?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Terlebih dahulu diucapkan tahniah kepada kerajaan Pakatan Harapan yang kini membentuk kerajaan bermula Mei 2018.

Kenyataan dari Perdana Menteri ke-7 mengenai 'beberapa Ketua Jabatan yang menyalah guna kuasa akan diambil tindakan' juga menarik minat sesiapa sahaja yang melihat integriti, akauntabiliti dan kredibiliti sebagai proses 'Bersih, Cekap dan Amanah'.



Tentunya ramai yang ditindas, di 'kambing hitam' kan ingin melihat proses 'pembersihan' di jalankan, namun adakah mereka yang ingin memberi maklumat lindungi?

Terdapat juga beberapa penulisan artikel menyebut mengenai Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (
Whistle Blower Protection Act) 2010 sebagai tidak efektif dan berkesan dalam melindungi pemberi maklumat.

Ini kerana, pemberi maklumat tidak akan dilindungi sekiranya pendedahan maklumat itu bercanggah dengan apa-apa undang-undang bertulis.

Kenyataan dari Ketua Pesuruhjaya SPRM bertarikh 11 Feb 2018 mengenai Mereka tidak perlu takut kerana laporan dan maklumat yang disalurkan kepada SPRM adalah tertakluk kepada kepada kerahsiaan dan kita akan melindungi nama dan identiti setiap pemberi maklumat,” hanya menyatakan ‘akan melindungi nama’ tetapi tidak menyatakan tindakan kepada pemberi maklumat sebaliknya.

Pemberi maklumat atau Peniup wisel  adalah seorang pekerja atau kakitangan organisasi yang membuat laporan mengenai salah laku majikan ditempat kerja,

Pemberi maklumat adalah mereka yang memaklumkan, yang membuat aduan tentang mereka yang bertindak menyalahi etika dan tatacara kerja.

Pemberi maklumat boleh merupakan kakitangan yang sedang atau yang sudah berhenti kerja.

Turut di nyatakan bahawa salahlaku yang dimaksudkan boleh merupakan kejadian lepas, kejadian terkini atau kejadian yang dirancangkan untuk masa hadapan.

Identiti maklumat seseorang yang memberi maklumat mengenai kejadian salah laku kepada agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia yang membolehkan agensi penguatkuasaan menjalankan dan membuka fail siasatan akan dilindungi dan tidak dihebahkan berdasarkan Akta yang dimaksudkan.

Akta ini menyediakan perlindungan kepada mereka yang secara sukarela tampil untuk melaporkan atau mendedahkan maklumat aktiviti rasuah atau korupsi.

Akta ini juga mengalakkan orang ramai dari seluruh sektor pekerjaan untuk mendedahkan aktiviti yang berkaitan dengan rasuah.

Pemberi maklumat juga diberi status imuniti atau ‘kekebalan’ dari tindakan sivil, jenayah atau tatatertib apabila mendedahkan perlakuan rasuah.

Akta ini telah diluluskan di Parlimen pada Jun 2010 dan berkuatkuasa mulai 15 Disember 2010.  Objektif Akta ini adalah untuk memberi perlindungan kepadapemberi maklumat dalam bentuk kerahsiaan maklumat yang diberi, kekebalan dari tindakan sivil dan jenayah dan perlindungan daripada tindakan memudaratkan yang diambil terhadap mereka.

Perlindungan kepada pemberi maklumat ini merupakan usaha kerajaan Malaysia dalam membenteraskan rasuah dan menggalakkan tadbir urus yang baik di bawah Program Transformasi Kerajaan (Government Transformation Program).

Antara pendedahan yang bertujuan untuk mendedahkan adalah penyalahgunaan kuasa, pelanggaran undang-undang dan standard etika, memudaratkan kesihatan dan keselamatan  awam, pembaziran, kerja haram dan tidak sah dan  salah urus.

Pendedahan itu hendaklah dibuat dalam "niat baik" berdasarkan "alasan yang jujur ​​dan munasabah pada masa kejadian" tanpa memerlukan bukti yang kuat dari pemberi maklumat.

Kewajipan mengumpulkan bukti akan ditugaskan kepada unit penyiasatan agensi penguat kuasa untuk memastikan bahawa pemberi maklumat tidak dikompromi. Walau bagaimanapun, pemberi maklumat boleh memberi keterangan jika ia boleh didapati secara sah melalui kerja mereka.

Mereka yang mendedahan maklumat sulit dan rahsia pula akan didenda tidak melebihi RM 50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Namun, dengan apa yang berlaku kepada beberapa ‘pemberi maklumat’ sebelumnya, tidak ramai yang sanggup tampil untuk memberi keterangan kerana ‘kita yang cuba membantu, kita yang kena ‘lutu’.

Begitu juga jika terdapat ‘pahlawan, pejuang atau hulubalang’ ditempat kerja, mereka yang memperjuangkan kebenaran, kebaikan, kejujuran, ketelusan dan keikhlasan akan dijadikan mangsa dan di’label’ sebagai ‘pengacau, perosak keharmonian, kaki lawan, penderhaka’ dan tindakan tatatertib pula dikenakan termasuklah dipindah ke tempat kerja lain.

Dari apa yang dapat kita ketahui dari akhbar dan media, kebanyakkan salah laku dan rasuah adalah dari mereka yang memegang kuasa atau yang berkedudukan seperti ‘pemimpin di pejabat’, tetapi apabila berlaku ‘salah laku’ tidak pula mereka di ambil tindakan berbanding dengan kakitangan yang tidak memegang jawatan.

Jelas juga, beberapa pandangan yang menyatakan ‘berdiam diri bukan bererti setuju sepenuhnya, memprotes bukan bermakna melawan’; cuma budaya yang cuba ‘dijelmakan’ untuk menjadi ikutan tidak memenuhi hasrat murni dan mulia yang dicadangkan.

Oleh itu, jika benar dan sesungguhnya niat untuk mempunyai satu sistem ‘Bersih, Cekap dan Amanah’ dan kini ditambah dengan’integriti’ serta dihormati elok sahaja kita bersama benar-benar berlaku adil kepada semua dengan secara serius melaksanakan tindakan berdasarkan tuntutan Al-Quran, Nas dan Hadis. ‘Berani kerana benar, takut sendirilah tanggung’. Wallahualam.

Azizi Ahmad Berita Harian Surat Pembaca 15 Mei 2018

Posts from This Journal by “whistleblower” Tag

Latest Month

July 2018
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow