?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Sukan Komanwel kembali ke Kanada

Menggunakan nama Sukan Komanwel Bri­tish buat kali kedua sejak ditukar dari Sukan Empayar British sebelum ini, edisi kelima Sukan Komanwel 1954 yang berlangsung di Vancouver, Kanada dari 30 Julai-7 Ogos menyaksikan penyertaan terbanyak diteri­ma daripada negara bertanding.


Pertembungan dua jaguh lari sebatu dunia antara Roger Bannister dari England dan John Landy dari Australia yang mendapat perhatian seluruh dunia ketika berlangsungnya temasya 1954 di Vancouver, Kanada.

Sebanyak 24 negara dan 662 atlet mengambil bahagian dengan Vancouver bertungkus-lumus membuat persiapan selama dua tahun untuk menganjurkannya bagi menebus kegagalan Montreal menjadi tuan rumah pada 1942 dan 1946 akibat perang.

Hasil persiapan rapi itu, tidak hairanlah Vancouver telah meletakkan satu penanda aras baharu dalam penganjuran dan persembahan keseluruhan Sukan Komanwel yang dianggap terbaik ketika itu.

Ia diingati sebagai temasya paling komersial dari segi persaingan, persembahan hiburan, konsep teknikal penganjuran dan penonjolan budaya setempat dalam acara pembukaan serta penutup.


Acara angkat berat tanpa papan elektronik yang dilangsungkan pada temasya 1954.

Acara yang paling menjadi tumpuan adalah pertemuan dua jaguh larian sebatu terbaik dunia ketika itu iaitu Roger Bannister dari England dan John Landy dari Australia yang begitu dinanti-nantikan.

Ini kerana mereka merupakan dua atlet yang berjaya me­lakukan catatan di bawah empat minit dan kali pertama bertan­ding bersama. Perlumbaan itu disiarkan secara langsung ke seluruh dunia. Bannister akhirnya memenangi pingat emas setelah menewaskan Landy.


Suasana pertandingan di Stadium Empire ketika berlangsungnya Sukan Komanwel British di Vancouver, Kanada pada 1954.

Selain olahraga, ada lapan lagi sukan dipertandingkan iaitu tinju, berbasikal, boling padang, mendayung, renang/terjun, ang­kat berat dan gusti.

England kembali muncul juara keseluruhan temasya 1954 dengan me­raih 23 emas untuk menamatkan penguasaan Australia dalam dua edisi sebelum itu.

Negara kita (Malaya yang belum merdeka ketika itu) yang membuat penampilan pertama pada 1950, bagaimanapun tidak menyertai temasya 1954 berikutan berdepan masalah kewang­an untuk ke Vancouver.


Atlet England, Jim Peters tiba-tiba tumbang di atas trek ketika sedang mendahului peserta maraton lain menuju ke garisan penamat. Dia akhirnya gagal menamatkan perlumbaan walaupun mendahului 17 minit di depan.
Malaya buat penampilan sulung selepas perang

ACARA pembukaan temasya 1950 di Auckland, New Zealand.


Akibat Perang Dunia Kedua, Sukan Komanwel Ke-4 di Auckland terpaksa ditangguhkan selama 12 tahun sebelum dapat diteruskan pada 1950. Ketika itu ia dikenali dengan nama baharu, Sukan Komanwel British berbanding Sukan Empayar British dalam tiga edisi terdahulu.

Ia berlangsung dari 4-11 Februari 1950 dengan venue utamanya adalah Eden Park yang melangsungkan acara pembukaan manakala acara penutup diadakan di tempat lain iaitu Stadium Western Spring.

Sebenarnya giliran menganjurkan edisi keempat ini telah diberikan kepada Montreal, Kanada pada 1942 tetapi terpaksa dibatalkan kerana Perang Dunia Kedua (WWII). Ini termasuk temasya 1946 di Cardiff, Wales.

Lantaran terlalu lama menunggu, Montreal menarik diri dan Auckland menyatakan kesanggupan untuk menggantikannya dalam meneruskan asas kukuh penganjuran yang telah terbina sejak 1930 itu.

Sebanyak 12 negara mengambil bahagian - jumlah yang lebih rendah berbanding temasya 1934 dan 1938 dengan Malaysia (menggunakan nama Malaya ketika itu) dan Nigeria membuat penampilan pertama di temasya kedua terpenting di dunia itu.


PASUKAN mendayung England yang bertanding pada temasya 1950 di Auckland, New Zealand.

Namun yang peliknya, bilangan atlet yang menyertainya lebih ramai iaitu 590 orang. Mungkin ia disebabkan penambahan jumlah sukan yang dipertandingkan membabitkan sembilan jenis.

Sukan terbaharu yang dima­sukkan adalah lawan pedang dan angkat berat selain sukan yang tetap seperti olahraga, tinju, berbasikal, boling padang, mendayung, renang/terjun dan gusti.

Akhirnya Australia muncul juara keseluruhan untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada 1938. Pencapaian tersebut menyaksikan Negara Kangaroo itu menyamai pencapaian England yang juga pernah dua kali muncul juara keseluruhan sebelum itu.

Tags:

Posts from This Journal by “sukan” Tag

Latest Month

June 2019
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30      

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow