?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Wajarkah anda mengaku diri ‘pakar’?

Berikutan agenda transformasi dan inovasi ke arah menjadikan wawasan satu realiti, pelbagai jenis perbincangan dan perjumpaan telah dan perlu dilakukan.

Persidangan, bengkel, mesyuarat ahli pemikir dijalankan dan agenda perbincangan tidak pernah terhenti dan berterusan.

Akan ada pertambahan ‘teori’ baru dalam setiap kali ‘road show’ yang terpaksa diserap dan dihadamkan disetiap ‘latihan perkembangan staf’ yang dijalankan.


Yang sebelumnya belum dikhatam, yang baru diminta dihadam.

Banyak organisasi memanggil dan memilih ahli pasukan ‘pakar’ masing-masing untuk membantu mereka dalam mendapatkan objektif dan keputusan yang dikehendaki.

Kebanyakan organisasi dilihat terperangkap dalam memastikan mereka mempunyai pakar yang sebenar dalam sesi pertemuan untuk mencapai kata sepakat dalam program atau projek mereka.

Kebanyakan hasil tidak menunjukkan kemajuan, hanya sekadar mencapai persetujuan sahaja.

Apa yang mereka tidak faham dan ‘mahu memahami’ adalah, bahawa apa yang mereka lakukan telah dilakukan secara berulang kali sebelum ini.
Adalah tidak ‘waras’ jika kita melakukan perkara sama berulang kali dan mengharapkan hasil berbeza.

Sesebuah organisasi akan tetap melakukan perkara sama dengan cara mereka sering laksanakan.

Sesebuah organisasi juga akan asyik dan tetap dengan membawa dan memanggil orang sama dan ‘tertentu’ di dalam sebarang pertemuan mahupun perbincangan.

‘Orang sama dan tertentu’ yang menganggap diri mereka ‘pakar’ merupakan mereka yang dilantik oleh ‘mereka’ juga.

Mereka yang sebenarnya ‘ahli’ dalam bidang yang dihasratkan, bersedia, sudi dan boleh membawa bersama idea baharu dan pemikiran berbeza tidak akan diberi peluang untuk mencurahkan apa yang patut di kongsikan.

Pakar yang profesional akan meninggalkan gelaran, kedudukan, jawatan, dan kepakaran seketika dan akan sudi mendengar, bersedia membuka minda, dan sudi menerima pendapat dan pandangan orang lain.

Tetapi keadaan menjadi sebaliknya terutama ‘pakar’ yang mengaku, megah dan menganggap  diri sendiri seorang pakar.

Dalam hal profesionalisme, seluruh dunia pasti akan memberi tumpuan kepada yang pakar. Yang pasti, ada yang mahu diri mereka dikenali dan dirujuk kerana kononnya mereka adalah ‘pakar’ dan ‘tahu semuanya’.

Namun tidak kurang juga dan kemungkinan besar, ada yang lebih suka untuk menjadi ‘orang biasa’ sahaja.

Untuk golongan wasatiyyah, mereka lebih suka bersama dengan kumpulan yang mahu mempelajari, sedia mempelajari dan mencuba sesuatu yang baharu.

Kemungkinan mendapat pengetahuan dan maklumat mengenai isu dan bidang dibincangkan akan meningkatkan dan menambahkan penguasaan apa yang kita tahu.

Rasa ingin tahu adalah perkataan yang sebaiknya. Seseorang jujur, telus, ikhlas dan baik akan mengakui apa yang mereka tidak tahu dan apa lagi yang perlu dipelajari.

Adalah membahagiakan jika dapat kita melihat ‘seorang pakar’ atau ‘seorang serba tahu’ mempunyai pendekatan yang lebih berfikiran terbuka.

Konsep keterbukaan dan membuang prasangka tentu tidak disenangi sesetengah pihak, terutama  berurusan dengan topik seperti pendidikan dan pentadbiran, khususnya.

Ini adalah berdasarkan bahawa mereka yang berada dalam bidang ini, adalah ‘pakar’ dalam bidang masing-masing. Benarkah ini?

Tentu menyeronokkan, menyenangkan dan membahagiakan, jika pandangan mahupun pendapat yang diutarakan dapat diterjemahkan dalam keadaan yang mengembirakan dan dipersetujui secara bersama.

Daripada hanya terlalu percaya kepada ‘pakar’, menghargai dan menerima pemikiran dan pandangan baharu adalah lebih berkesan. Memang ianya sukar untuk diterima, namun ia memerlukan satu bentuk asuhan dan didikan yang perlu dilaksanakan.

Memang tidak munasabah. Tetapi, ia adalah apa yang patut kita buat dengan mengingati matlamat akhir untuk memahami pemikiran baru.

Mengaku diri sendiri sebagai ‘orang biasa’ tidak akan memadam kemahiran, pengetahuan mahu pun kebolehan seseorang, sebaliknya ia membuka peluang pembangunan diri dalam bidang-bidang tertentu.

Ia membolehkan seseorang untuk mendengar, membuat pertanyaan dan menambah minat serta kesungguhan. Ia membenarkan kita untuk melihat apa yang dapat difikirkan, dan bukannya apa yang TIDAK.

Sekarang tanya diri anda, adakah anda benar seorang pakar ? Adakah anda bersedia untuk mengenepikan ‘gelaran’ itu? Bersediakah anda untuk lebih bersikap terbuka kepada pemikiran baru? Bagaimanakah anda boleh mengurus ‘pakar’ di tempat kerja anda?

Untuk dianggap sebagai seorang pakar, seseorang itu bukan sahaja hendaklah berpengetahuan, berkemahiran dan kompeten dalam bidang mereka, namun, hendaklah diterima oleh rakan sekerja anda.

Azizi Ahmad Sinar Harian Pendapat Cetusan 24 Mac 2018

Posts from This Journal by “pakar” Tag

  • Are you really an ‘expert’?

    This article is published in the Malaysiakini 10 February 2016 : 6:28PM Azizi Ahmad Published 6:28 pm 10 February 2016 “An expert…

  • Adakah anda benar seorang ‘pakar’?

    Artikel ini telah disiarkan di Free Malaysia Today Opinion February 9, 2016 Buang perasaan ego dan bangga diri sebagai pakar supaya kita boleh…

  • Malaysia kongsi kepakaran

    DALAM apa jua situasi atau program yang mahu dilaksanakan, perbincangan atau perkongsian idea selalunya memberi hasil yang lebih baik…

Latest Month

July 2018
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow