?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Kenangan MRSM Pengkalan Chepa 1973

Tidak dinafikan iaitu aset terbesar negara adalah sumber intelektualnya yang ditanam melalui proses pendidikan.

Sistem pendidikan berkualiti tinggi akan dapat mewujudkan individu yang mampu berfungsi secara intelektual dan produktif dalam masyarakat.

Oleh itu, sangat penting untuk mempunyai sistem pendidikan berkualiti dunia untuk memastikan pembangunan sebuah negara.

Salah satu kajian yang luar biasa dalam meningkatkan potensi manusia sepenuhnya telah dilakukan oleh Prof. Lewis Terman dari Stanford University mengenai perkembangan intelektual 1500 kanak-kanak yang ditakrifkan sebagai anugerah dan berbakat. Kanak-kanak itu dipilih melalui ujian Stanford-Binet dan mereka terbukti berbakat dalam akademik.

Hasil kerja Prof.Terman telah memberi inspirasi kepada ahli akademik Malaysia yang kemudiannya memulakan percubaan yang sama mengenal pasti pelajar yang berbakat dalam akademik.

Satu carian di seluruh negara dibuat dalam misi untuk mencari "yang terbaik dan paling berbakat" untuk dijelmakan ke dalam kumpulan yang baru ditubuhkan di tiga buah sekolah yang dinamakan Maktab Rendah Sains MARA Seremban (1972), Pengkalan Chepa (1973) dan Kuantan (1974).

MRSM adalah sekolah berasrama penuh yang bertujuan menggalakkan perkembangan dan minat pelajar terutama dalam Sains dan Matematik.

Saya juga tidak lupa akan Ujian MARA  yang terdiri dari pada Ujian Kecerdasan (IQ), Ujian Bahasa Inggeris dan Ujian Sains dan Matematik yang bertindak sebagai penapisan sistematik pelajar yang ditetapkan sebagai keperluan untuk kelayakan untuk diterima masuk sebagai pelajar MRSM.

Sebagai salah seorang pelajar perintis MRSM PC 1973, ramai yang akan beranggapan bahawa adalah menjadi tekanan kepada mereka yang mengikuti ujian tersebut, namun suka saya kongsikan sedikit ‘apalah kanak-kanak berusia 12 tahun’ sedar samada keadaan itu dipengaruhi tekanan atau tidak. Yang penting hadir menjadi calon dan menjawab sebaik mungkin. Betul atau salah, lulus atau gagal tidak berada dalam pemikiran (untuk diri saya).

Seingat saya juga, kami (saya dan rakan sekelas dari Sekolah Inggeris Putra) sebelum ini juga sudah ditawarkan ke Sekolah Menengah Sains dan juga Sekolah Menengah Derma (dua buah sekolah terbaik ketika itu di Perlis).

Mungkin sudah ditakdirkan kami bertujuh berjaya dalam ujian dan diterima untuk melaporkan diri sebagai pelajar MRSM PC 1973 dan empat rakan perempuan sekelas kami juga berjaya ke Kolej Tunku Khursiah.

Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah ‘mungkin kami sudah ditakdirkan’ kerana kepada yang ke TKC atau MCKK pastinya Ujian Darjah 5 mestilah dengan 5A, sementara kami yang ke MRSM perlu ada 3A dan 4A.

Bagi kami di MRSM PC 1973 mungkin sudah boleh dipanggil pelajar perintis kerana MRSM Seremban 1974 telah bertukar menjadi Kolej Pendidikan MARA Seremban.

Namun aspek ‘anak orang miskin’ dan ‘luar bandar’ mungkin tidak berapa sesuai ketika itu memandangkan kebanyakan dari kami adalah dari golongan pertengahan.

Saluran pengambilan dari tingkatan satu merupakan aspek yang baik kerana kami bersama selama 5 tahun pengajian dan ini telah mengeratkan perhubungan dan pertalian persaudaraan kami sehingga kini, Alhamdulillah.

Sungguh pun dikatakan matlamat penubuhan MRSM adalah untuk melahirkan ‘ahli dalam sains dan teknologi’ namun akhirnya persimbangan dalam kerjaya dalam bidang sastera dan sain teknologi yang terjadi.

Selama 5 tahun kami di Pengkalan Chepa, kami dikatakan bebas untuk berfikir, menjalankan aktiviti ‘kanak remaja’ tersendiri, belajar mengikut kemampuan dan hanya dibimbing melalui aktiviti ‘homeroom’.

Sejak dari dulu, memandangkan anggapan bahawa pelajar MRSM adalah ‘anugerah dan berbakat’, apa yang perlu dilaksanakan adalah hanya bimbingan oleh para guru. Yang pandai tetap pandai, hanya yang bijak yang perlu ‘mengawasi dan memimpin’ diri sendiri.

Tidak semua berjaya mencapai status saintis, ‘engineer’ , peguam,  doktor tapi tidak kurang juga yang berjaya memegang jawatan di syarikat swasta dan ada yang memiliki syarikat sendiri.

Di zaman 70an, ibubapa hanya menunggu kami dan menghantar kami dari rumah sahaja kerana semua sudah diuruskan oleh pihak MRSM. Makan minum, tempat tinggal, peralatan makmal memang sentiasa mencukupi.

Kami belajar dalam ‘kelas terbuka’ dengan maksud tiada bilik darjah , masing-masing dapat tengok apa kelas lain sedang buat.

Bagi pelajar aliran Inggeris, kami berpeluang belajar dengan ‘the American Peace Corps’ sementara bagi aliran Melayu dengan guru sains hebat dari Indonesia.

Sesuai dengan aliran sains nama kelas kami pun merupakan nama ahli sains terkenal seperti Einstien, Mendeleyef, Newton, Curie, Pasteur dan Darwin (mengikut ranking).

Tidak dinafikan sebaik sahaja Peperiksaan MCE tamat hampir semua pelajar Einstien, Mendelyef, Newton, Curie dan Pasteur meneruskan pelajaran ke Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat dan hanya pelajar Pasteur dan Darwin yang meneruskan pelajaran di Malaysia (memandangkan mereka dari aliran Melayu).

Sepakatan kami dari mendiami rumah kayu MARA sehingga tamat tahun 1977 memang memberi banyak kenangan dan keterujaan sehingga hari ini.

Dan lagu rasmi MRSM oleh Allahyarham Tuan Haji Wan Ariffin Wan Chek merupakan dendangan sebati dalam sanubari kami.

Kumpulan pertama semua pelajar lelaki bersama bekas pegawai dan guru MRSM PC. Penulis duduk hadapan disebelah paling kiri dalam gambar.

Azizi Ahmad Sinar Harian Pendapat Cetusan April 10, 2018

Posts from This Journal by “mrsmpc73” Tag

  • Yakin kepada sistem pendidikan MRSM

    MAKTAB Rendah Sains Mara atau MRSM merupakan satu daripada affirmative action kerajaan dalam usaha memperbanyakkan orang Melayu dalam bidang sains…

  • Re-U MRSM PC 1973

    16 October 2016 was picked to be the date for 55th birthdays for the alumnus of MRSM PC 1973 to foster the 42 years of friendships (since 1973).…

  • An Attempt on the "Manuskrip MRSM PC 1973 (Memori)"

    One day somewhere around December 2, 2014, I received a call from one 'profie' a junior of mine to meet him at KL International Hotel. I…

Latest Month

July 2018
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow