?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Hadapi ‘kebiadaban’ dengan tenang

Semakin hari semakin panas bahang terasa, samada cuaca dan iklim di luar maupun ditempat kerja .  Kenyataan ini saya perolehi dari seorang rakan kerja yang menyapa saya mengenai keadaan persekitaran tempat kerja masa kini.

Mungkin rakan saya cuba mengambarkan suasana persekitaran bekerja yang kini dipenuhi dengan mereka yang biadap dan persekitaran permusuhan (seolah sedang menjalani dasar pecah dan perintah).

Kajian terbaru juga menunjukkan bahawa ‘kebiadaban’ ditempat kerja adalah tingkah laku menular yang akan terus meningkat, jika tidak ada sesuatu dilakukan untuk mematahkan kitaran kejam yang tidak masuk akal.

Kebiadaban di tempat kerja adalah masalah yang serius. Untuk kajian terbaru, tiga ahli psikologi di Universiti Lund di Sweden mendapati bahawa 75% dari 6,000 responden pekerja memaklumkan bahawa mereka telah mengalami kes ‘kebiadaban’ sepanjang tahun lalu.

Kebiadaban sering berlaku di bawah radar dan sukar dikesan dan diambil tindakan. Walaupun para penyelidik melihat kesan buli dan gangguan di tempat kerja sering didokumentasikan, perbuatan ‘biadab’ yang dikaitkan dengan membuli atau gangguan jarang dilaporkan.

"Kes ‘kebiadaban’ boleh merujuk kepada tingkah laku kecil seperti menyembunyikan dari  rakan kerja maklumat dan hasil keputusan mesyuarat atau dengan sengaja "terlupa"untuk menjemput seseorang untuk acara komunal.

Ia juga boleh merujuk kepada mengambil kredit hasil kerja orang lain, menyebarkan khabar angin, menghantar e-mel yang berniat jahat, atau tidak memberi sokongan kepada orang bawahan. "

Mengendali mereka yang biadab adalah rumit. Anda tidak boleh mengawal kelakuan orang lain atau gaya penjelasan mereka. Saya percaya cara yang paling berkesan untuk mematahkan sikap biadab adalah untuk mengekalkan ketenangan, bersabar, dan mengelak dari turut menjadi biadab

Ekuanimiti atau “Ketenangan’ adalah kunci untuk menghentikan kesan tindakbalas dari kebiadaban yang mungkin tidak terkawal.

Ekuanimiti ditakrifkan sebagai "ketenangan dan kesabaran mental,  atau kemampuan mengawal diri terutama dalam keadaan yang sukar."

Kita juga mungkin perlu diingatkan dengan ungkapan “ jangan lakukan yang tidak baik kepada orang lain, jika kita tidak mahu orang lain berbuat tidak baik terhadap kita.”

Kita juga mungkin perlu dingatkan mengenai ‘Peradaban, iatu kesedaran sensitif terhadap perasaan orang lain. Jika anda mempunyai kesedaran, anda akan bersikap dan membiasakan diri dengan perkara yang baik, tidak kira dalam keadaan mana sekali pun anda berada.’

Dalam hal ini, kita juga perlu beretika dengan maksud menghormati, membuat pertimbangan yang baik dan betul dan bersikap jujur.

Menghadapi mereka yang bersikap biadab mungkin agak sukar tetapi kita hendaklah cuba:

1. Tenang menghadapi mereka dengan menarik nafas dan bertanya diri sendiri samada ‘adakah perlu kita juga hilang pertimbangan dalam menghadapi keadaan ini?.’

2. Pertimbangkan keluhan dengan bertanya diri kita samada kebiadaban ini perlu ditangani secara bersemuka atau menghadapinya dengan ketenangan.

3. Berempatilah dengan si ‘biadab’ dan jangan terlalu mengikut perasaan kerana mungkin ‘si biadab’ sedang menghadapi masalah dan tidak mampu mengawal dirinya ketika itu.

4. Memimpin melalui teladan dengan maksud ‘biadab adalah cerminan kebiadaban dan sangat menjengkilkan’. Jika anda biadab dengan orang lain, orang lain akan turut biadab dengan anda.

5. Biarkan saja ianya berlalu; jika anda mampu berseloroh, elakkan pertembungan dan biarkan ianya berlalu.

Jelas sekali, apabila kebiadaban berlaku dan melepasi garisan tatakerja dan menjadi gangguan ditempat kerja, anda mesti menjadi "pemberi maklumat" yang proaktif dan memberi amaran kepada orang lain mengenai butiran persekitaran kerja yang tidak kondusif.

Bersikap  'sopan' bukanlah tindak balas yang sesuai untuk rawatan yang tidak sopan.

Apabila berurusan dengan orang yang biadab dan kurang sopan, anda hendaklah bersikap mesra dan berfikiran positif.

Percaya akan naluri dan intelek anda ketika membuat keputusan sama ada untuk membiarkan kebiadaban berterusan atau berusaha menghadapinya dengan lebih empati dan kebaikan dengan "tidak bertindak balas."

Dalam keadaan tertentu, kita perlu bertindak tegas dan jelas, bahawa kita tidak akan bertolak ansur dengan sikap biadab atau menghina.

Namun adalah lebih berkesan untuk menghadapi mereka yang biadab dengan kebaikan.

Azizi Ahmad Sinar Harian Pendapat Cetusan 17 Mac 2018

Posts from This Journal by “biadab” Tag

  • Hadapi kebiadaban dengan ketenangan

    Kebiadaban di tempat kerja adalah masalah yang serius. Untuk kajian terbaru, tiga ahli psikologi di Universiti Lund di Sweden mendapati bahawa 75%…

Latest Month

July 2018
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow