?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Berlaku jujur adalah lebih baik

Artikel ‘Membina kepimpinan berintegriti’  oleh Norizan Sharif 19 Februari 2018 menarik minat saya.

Jika beliau menulis mengenai kepimpinan dalam konteks pemimpin atasan mungkin saya cuba memberi pandangan melalui konsep tempat kerja terutama di sektor awam.

Kita semua maklum budaya etika dan integriti adalah selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020  iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan  para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.


Pemimpin dalam organisasi perlu melihat juga pandangan staf dan rakan kerja untuk penambahbaikan. - sumber foto: Internet

Secara umum, etika adalah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku  individu, organisasi dan profesion dan integriti  ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi.

Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dalam tindakan sehari hari.

Integriti sering dilaungkan oleh mereka yang ‘memimpin pejabat atau mengetuai pentadbiran dan pengurusan ditempat kerja’.

Namun harus di ingatkan ‘pemimpin’ seharusnya  tidak memegang atau mengenggam kedudukan atau jawatan sebagai hak beliau, mereka juga harus memiliki dan menguasai kefahaman moral; apabila seseorang pemimpin gagal dalam penguasaan kefahaman moral, ia menyebabkan kegagalan dalam urusan perniagaan, ekonomi,  kerajaan maupun organisasi.

Halangan dan cabaran, keadaan yang tidak diduga, dan pengaruh negatif dikenalpasti sebagai faktor yang  menguji keupayaan pemimpin untuk memimpin dengan berkesan.

Tempoh kesukaran ini semestinya akan mencabar kemahiran dan watak seseorang pemimpin.


Saya yakin tidak seorang pun daripada mana-mana pemimpin yang berkenaan akan melenting dan berkata: "Saya akan menghancurkan, melumpuhkan dan akan berbuat kerosakan terhadap organisasi saya”

Biasanya, para pemimpin akan bermula dengan niat yang terbaik. Jadi apa yang sebenar berlaku kepada mereka? Di manakah silap dan salah mereka?

Sesuatu yang dapat diperhatikan adalah kebanyakan pemimpin gagal untuk membina akauntabiliti diri atau peribadi.

Ramai yang seakan terbabas dan terlupa diri dengan mengambil kesempatan diatas kedudukan dan status untuk mencapai matlamat diri dari matlamat organisasi.

Ramai yang gagal dan terlupa bahawa pandangan rakan sekerja dan mendapatkan maklumbalas yang baik; dan hanya mengikut ‘kepala dan hati’ atau membuat keputusan dan tindakan sendiri.

Ramai yang akan merendahkan dan menolak pandangan dan pendapat rakan sekerja dan sering mengeluarkan kenyataan “saya tidak fikir itu pemikiran yang baik” atau “adakah anda  merupakan calon yang sesuai untuk mewakili kita?”.

Pemimpin seolah bertindak salah apabila mereka gagal memberi maklumbalas yang jelas dan mengekalkan sistem pemeriksaan dan keseimbangan peribadi.

Pemimpin yang bersikap buruk hanya mementingkan dan menjaga reputasi mereka sendiri, mereka tidak bersedia untuk mengakui kelemahan dan membuat keputusan yang lemah, tidak sedia berkongsi kebenaran, atau meneruskan jalan yang paling mulia.

Kebanyakan kita telah diajar dari usia muda, tidak kira betapa buruk dan menyakitkan, berlaku jujur ​​adalah lebih baik daripada tidak.

Namun, kebanyakan dari mereka dengan sengaja memilih untuk menyembunyikan butiran, menyembunyikan fakta, menyalahgunakan data, dan membuat keputusan yang tidak adil.

Mereka hanya  mementingkan diri dengan niat untuk melindungi peribadi mereka dan/atau mencapai matlamat dan keinginan peribadi  dengan memesongkan fakta dan menyalahkan orang lain.

Apa yang mungkin paling mengganggu adalah pemimpin terkesan ini  yang menjelmakan sindrom  'tidak akan berlaku kepada saya'.

Dalam tempoh perkhidmatan kita tentunya kita sering mendengar dan membaca tentang krisis kepimpinan yang dahsyat, yang memalukan dan jijik.

Tanpa mengira samada seorang pemimpin mempunyai kompetensi atau kecekapan, seorang pemimpin yang sombong akan pasti menjadikan sesuatu sistem atau organisasi itu menemui kegagalan dan kita hanya menunggu saat ianya akan berlaku.

Pemimpin yang mengamalkan ketiga-tiga tingkah laku ini adalah liabiliti semata-mata yang mewujudkan situasi yang tidak ternilai bagi semua yang tinggal dalam pengaruh mereka.

Lebih buruk lagi, kemuncak ketidakcekapan mereka, dan kelakuan yang sering korup, biasanya tidak dikesan dan ambil tindakan walaupun ianya berlaku sekian lamanya.

Oleh itu, kerosakan itu biasanya mempunyai jangkauan dan skop jauh lebih mendalam daripada penemuan awal.

Pada pendapat saya, satu-satunya tindakan cara untuk mendedahkan kegagalan kepimpinan yang mengerikan itu adalah peluang untuk membetulkan keadaan dramatik.

Jadi lihatlah di sekitar tempat anda, keluarlah dari bawah tempurung.  Tanya pada diri dan rakan anda, adakah pemimpin atau ketua anda berwibawa? Oh, jawapan awak ya? Ok, apakah pemimpin atau ketua anda bertanggungjawab, boleh dipercayai, dan rendah hati? Jika tidak, saya  mencadangkan suatu pembetulan  ketika anda berpeluang untuk memilih untuk melakukannya.

Namun siapakah yang akan menjadi ‘juara atau hero’ bagi mewakili usul ini?

Azizi Ahmad Sinar Harian Rencana Cetusan Februari 26, 2018


Posts from This Journal by “jujur” Tag

Latest Month

September 2018
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30      

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow