?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Ajar cara fikir, bukan apa perlu difikir

Kenyataan oleh Margaret Mead mengenai "Kanak-kanak mesti diajar cara berfikir, bukan apa yang perlu difikirkan" memanglah mudah diungkapkan dan amat menyenangi hati dan minda penjaga, ibu bapa atau pendidik.

Tetapi jika kita bertanya kepada ibu bapa atau pendidik, berapa ramaikah daripada mereka yang berjaya membantu menyuburkan kenyataan ini dalam pendidikan atau dalam tingkah laku anak mereka, saya pasti tidak seorang pun yang akan membuat pengakuan.



Sama ada kita bersetuju atau tidak, sistem pendidikan kita (sama ada swasta atau kerajaan) adalah lebih daripada sebuah kilang pemprosesan robot daripada sebuah institusi yang menyebarkan pendidikan.

Kanak-kanak di sekolah terpaksa mengikuti sukatan pelajaran yang telah ditetapkan (yang bukan dari minat atau aspek tingkah laku kanak-kanak) dan tidak berjaya dibimbing sepeunuhnya untuk berkembang dalam bidang yang diminati.

Kanak-kanak terpaksa diajar untuk menghafal konsep (jika mereka tidak berjaya memahami), hanya kerana menghafal dan mengingati konsep akan membolehkan murid memperolehi  markah yang baik dalam pentaksiran sekolah dan kemudiannya meneruskan pengajian persekolahan dengan sukatan pelajaran yang lebih tinggi dan lebih kompleks.

Adakah anda sebagai ibu bapa atau pendidik pernah bertanya jika (misalnya) silabus tahap rendah tidak mudah untuk anak anda menghuraikannya, bagaimanakah dia dapat mengikuti sukatan pelajaran tahap sederhana atau tinggi. Tetapi keputusan peperiksaan dan pentaksiran mereka menunjukkan mereka lulus dengan baik dan cemerlang.

Para mentor kanak-kanak sama ada ibu bapa, penjaganya, guru atau pendidik harus menyuborkan perasaan ingin tahu, minat dan pemikiran mendalam untuk anak-anak mereka dari awal lagi. Bersabarlah dengan menunggu dan lihat keajaiban yang boleh dilakukan anak-anak ini sebagai hasilan dalam masa berikutnya.

Namun, kita hendaklah percaya dan yakin dengan keupayaan mereka. Kanak-kanak dari awal usia perlu digilap dan dipupuk dengan pemikiran logik dan kemahiran taakulan.

Kita harus memberi peluang kanak-kanak mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka sendiri. Jangan sekali-kali menghadkan proses pemikiran dan daya imaginasi mereka.

Sekiranya anda berbuat demikian, anda sebenarnya membantu menyusun dan mengalakkan potensi untuk menghadapi sebarang situasi dengan cara yang rasional. Anda juga memberi  kebebasan  untuk mereka berfikir.

Kita harus memberi peluang kanak-kanak mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka sendiri. Jangan sekali-kali menghadkan proses pemikiran dan daya imaginasi mereka.

Sekiranya anda berbuat demikian, anda sebenarnya membantu menyusun dan mengalakkan potensi untuk menghadapi sebarang situasi dengan cara yang rasional. Anda juga memberi  kebebasan  untuk mereka berfikir.

Tetapi semua ini lebih mudah diperkatakan daripada melakukannya. Jadi jika kita benar-benar menginginkan anak-anak kita menjadi sosial progresif, maka kita harus berhenti mengajar mereka apa yang betul dan salah atau menurut acuan kita. Kerana ini merupakan halangan daripada bimbingan kepada bakat mereka yang semakin meningkat.

Socrates pernah berkata, "Pendidikan adalah umpama menyalakan api, bukan pengisian sebuah kapal." Oleh itu, pendidikan bukan semata-mata untuk pemindahan maklumat (terutama dalam nilai moral) tetapi latihan kepada anak-anak yang akan membantu mereka mengukir kepakaran mereka yang rasional, kritis dan etika dengan cara terbaik. Biarkan mereka meneroka dan mencuba dengan cara mereka.

Mungkin kita boleh membantu mereka dengan:

Membenarkan mereka memilih cara mereka mahu diperlakukan dan membenarkan mereka menyatakan kemahuan mereka;

Membenarkan persepi dan perasaan mereka dipersetujui, ini adalah kerana persepsi anda membentuk kepercayaan dan tingkah laku anda; dan tingkah laku anda akan membuahkan dan menghasilkan pengalaman.

Menghargai kehidupan dan potensi mereka dalam melaksanakan tugasan pilihan, kerana ramai lagi yang tidak berpeluang seperti mereka.

Kurangkan kemarahan, iri hati kerana kemarahan tidak boleh dibendung semudahnya.

Jangan buangkan masa dengan kembimbangan  kerana kembimbangan adalah sesuatu  yang paling tidak produktif.

Semaikan kepentingan bersyukur,  kekal positif dan sentiasa senyum.

Raikan perubahan, tiada apa yang kekal selamanya.

Memahami perbezaan kesibukan dan produktif.  Sebarang keinginan dan matlamat perlu diisi dengan tindakan. Kenal pasti keutamaan anda.

Jika anda melakukan sesuatu, lakukanlah dengan penuh kesungguhan dan semangat. Ingatlah , berusaha bukanlah satu bebanan, sebaliknya, sesuatu yang berharga.

Percaya akan intuisi anda. Setiap kegagalan atau kesilapan adalah satu langkah yang lebih dekat kepada kejayaan  dan matlamat.

Hormati diri sendiri dan orang lain. Bertindak bijak dalam segala hal kerana terdapat banyak perkara yang boleh dipelajari.


Azizi Ahmad Sinar Harian Pendapat Cetusan 21 Mei 2018

Posts from This Journal by “berfikir” Tag

Latest Month

November 2018
S M T W T F S
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930 

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow