?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Dilema sistem penggredan pelajar sekolah

Apakah tujuan menanda kertas tugasan dan penggredan? Tentu sekali tujuannya adalah untuk memaklumkan dan berkomunikasi dengan pelajar tentang prestasi mereka dalam memenuhi tugas yang diberikan, atau sebaik mana dan sejauh manakah mereka telah mempelajari dan boleh menggunakan maklumat yang dikemukakan.

Ini adalah cara untuk 'mendiskriminasikan' (bukan cara apartheid) dalam tempoh melaksanakan proses pentaksiran.

Tetapi, di dunia institusi pendidikan, ianya  lebih cenderung digunakan sebagai cara untuk membandingkan para pelajar, dan dalam banyak kes akhirnya akan mewujudkan  persaingan yang tidak sihat atau kegagalan yang tidak wajar.

Struktur penggredan tradisional ini seolah membolehkan dan membenarkan pelajar tidak bersungguh dan berusaha dengan penuh kerapian.

Dari dulu hingga sekarang adalah tidak menghairankan bahawa "C" juga bermaksud "purata" dan / atau gred "lulus".

Ini mengukuhkan idea yang boleh diterima untuk anda tidak belajar tiga puluh peratus daripada apa yang anda cuba pelajari.

Prinsip asas mengenai apa sebenarnya gred adalah cara untuk berkomunikasi dengan pelajar mengenai sebaik manakah pelajar mencapai apa yang mereka laksanakan berdasarkan apa yang mereka rancang untuk memperolehinya.

Dan sebagai pendidik, kita harus menyedari bahawa tugas pertama kita adalah untuk menyampaikan kepada pelajar semudah mungkin apa yang diharapkan .

Oleh itu, rubrik, skima pemarkahan dan senarai semak adalah sangat penting, terutamanya dalam dunia penulisan subjektif, yang mana ia merupakan bukan hanya kemahiran asas, tetapi juga sebagai "seni".

Untuk bersikap adil, jika kita hendak mentaksir tugasan akademik, kita harus benar-benar hanya memberi gred berdasarkan satu kriteria: "Adakah pelajar melakukan apa yang diminta dilakukan, dan memenuhi semua keperluan saya?"

Oleh itu, dalam persekitaran yang ideal, satu-satunya gred yang boleh didapati dalam tugasan bertulis ialah "A" (untuk Diterima) atau "TD" (untuk Tidak Diterima).

Sekarang, ada yang mungkin membantah, dengan menyatakan bahawa sekiranya dua pelajar, yang mempunyai kertas penulisan dengan kualiti yang sangat berbeza, mungkin mendapat gred yang sama "A."

Ya, tentu boleh bukan, tetapi siapa pula boleh mengatakan bahawa pelajar yang kertas penulisannya tidak begitu baik dan bermutu tidak bekerja dan berusaha keras berbanding pelajar yang mempunyai bakat semulajadi untuk menulis?

Jika anda ingin menggunakan gred untuk membandingkan pencapaian seorang calon dengan yang lain, maka berikan B, C dan D's atau F jika mereka tidak memenuhi kriteria.

Anda tidak perlu bimbang tentang pelajar yang akan memberikan penilaian yang 'buruk' terhadap  anda kelak. Hanya lakukan tanggungjawab anda sebagai pendidik yang 'jujur'.

Tetapi jika anda ingin memotivasi calon untuk melakukan yang terbaik, anda hanya perlu menjadikannya satu kemungkinan tetapi tidak semestinya mudah, membolehkan mereka untuk sentiasa mendapat A.

Anda akan mendapati bahawa ini jauh lebih menggalakkan, dan mendorong usaha yang lebih jauh daripada motivasi tiruan dan "persaingan" yang tidak berkesan

Ini adalah benar terutama apabila mengajar penulisan akademik.

Dengan struktur dan gaya program yang diusahakan, kita akan dapat mempersembahkan  kemahiran komposisi yang sangat baik dengan menggunakan model struktur dan senarai semak berteknik penuh gaya.

Dengan bantuan penyuntingan yang betul, bimbingan, dan penggredan, kita dapat mengajar tabiat penulisan dan komposisi yang sangat baik dan para pelajar mesti dan hendaklah berjumpa tutor masing-masing.

Kedua-duanya tidak dapat dipisahkan dan diperlukan, dan sebagai pendidik kita harus berusaha untuk menyediakan panduan yang optimum untuk kedua-duanya.

Azizi Ahmad Jurnal Kosmo Pandangan Pembaca April 7, 2018

Posts from This Journal by “gred” Tag

Latest Month

July 2018
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow