?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Pendekatan mana yang perlu dan sesuai?

Sudah bertahun-tahun lamanya pertubuhan bukan kerajaan mengenai linguistik telah menyuarakan, membahaskan, membincangkan, dan memanggil cara untuk meningkatkan pembelajaran Bahasa Inggeris di Malaysia.

Ramai juga telah berkongsi pandangan dan pendapat mengikut kefahaman dan kehendak acuan serta membentangkan kertas kerja masing-masing namun tidak menemui titik noktah persetujuan.


Dan yang terbaharu Angkatan Belia Islam Malaysia (Mac 1, 2018) telah memberi pandangan mereka dengan menyatakan bahawa ‘pendekatan pengajaran’ yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris disekolah merupakan salah satu faktor kegagalan.


Apabila menyebut mengenai ‘pendekatan’ tentunya kita merujuk kepada ‘pedagogi’ (ilmu seni dan sains pengajaran) yang dipelajari oleh guru dan guru pelatih ketika mereka menjalani latihan pendidikan perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).


Jadi adakah IPGM kini merupakan punca masalah bermula? Adakah pelatih guru tidak terlatih, berkelayakan dan berwibawa untuk mengajar Bahasa Inggeris atau mana-mana mata pelajaran lain? Adakah kurikulum bahasa Inggeris di IPGM tidak memenuhi piawaian standard? Apakah yang dilakukan oleh IPGM atau pengurusan KPM untuk mengatasi dan memperbaiki isu ini?


Bagi mereka yang tidak terlibat sepenuhnya dalam 'pengajaran dan pembelajaran',  mungkin tidak faham apa yang sedang berlaku. 


Untuk memahami lebih lanjut tentang pengajaran dan / atau pengajaran Bahasa Inggeris, seseorang perlu mengetahui perbezaan antara konsep-konsep berikut:


Terdapat 4 konsep pengajaran yang termasuklah pendekatan, kaedah, teknik dan strategi.


i) Pendekatan pengajaran: pendekatan adalah "cara pemikiran tertentu". Dalam hal ini, pendekatan mengajar adalah satu set kepercayaan dan andaian mengenai pengajaran dan pembelajaran bahasa.



Kaedah pengajaran, teknik pengajaran, dan strategi pengajaran akan bergantung dan berkait-rapat dengan pendekatan pengajaran yang kita ambil.



Jika pendekatan adalah "cara berfikir" atau "falsafah peribadi", pendekatan pengajaran mungkin berubah mengikut pengalaman kita sendiri.



Ini bermakna pendekatan pengajaran adalah dinamik, yang merupakan perkara yang positif. Ia menunjukkan pertumbuhan dan perkembangan kita sebagai guru, dan hakikat bahawa kita dapat mengubah atau menyesuaikan diri dengan situasi yang kita hadapi.



ii) Kaedah pengajaran: kaedah pengajaran adalah rancangan yang sistematik untuk penyampaian bahasa, yang berdasarkan pendekatan yang telah kita pilih.


Reka bentuk kaedah pengajaran merangkumi objektif, sukatan pelajaran, aktiviti, peranan guru, peranan pelajar, dan bahan pengajaran dan pembelajaran.


Kaedah pengajaran akan mempunyai fasa pelaksanaannya mengikut sesi di dalam bilik darjah atau kelas.



Pada asasnya, kaedah mengajar adalah prosedur atau cara mewujudkan pendekatan mengajar melalui rancangan yang sistematik.



iii) Teknik pengajaran: teknik pengajaran merujuk kepada strategi atau taktik yang digunakan guru untuk mencapai matlamat secara segera.


Teknik pengajaran adalah amalan pengajaran yang berbeza yang kita laksanakan dan perolehi dalam kelas.



Ia melibatkan kemahiran dan aktiviti bilik darjah tertentu. Sebagai contoh, "latihan dan latih tubi" dan "penyelesaian masalah berkumpulan".  


Teknik yang kita gunakan akan bergantung pada kaedah dan pendekatan pengajaran kita.



iv) Strategi pengajaran: strategi adalah rancangan yang bertujuan untuk mencapai matlamat; ia lebih berbentuk umum daripada teknikal.


Strategi mengajar bertujuan untuk membantu pembelajaran berlaku.


Ia boleh melibatkan pelbagai cara menganjurkan kelas dan merancang pelajaran.


Terdapat  4 pendekatan yang diajar dan dikongsi untuk pengetahuan guru pelatih iaitu pendekatan Integratif, pendekatan Induktif, pendekatan Deduktif dan pendekatan Eklektik.


Pendekatan eklektik, adalah gabungan dari mana-mana pendekatan pengajaran lain, seperti gabungan pendekatan induktif dan deduktif.


Dalam pengajaran Bahasa Asing, ramai guru menggunakan gabungan kedua-dua pendekatan langsung dan tidak langsung.


Walaupun ada yang menyarankan pengunaan Pendekatan Tatabahasa adalah mudah untuk guru, tetapi pendekatan yang berbentuk terlalu intelektual tidak akan memberi kelebihan kepada murid biasa; boleh membunuh semangatnya untuk pembelajaran bahasa, memberikan sedikit peluang untuk menguasai bahasa lisan yang akan digunakan dan / atau murid tidak dapat memperoleh pemahaman yang sebenar dalam peenguasaan tatabahasa kecuali dia pernah menguasai aspek yang diucapkan.


Ada juga sesetengah guru mencuba pelbagai cara dari Pendekatan Tidak Langsung yang sebenar, dengan harapan dapat mengurangkan kandungan intelektual pelajaran mereka dan memberi murid peluang untuk bercakap.


Pengajaran Pendekatan Langsung tidak dapat memberikan jumlah bilangan perhubungan percakapan aktif yang diperlukan untuk murid mula 'berfikir' dalam bahasa tersebut. 



Memang benar bahawasanya  pelajar bahasa kedua perlu mempunyai pengetahuan mengenai blok tatabahasa untuk membantu mempercepatkan perkembangan kecerdasan lisannya.



Jadi siapa sebenarnya yang  boleh membantu menyelesaikan isu ini?



Azizi Ahmad Sinar Harian Pendapat Cetusan Mac 7, 2018

Posts from This Journal by “pedagogy” Tag

Latest Month

July 2018
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow