.

Dalam mana organisasi kerja, kita mesti menyedari bahawa kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada kesihatan mental pasukan kerja, dan organisasi harys membantu menyumbang kepada kesejahteraan mereka.

Burnout’ bukan sekadar keletihan biasa. Ia adalah mengenai tekanan dan keletihan emosi yang berlaku di tempat kerja, dan boleh dengan mudah menyebabkan  kemurungan dan kebimbangan.

Kajian terkini menunjukkan bahawa pekerja yang mengalami ‘burnout’ didapati kurang menyumbang terhadap perkerjaan dan  ia adalah tidak menghairankan, memandangkan pusat ‘emosi’ otak yang disambungkan ke bahagian otak yang mengawal kreativiti dan membuat keputusan tidak berfungsi secara normal.

Organisasi disarankan  untuk mengadakan sesi  dialog terbuka di tempat kerja, sama ada melalui  pasukan, kumpulan perbincangan, atau secara santai ketika waktu makan tengah hari atau sesi kopi atau teh, namun ia hanya merupakan cadangan ‘mat jenin’.

Walaupun program seperti Komuniti Pembelajaran Profesional ( Profesional Learning Community) atau penggunaan sosial media seperti WhatsApp, Instagram digunakan namun ianya hanya merupakan ‘laman sosial’ bukan profesional jadinya.

Walaupun di negara kita, tidak mungkin untuk menggalakkan pekerja mengambil cuti rehat sebanyak mungkin, atau untuk pulang lebih awal dari kerja sekali sekala, atau untuk meluang masa untuk bersenam dan menghayati kehidupan keluarga, namun kita harus terus melakukan percubaan dan menjayakannya. (Adakah saya bergurau atau apa?)

Cadangan lain mungkin adalah untuk melaksanakan dasar percutian inovatif yang memberikan lebih banyak kelonggaran dan kemudahan kepada pasukan kerja anda.

Kebanyakan 'pemimpin pejabat'  nampaknya tidak menunjukkan kepercayaan dan tidak jujur terhadap kakitangan mereka sendiri dan ramai yang tidak menghargai kerja kakitangan bawahan mereka.

Apa yang dapat kita perhatikan  dinegara kita, para pekerja lebih banyak berada dan menghabiskan masa ditempat kerja dari bersama keluarga masing-masing.

Organisasi perlu menunjukkan mereka juga mengambil berat terhadap kesihatan para pekerja.

Para pekerja juga harus berkata ‘TIDAK’ dan  menolak  beberapa projek dan tugasan yang diberikan, kerana apa yang lebih penting adalah menjaga kesihatan diri kita terlebih dahulu.

Bagi para majikan, jangan hanya memaklumkan yang pihak anda mengambil berat terhadap kesihatan mental mereka.

Pastikan dan galakkan mereka untuk menyatakan apa yang ingin disampaikan. Berikan dan tunjukkan ‘empati’ anda.

Jika ada kakitangan anda datang berjumpa anda dengan ‘isu tekanan’; pastikan kehadiran mereka merupakan satu tindakan yang bijak ketika bertemu anda.

Kita boleh membantu  mengurangkan ‘stigma kesihatan mental’ dengan menunjukkan contoh teladan secara mengenangi kes satu persatu.

Azizi Ahmad Berita Harian Forum Februari 12, 2018

Posts from This Journal by “kesihatan” Tag

Latest Month

September 2018
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30      

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow