?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Guru pemacu pendidikan

Tanggal 16 Mei setiap tahun adalah sambutan Hari Guru di Malaysia.

Para guru dan pendidik kini perlu menjadi pemacu  kepada perubahan pendidikan. Para pendidik kini harus mencipta ‘pengalaman’ dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka dengan melebarkan unsur seni dan sains dalam matapelajaran yang diajar dan berusaha membuat pelajar berminat dan mengambil berat tentang pembelajaran.



Di Roosevelt University di Chicago, Steven A. Meyers mengkaji kesan pedagogi transformasi terhadap pencapaian pelajar.

Dalam ulasan baru-baru ini, Meyers menyoroti bagaimana ahli fakulti yang mengajar kursus dalam talian boleh belajar untuk mengubah pelajar mereka.

Cadangan beliau termasuk:

1.) mewujudkan persekitaran yang selamat;
2.) menggalakkan refleksi pengalaman, kepercayaan, dan ketidakadilan (bias);
3.) menggalakkan penglibatan dan penyertaan;
4.) mengemukakan permasalahan sebenar dan nyata yang menimbulkan ketidaksamaan dalam masyarakat; dan
5.) membantu pelajar melaksanakan penyelesaian berorientasikan tindakan.

Lima amalan transformasi teratas yang dicadangkan adalah:

Biarkan diri anda berinspirasi dan teruja.

Mahu memberi inspirasi kepada pelajar anda? Biarkan diri anda teruja bersama  mereka. Bayangkan betapa hebatnya udara segar dan peluang bagi mereka apabila pada satu seketika anda menurunkan had kuasa anda dan menunjukkan bahawa kita tidak tidak pernah berhenti belajar.

Jadikan teori menjadi amalan.

Terlalu banyak kursus memberi tumpuan kepada konsep dan teori dan tidak membenarkan pelajar menerapkan apa yang telah mereka pelajari kepada situasi kehidupan sebenar. Berikan peluang kepada pelajar untuk mengamalkan teori, sama ada dalam suasana sebenar atau secara alam maya. Ini adalah cara yang baik untuk mengukuhkan konsep-konsep penting dalam minda pelajar, kerana mereka lebih cenderung untuk mengingati bahan maklumat dengan gabungan emosi dan / atau praktikal.

Sentiasa menunjukkan bahawa anda mengambil berat dan peduli.

Para penyelidik telah mendapati bahawa lebih banyak guru mengambil berat tentang pelajarnya, lebih banyak rasa hormat yang akan diterima daripada mereka. Awal tahun ini, calon Universiti PhD Utah State University Andrew S. Larsen menerbitkan tesis pengajian  siswazah yang bertajuk "Who Cares? Developing a Pedagogy of Caring in Higher Education.” ('Siapa peduli?:Membangunkan Pedagogi Mengambil Berat di Pusat Pengajian Tinggi.) "

Beliau menemuduga dua puluh pelajar universiti dan sepuluh profesor, dan Larsen dapat mengenal pasti lapan langkah berikut yang paling penting dalam bidang pendidikan tinggi. Diantaranya ialah mengetahui nama pelajar.

"Apabila anda tahu nama pelajar, anda seolah telah memaklumkan kepada mereka bahawa anda telah membuat pelaburan di dalamnya," kata profesor sosiologi Faith Johnson, yang merupakan salah seorang daripada subjek kajian Larsen. "Anda telah menghabiskan sedikit masa dan usaha bagi pihak mereka. Dan usaha itu memecahkan sebahagian dinding yang pada mulanya menghalang dan menghadang seorang profesor dan pelajar. "

Berbincang secara terbuka mengenai pedagogi.

Mengapakah untuk bercakap dengan pelajar tentang amalan dan dasar pendidikan menjadi pantang larang? Mengapa kita memperlakukan pelajar seperti pendapat mereka mengenai pendidikan tidak penting? Ia sangat penting untuk terbukaan dan menunjukkan bahawa kita menghargai maklumbalas mereka.

Berikan maklum balas yang bermakna .

Penggredan adalah proses yang memakan masa dan bukanlah sesuatu yang menyenangkan kita semua. Tetapi amat penting bagi pelajar untuk menerima sesuatu yang lebih bermakna sebagai balasan kerja mereka yang bersungguh  (atau mereka yang malas). Cobalah untuk berusaha dan mengelak dari memberi komen yang samar atau tidak membantu seperti "perlu lebih lebih banyak lagi di sini" atau "tidak jelas." Nyatakan dengan spesifik, dan jika boleh, bertemulah dengan murid  atau pelajar secara langsung atau beri maklum balas rakaman suara.

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Rencana Forum 23 Mei 2018

Posts from This Journal by “guru” Tag

Latest Month

July 2018
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow