?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Diberi jawatan dan kedudukan dengan mempunyai kuasa dan berkuasa di tempat kerja adalah sesuatu yang dicari dan di idamkan oleh seseorang yang bercita-cita dan mengidamkan untuk menjadi 'bos' atau ingin dipanggil 'ketua'.

Ada jawatan  dan kedudukan yang dianugerahkan, dipilih, dilantik dan gelaran atau status kedudukan juga berbeza.

Ada yang disebut sebagai penyelia; Ketua Jabatan; atau apa jua gelaran yang diberikan selagi mereka berstatus ‘ketua’, mereka ini sentiasa merasakan mereka adalah yang hebat dan terbaik tidak kira samada kedudukan yang diperolehi itu sama ada dengan cara yang betul atau tidak, wallahualam.



Mereka yang berstatus ‘ketua’ di tempat kerja mungkin merasakan diri mereka memegang, mempunyai  atau diberi kuasa dari pelbagai sumber.

Dengan kedudukan rasmi yang diberi, mereka mungkin berasa telah diberi kuasa tambahan kerana hubungannya dengan peringkat atasan. Tidak ada yang salah dengan mempunyai kuasa, kecuali seseorang itu menyalahgunakannya.

Menghina, memalukan, mengugut, memberi tekanan tidak sepatutnya, dan mengancam pekerja oleh pihak pentadbir atau pengurusan atasan boleh dianggap sebagai penyalahgunaan kuasa di tempat kerja.

Ia tidak termasuk tugas pengurusan biasa seperti mengkaji prestasi anda atau menyerahkan beban kerja anda, melainkan jika pihak atasan anda tidak berlaku adil.

Dalam kebanyakan kes, pihak atasan atau pentadbiran  yang menyalahgunakan kuasa akan cuba membuli, mendiskriminasi, menguasai, memperlihatkan ciri-ciri keangkuhan dan sombong  dan tentu saja berlaku tidak adil dalam tindakan.

Serangan, berbentuk  lisan atau fizikal yang memalukan lagi menghinakan  boleh dianggap sebagai gangguan dan penyalahgunaan kuasa.

Pihak atasan yang ‘tidak stabil pemikiran’ ini akan selalu mengkritik, memandang rendah, menghina dan memperkecilkan kebolehan anda; sesetengahnya pula akan menakutkan, menggertak, mengugut anda dengan  kawalan emosi yang luar biasa.

Penyalahgunaan kuasa oleh mereka ini mungkin juga dengan cara yang halus, apabila berdepan dengan anda  atau bersemuka dengan anda, mereka akan datang dengan nada suara yang lembut (tetapi kita boleh kesan nada mereka)  dan kelihatan bagus dan baik tetapi sebaliknya dengan niat yang tidak baik atau berhasrat menikam belakang atau menjatuhkan anda.

Mereka ini berniat  mengawal dan menguasai anda dengan menggunakan kedudukan dan kuasa mereka untuk membuat mikroman atau tidak mengizinkan kemampuan anda melakukan apa-apa tanpa kelulusan mereka.

Dalam kebanyakan kes, tingkah laku ini mempunyai lebih banyak kaitan dengan isu peribadi dan mereka tidak mahu orang lain kelihatan lebih baik dari mereka.

Kekadang ada juga kita menerima tekanan dari seorang ‘ketua’ yang baik, namun kita boleh membiarkannya berlalu.

Namun jika tekanan itu datang dari mereka yang berniat buruk dan tidak baik; dan anda rasa anda tidak boleh menghadapinya lagi, tunggulah sehingga anda dipanggil oleh mereka  berhadapanlah dengan mereka secara profesional.

Pastikan anda mampu mengawal emosi dan mampu mengawal tindak-tanduk dan perlakuan dan tidak memulang paku serpih kepada mereka (jika anda mampu).

Anda juga dinasihatkan menyimpan nota catatan pertemuan sekiranya anda perlu mengadu kepada pihak atasan yang lebih tinggi. Rekod catatan terperinci untuk menunjukkan anda bukan hanya mengadakan cerita.

Penyalahgunaan kuasa boleh menjadi lebih teruk dan parah apabila pihak mereka  cuba untuk menjadikan anda ‘mangsa’ atau ‘kambing hitam’.

Anda mempunyai alasan untuk mengambil  tindakan undang-undang jika perlu; jika mereka cuba memfitnah anda seperti menceritakan keburukan dan pembohongan tentang prestasi anda atau kehidupan peribadi; ini boleh  anda yang boleh gunakan untuk menentang mereka.

Jika anda membuat aduan yang sah kepada organisasi atau institusi dan tidak mendapat respons, atau organisasi anda tidak mempunyai kuasa kawalan untuk mencegah penyalahgunaan kuasa, anda mungkin boleh menyaman institusi tersebut.

Bertindaklah dengan berani dan bijak  demi hak anda.

Azizi Ahmad Berita Harian Forum Februari 21, 2018

Latest Month

April 2018
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow