?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Berakhir dominasi England

Buat kali pertama, Sukan Empayar British 1938 (Sukan Komanwel Ke-3) gagal dikuasai England yang dalam dua edisi terawal berjaya muncul juara keseluruhan.


ACARA pembukaan temasya 1938 di Sydney, Australia.

Sebaliknya Australia yang menjadi tuan rumah muncul negara pertama menamatkan penguasaan England pada edisi ketiga itu. Australia juga adalah negara pertama di Hemisfera Selatan yang menganjurkannya ketika itu.


OLAHRAGA terus menjadi sukan yang paling menjadi tumpuan ketika temasya 1938.

Menggunakan Lapangan Kriket Sydney sebagai venue utama, acara pembukaan yang dihadiri 40,000 penonton tempatan penuh sesak sebagai bukti sokongan padu mereka untuk melihat Australia dan New Zealand cemerlang dalam menyekat England.

Impian penyokong tempatan itu akhirnya menjadi kenyataan apabila Australia berjaya meraih 25 emas untuk menyingkirkan England di tempat kedua dengan 15 emas diikuti Kanada dengan 13 emas.


KETIBAAN kontinjen yang bertanding disambut meriah ketika temasya 1938 di Sydney, Australia.

Secara keseluruhannya, sebanyak 15 negara mengambil bahagian termasuk penampilan pertama Fiji dan Sri Lanka - kurang sedikit berbanding temasya 1934 di London.

Namun ia langsung tidak menjejaskan kemeriahan dan persaingan 464 atlet dalam tujuh jenis sukan yang dipertandingkan.

Sukan yang dimaksudkan adalah olahraga, tinju, berbasikal, boling padang, mendayung, renang/terjun dan gusti. Temasya itu berlangsung dari 5-12 Februari 1938.

Apa yang menarik tentang temasya kali ini ialah penyertaan seorang atlet renang yang bernama Margaret Dovey. Tiada yang istimewa tentang pencapaian atlet wanita Australia ini kecuali dia merupakan bakal isteri Perdana Menteri Australia ketika itu, Gough Whitlam. Dovey hanya menduduki tempat keenam dalam acara 220 ela kuak dada.


England ganti Afrika Selatan saat akhir


ACARA pembukaan temasya 1934 di London.
Sukan Empayar British (Sukan Komanwel) Ke-2 sepatutnya dianjurkan Afrika Selatan tetapi atas sebab-sebab politik, London tampil pada saat akhir menggantikan Johannesburg.

Perubahan ini terpaksa dilakukan demi mengelak berlakunya krisis politik berikutan Dasar Apartheid di Afrika Selatan yang boleh mendorong penarikan diri banyak negara yang bertanding.


ANTARA acara olahraga yang membabitkan atlet wanita dalam temasya 1934. Ketika ini, atlet wanita hanya dibenarkan beraksi dalam acara ringan dan yang tidak memenatkan.

Antara negara yang paling awal menentang dasar tersebut adalah Kanada yang cukup tidak berpuas hati dengan layanan negatif yang mahu diberikan Afrika Selatan kepada atlet berkulit hitam dan dari Asia.

Mujur London pantas memberi respon dan sedia menyelamatkan temasya itu daripada dibatalkan begitu sahaja. Hasilnya 16 negara bersetuju mengambil bahagian membabitkan 500 atlet dalam temasya kedua yang berlangsung dari 4-11 Ogos 1934.


KONTINJEN Afrika Selatan ketika menghantar hanya atlet kulit putih sahaja pada 1930. Ini menyebabkan negara itu tidak dibenarkan menjadi tuan rumah temasya 1934 dan digantikan dengan London, England.

Daripada jumlah negara yang mengambil bahagian, lima negara membuat penampilan pertama iaitu Hong Kong, India, Jamaica, Zimbabwe (Rhodesia) dan Trinidad. Newfoundland pula bertanding buat kali terakhir atas nama itu sebelum bergabung di bawah bendera Kanada.

Sebanyak enam jenis sukan dipertandingkan dalam temasya kedua ini iaitu olahraga, tinju, berbasikal, boling padang, renang, gusti dan terjun. Buat kali pertama wanita dibenarkan bertanding dalam olahraga, itu pun diberikan dengan berhati-hati dengan hanya acara yang tidak begitu memenatkan diluluskan.


KONTINJEN tuan rumah England untuk temasya 1934 di London. Negara itu menghantar pasukan terkuat dan akhirnya muncul juara keseluruhan buat kali kedua berturut-turut.

Misalnya acara pecut jarak pendek sahaja dan jika lelaki bertan­ding acara berganti-ganti 4x440 ela, wanita pula dipendekkan kepada 4x220ela sahaja. Ia bertujuan untuk membentuk asas permulaan pembabitan wanita dalam sukan di peringkat antarabangsa.

Kebanyakan acara dilangsungkan di Stadium White City, London kecuali renang dan terjun yang diadakan di Kolam Renang Empire di Wembley serta berbasikal di luar bandar raya London iaitu Stadium Fallowfield di Manchester.


Pada akhirnya, England muncul juara keseluruhan buat kali kedua berturut-turut diikuti Kanada dan Australia di tempat kedua dan ketiga.

Tags:

Posts from This Journal by “sukan” Tag

Latest Month

June 2019
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30      

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow