?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Tujuan mesyuarat PIBG

Tulisan Merrepak bagi tajuk ‘Saya tidak hadir mesyuarat PIBG kerana ….’ pada Januari 14, 2018 memang telah lama diperbincangkan.

Saya juga merasakan sedemikian dan mengakui bahawa ‘saya hadir di mesyuarat PIBG tetapi hanya separuh jalan dan digantikan dan sambung kehadiran oleh isteri saya.

Selama bertahun-tahun, saya juga mendapati ibu bapa yang berniat baik masih terlepas Mesyuarat Persatuan Ibubapa dan Guru di sekolah anak-anak saya pernah belajar, majlis anjuran sekolah seperti Hari Kantin, Hari Sukan, program pelbagai hari yang banyak dijalankan di sekolah.



Bagi Ibubapa yang bekerja tentunya mereka dikatakan tidak mempunyai masa dan waktu untuk menghadiri mesyuarat atau majlis bersama sekolah dan anak-anak bukan kerana mereka tidak mahu dan tidak mengambil berat.

Bagi Ibubapa yang bekerja pun masa dan tarikh perjumpaan ditetapkan biasanya bertembung dengan aktiviti keibubapaan dan keluarga seperti berjumpa doktor, membeli barang dapur, mengemas rumah, menghadiri majlis kenduri-kendara.

Mungkin kini Ibubapa lebih terisi masa mereka dengan aktiviti terjadual mereka dan tidak mungkin menghadiri semua program yang dianjurkan pihak sekolah.

Ibubapa juga turut diminta menghadiri pelbagai perjumpaan oleh sekolah dan ini telah mengambil masa Ibubapa terutama yang bekerja dalam sektor awam maupun swasta.

Sungguh pun begitu masih ramai juga yang cuba menghadiri jemputan dari pihak sekolah untuk memberi sokongan.

Namun, kebanyakan perjumpaan didapati tidak berlangsung dengan baik, tidak dianggap relevan, tidak menarik dan tidak memerlukan sumbangan Ibubapa yang sebenar kecuali hanya untuk memohon dan meminta ‘sokongan’ terutama sumbangan dari Ibubapa.

Bagi Ibubapa yang hadir mereka terpaksa mengambil cuti dari majikan baik dari sektor awam maupun swasta dan alangkah baik jika satu mekanisma yang membolehkan Ibubapa diberi surat rasmi dan dibenarkan untuk menghadiri perjumpaan dengan diberikan ‘time-slip’ sebagai kebenaran untuk menghadiri program yang dijalankan.

Kebanyakan Ibubapa tidak pasti samada kehadiran mereka ke program sekolah boleh dianggap wajar atau tidak dan agak gusar samada apa yang akan dijalankan akan memberi manaafat atau tidak.

Saya juga pernah terlibat sebagai Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Ibubapa Guru dan telah memberi beberapa cadangan seperti:

Hanya mengadakan mesyuarat apabila terdapat keperluan yang benar untuk membuat keputusan secara bersemuka, dan lain-lain.

Jika tidak hanya maklumkan melalui  e-mel, portal atau laman web sekolah atau makluman biasa melalui anak-anak.

Namun mendapat tentangan dan tidak dipersetujui oleh pihak sekolah dan PIBG sendiri dengan alasan tidak semua Ibubapa mempunyai e-mel dan akses internet atau mahir dalam teknologi maklumat.  Bolehkah ini diterima?

Merancang agenda yang jelas dan berkomunikasi dengan ibu bapa dengan baik terlebih dahulu supaya mereka mengetahui topik pertemuan, matlamat mesyuarat, dan mengapa penyertaan mereka adalah penting.

Namun, seringkali kebanyakan agenda yang dirancang lebih tertumpu kepada ‘perbincangan emosi’ bukan agenda yang dirancangkan.

Rancang, belajar dari merancang, bertindak melalui pengalaman perancangan juga pernah saya kemukakan.

Ini boleh dirumuskan dengan sesuatu meysuarat atau perjumpaan hendaklah ditetapkan dalam tempoh 1 hingga 2 jam sahaja.

Berpuashati dan gembira dengan kualiti, bukannya kuantiti. Kumpulan Ibubapa yang berdedikasi mungkin hanya seramai 5 orang; ibu bapa yang bersedia berjumpa secara bulanan akan mencapai lebih banyak untuk kebanyakan pertubuhan daripada kumpulan 20 orang ibu bapa yang sanggup bertemu setahun sekali.

Ada juga pihak sekolah juga tidak menerima kehadiran Ibubapa secara terbuka dan hanya menerima Ibubapa yang dianggap berstatus atau berkedudukan dan ini telah menyebabkan Ibubapa merasa tersisih dan tidak mahu memberi kerjasama.

Apa saja alasan atau masalah yang sedang dihadapi seharusnya kedua-dua pihak dapat mencari beberapa perkara yang sama supaya pihak sekolah benar-benar boleh menjadikan  ibu bapa pasangan mereka.

Azizi Ahmad Segambut Luar Kuala Lumpur Utusan Malaysia Rencana Forum 23 Februari 2018

Tags:

Posts from This Journal by “pibg” Tag

  • Sekolah tidak semai kasih sayang

    Dasar dan falsafah pendidikan harapan dari Menteri Pendidikan Malaysia yang baru adalah untuk menanamkan nilai kebahagiaan, kasih sayang dan…

  • Cadangan untuk pentadbir sekolah

    Dasar dan falsafah pendidikan harapan dari Menteri Pendidikan Malaysia yang baru adalah untuk menanamkan nilai kebahagiaan, kasih sayang dan…

  • Digital technology in our classroom

    The ‘digital classroom’ is now the talk of our education system but schools with PAK-21 classes were funded with the cooperation of the…

Latest Month

September 2018
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30      

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow