?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Pekerja aset syarikat

Dalam satu kajian oleh Harvard Business Review, 2 daripada 5 pengurus gagal dalam tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pengurus dalam tempoh 18 bulan pertama mereka.

Kegagalan mereka sebagai pengurus adalah berdasarkan staff atau kakitangan yang berhenti kerja atau meletak jawatan dan tahap motivasi pekerja terbaik mereka yang menurun.



Kajian mendapati ‘pekerja tidak berhenti kerja atau bertukar ketempat lain kerana organisasi, mereka berhenti kerana ‘Ketua Jabatan atau bos mereka’.

Semua orang tahu mengenai perkara ini, termasuklah ‘bos’ yang dimaksudkan.

Namun apakah yang dilakukan oleh pihak pengurusan untuk menghentikan mereka yang terbaik daripada meninggalkan atau berhenti dari kerja?

Menurut kajian dari Universiti Brown, penyebab utama adalah kegagalan pengurus berkenaan yang bersikap angkuh dan sombong.

Kajian menunjukkan bahawa kebanyakkan pengurus tersebut mengabaikan maklum balas, fakta dan perkongsian pemikiran oleh kakitangan yang terlibat.

Kebanyakkan ‘pengurus’ tidak menghormati pandangan orang lain dan bersikap tidak adil atau ‘double standard’.

Seseorang pengurus yang merendah hati dan diri akan  mendapat keputusan yang lebih baik, itu menurut kajian Universiti Duke.

Pengurus yang baik dan berempati akan mendengar,  menghormati, dan sentiasa setia  dan menyokong kakitangan dan rakan sekerja.

"Jangan sekali-kali melantik atau memberi jawatan atau kedudukan kepimpinan kepada mereka yang percaya yang mereka tidak akan melakukan kesalahan." (Peter Drucker)

Seseorang yang bersikap sombong adalah  lebih buruk dari mereka yang jahil.

Orang yang percaya dan beranggapan bahawa mereka tidak pernah melakukan kesalahan atau kesilapan, selalunya akan terkena sumpahan diri sendiri.

Mereka yang sombong dan bongkak, biasanya akan beranggapan sesiapa sahaja yang mereka anggap tidak sehaluan dengan mereka boleh digantikan seperti sepasang sarung tangan.

Mereka sebenarnya lupa atau sengaja berbuat tidak tahu bahawa yang sebenarnya ‘pekerja yang baik tidak boleh ditukar ganti tetapi hanya boleh ditukarkan’.

Setiap orang adalah unik dan mempunyai keistimewaan dan perspektif tersendiri dan apabila seseorang atau sekumpulan pekerja yang baik berhenti, institusi akan turut kehilangan mereka yang tahu selok belok institusi, rangkaian hubungan utama, pelanggan dan pihak berkepentingan.

Pekerja yang setia dan baik bukanlah bahan dagangan atau komoditi.

Pemimpin institusi yang angkuh dan sombong, akan melihat orang yang terbaik sebagai ancaman kepada kedudukan mereka sendiri.

Mereka akan berasa tergugat dan akan sentiasa menganggap buruk terhadap orang lain dan ia adalah sama dengan bersikap jahil dalam diri.

Rahsia kejayaan pengurus atau pemimpin yang baik, bagus dan berjaya adalah sentiasa mendapatkan orang yang lebih bijak daripada beliau sendiri.

Ini adalah kerana, mereka yang bijak dan pintar akan membantu dalam urusan dengan mudahnya.

Sesuatu organisasi atau institusi seharusnya tahu dan tidak melantik mereka yang ‘tidak boleh dipercayai, tidak stabil pemikiran dan hati, lemah dalam membuat keputusan, tidak berpengetahuan, berkemahiran dan kompeten dalam bidang’ untuk menjadi ‘pemimpin’ di tempat kerja.

Pengurus atau pemimpin yang sombong dan sering memandang rendah orang lain tidak harus diberikan jawatan dan kedudukan, kerana bagi mereka apa sahaja, tidak kira apa yang anda lakukan tidak akan pernah cukup dan memuaskan hati mereka..

Pihak pengurusan tertinggi juga tidak harus melantik mereka yang gemar dan suka menghina orang lain, yang sering bertalam dua muka.

Namun apa yang sering dilihat adalah ‘mereka yang sombong dan angkuh’ tetap dilantik untuk menjadi ‘pemimpin’ mungkin kerana pihak pengurusan tertinggi juga jahil, sombong dan bongkak.

Ingatlah kesombongan adalah lebih buruk dari kejahilan.

Daripada meneruskan keangkuhan dan ketidakamanan, marilah kita bersama mencuba: menghargai satu sama lain, meningkatkan motivasi bersama, bersama berkongsi tenaga ke arah  visi dan misi yang dihasratkan dan mengembeling tenaga yang positif dan sihat.

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Rencana Forum Mac 13, 2018

Posts from This Journal by “pekerja” Tag

Latest Month

September 2018
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30      

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow