kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Hadapi kebiadaban dengan ketenangan

Kebiadaban di tempat kerja adalah masalah yang serius. Untuk kajian terbaru, tiga ahli psikologi di Universiti Lund di Sweden mendapati bahawa 75% dari 6,000 responden pekerja memaklumkan bahawa mereka telah mengalami kes ‘kebiadaban’ sepanjang tahun lalu.

Kebiadaban sering berlaku di bawah radar dan sukar dikesan dan diambil tindakan. Walaupun para penyelidik melihat kesan buli dan gangguan di tempat kerja sering didokumentasikan, perbuatan ‘biadab’ yang dikaitkan dengan membuli atau gangguan jarang dilaporkan.


"Kes ‘kebiadaban’ boleh merujuk kepada tingkah laku kecil seperti menyembunyikan dari  rakan kerja maklumat dan hasil keputusan mesyuarat atau dengan sengaja "terlupa"untuk menjemput seseorang untuk acara komunal.

Ia juga boleh merujuk kepada mengambil kredit hasil kerja orang lain, menyebarkan khabar angin, menghantar e-mel yang berniat jahat, atau tidak memberi sokongan kepada orang bawahan. "

Mengendali mereka yang biadab adalah rumit. Anda tidak boleh mengawal kelakuan orang lain atau gaya penjelasan mereka. Saya percaya cara yang paling berkesan untuk mematahkan sikap biadab adalah untuk mengekalkan ketenangan, bersabar, dan mengelak dari turut menjadi biadab

Ekuanimiti atau “Ketenangan’ adalah kunci untuk menghentikan kesan tindakbalas dari kebiadaban yang mungkin tidak terkawal.

Ekuanimiti ditakrifkan sebagai "ketenangan dan kesabaran mental,  atau kemampuan mengawal diri terutama dalam keadaan yang sukar."

Kita juga mungkin perlu diingatkan dengan ungkapan “ jangan lakukan yang tidak baik kepada orang lain, jika kita tidak mahu orang lain berbuat tidak baik terhadap kita.”

Azizi Ahmad Jurnal Pandangan Pembaca Kosmo 17032018
Tags: biadab, ekuanimiti, equanimity, ketenangan, rude, writing
Subscribe

Posts from This Journal “biadab” Tag

  • Hadapi ‘kebiadaban’ dengan tenang

    Semakin hari semakin panas bahang terasa, samada cuaca dan iklim di luar maupun ditempat kerja . Kenyataan ini saya perolehi dari seorang rakan…

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments