?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Buang sikap sombong

Seseorang yang mempunyai ijazah kedoktoran akan selalu bercakap atau memberi masa kepada rakan sekerja yang mempunyai PhD, tetapi apabila seseorang yang mempunyai kelayakan yang lebih rendah, dia akan berkata 'boleh kita bercakap nanti atau di lain masa'.

Seorang rakan sekerja dengan kedudukan yang lebih tinggi dan memegang sesuatu jawatan akan menolak semua perkara yang dibincangkan dengan rakan pejabatnya dengan hanya mengatakan 'huh, mereka bukan tahu apa pun.'


Seorang pelajar yang mahu melakukan satu kajian tindakan dan memberi komen kepada rakan pendidikan jasmani. "Mungkin, saya akan merujuk beberapa perkara dari kaunselor sekolah." Rakan itu berkata: "Apa kaunselor tahu mengenai sukan dan permainan?"

Bersikap ‘bodoh sombong’ adalah seperti memberitahu orang lain bahawa anda adalah lebih baik dan tahu lebih daripada yang lain.

Anda seolah-olah tahu semua dan anda akan sentiasa menolak pendapat dan tindakan anda cenderung menolak pandangan atau buah fikiran orang lain.

Seseorang yang ‘bodoh sombong’ atau ‘snob’ ada di mana-mana. Yang paling biasa adalah mereka yang berfikir mereka lebih layak, lebih berpengalaman, lebih berkelayakan atau mereka memandu kereta yang lebih baik berbanding mereka yang menunggang motosikal ke tempat kerja atau yang tidak bercakap dengan nada yang betul. Atau ‘cakap tidak serupa bikin’

Seseorang akan mengatakan bahawa di institusi pendidikan tidak ada mereka yang bersikap bodoh sombong dan bangga diri, kerana semua orang terlibat dalam usaha mencari ilmu.

Pendidik dan para sarjana seharusnya menghasilkan idea dan buah fikiran, bukan menghina dan merendahkan  orang. Hanya mereka yang bukan di institusi yang dimaksudkan sahaja yang tidak mendengar banyak cerita sebaliknya.

Dalam usaha untuk melihat keintelektuan akademik, kita boleh mengatakan bahawa setiap orang yang ditanya mempunyai cerita untuk diberitahu atau dikongsikan.

Banyak cerita tentang ketua jabatan yang bodoh sombong, ahli akademik kanan yang angkuh, tentang pelajar yang berlakuan sopan dan tentang individu yang menganggap mereka lebih unggul daripada sesiapa sahaja.

Walaupun terdapat penulisan yang relevan tentang 'kecerdasan emosi dalam akademik' atau 'epal buruk' di pejabat, banyak yang disembunyikan atau disapu dibawah permaidani.

Di institusi pendidikan, mereka yang bodoh sombong dan angkuh biasanya adalah berkait rapat dengan dari mana seseorang untuk memperolehi ijazah mereka, bidang pengajian yang diambil atau tahap pengajian dan kedudukan seseorang itu.

Kakitangan akademik yang masih baru mungkin tidak dianggap sebagai rakan sejawat sebenar. Dalam setiap perjumpaan atau sesi perbincangan, mereka yang dianggap ‘junior’  sering diabaikan oleh mereka yang berstatus ‘senior’  di jabatan.

Kelayakan kertas atau ijazah yang anda miliki atau hierarki status kelas gred yang anda pegang akan menjadikan anda seperti tidak wujud. Persekitaran sebegini akan menjadikan persekitaran yang tidak sihat.

Pelajar diajar untuk menghormati dan belajar tentang nilai diantara satu sama lain dan dari apa yang mereka belajar dan perolehi di sekolah dan institusi pengajian tinggi, tetapi 'si sombong' akan memberi komen tentang pakaian, kelakuan serta kemahiran intelektual mereka.

Pengajar juga didapati memberi komen yang mengecilkan keupayaan pelajar mereka, dan dari komen mereka, akan ada  beberapa pelajar memilih untuk berhenti belajar.

Pendidik baru dalam perkhidmatan  akan turut berhenti daripada kerjaya akademik mereka kerana mereka tidak diiktiraf oleh pendidik kanan.

Berasa diri terlalu hebat adalah tidak baik untuk ahli akademik. Sekiranya orang ramai sedar dan tahu bahawa ahli akademik amat teruja dan mementingkan diri sendiri, mereka kurang cenderung untuk menyokong pembelajaran tertiari terutama dalam  membiayai atau memperolehi kebebasan akademik.

Orang yang bersikap bodoh sombong sering tidak menyedarinya. Mereka hanya percaya bahawa hanya mereka yang hebat. Mereka membuat komen yang tidak konsisten tanpa memikirkannya.

Sangat mudah untuk mengatakan: "Abaikan mereka yang bodoh sombong. Jangan biarkan ia menjejaskan anda. "

Kita hanya mungkin perlu mengelak dari berdepan dengan mereka yang bodoh sombong, walaupun ini tidak selalunya mungkin. Membuat aduan rasmi boleh dilihat sebagai tindak balas berlebihan.

Ada yang mungkin mencuba membuat ‘reversible act’ tetapi ini tidak akan mampu  menghentikan keadaan menjadi lebih baik.

Memberi komen yang menarik perhatian atau bersemuka secara langsung adalah sesuatu yang mencabar. Ada yang berkata gunakan humor.

Hanya kerana mereka yang bodoh sombong berkuasa didalam urusan harian tidak bermakna kita harus mengabaikannya. Ia boleh memberi kesan yang sangat merosakkan.

Bagi mereka yang mengambil berat tentang mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif dan adil saksama, di mana setiap orang cuba membantu satu sama lain untuk memperbaiki keadaan, ia adalah sesuatu amalan yang memerlukan kemahiran terlatih untuk
menghindari, mengatasi atau mengatasi budaya bodoh sombong.

Perubahan juga diperlukan dalam merencanakan budaya dan organisasi.

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Rencana Forum Mac 6, 2018

Posts from This Journal by “sikap” Tag

Latest Month

July 2018
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow