?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Media sosial bukan saluran rasmi

Pengunaan aplikasi media sosial seperti WhatsApp, Telegram merupakan mod komunikasi popular dikalangan jabatan kerajaan termasuklah pentadbir pendidikan dan pendidik.

Surat dan pekeliling rasmi dan sulit kadang-kadang turut disalurkan melalui aplikasi ini.

Walaupun keluhan dari pengguna disuarakan, terutama mengenai kesan gangguan psikologi, kualiti masa bersama keluarga dan waktu rehat mereka, namun kebanyakan Ketua Jabatan terutama dikalangan pengurusan tertinggi dan pegawai sektor awam masih tidak peduli dengan apa yang berlaku.



Walaupun Surat Siaran Bahagian Pengurusan Maklumat Bil. 1 Tahun 2013: Pemantapan Penggunaan Sistem Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia ( http://www.moe.gov.my/v/surat-siaran-view?id=896&page=1&keyword=mel&year=2013& ) ada dimaklumkan bahawa segala urusan rasmi adalah dilarang menggunakan alamat e-mel persendirian atau media sosial, namun siapa sebenarnya yang tidak akur pada perintah? (Dipetik dari laman Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai contoh).

Kakitangan dan penjawat awam berhak untuk tidak bersetujui atau dipaksa menyertai kumpulan yang cuba dibentuk atau dicipta walaupun dikatakan arahan itu datang dari pegawai kumpulan tertinggi.

Ini adalah kerana media sosial yang dimaksudkan bukanlah Hak Cipta Kerajaan Malaysia dan ia tidak selamat digunakan terutama mengenai ‘Anti-Privacy’. Kita tidak patut menyalurkan maklumat kerja melalui media yang disangsikan dan berisiko.

Kebanyakan pengguna juga menggunakan alat gajet telefon bimbit sendiri dan bukan dibekalkan atau disediakan oleh pihak berkuasa. Begitu jugalah kos akses internet yang ditanggung oleh pemilik telefon bimbit. Untuk membaca pesanan yang disampaikan pengguna harus menghidupkan akses kepada internet (kos yang ditanggung sendiri) kecuali ketika waktu pejabat dan organisasi menyediakan kemudahan wi-fi percuma.

Pengguna mungkin ada yang menyedari atau tidak menyedari bahawa ketika menggunakan fitur "chat group" WhatsApp, mereka juga terdedah kepada penuaian data dan profil. Apa yang lebih teruk ialah WhatsApp menjadikan nombor telefon mudah alih yang tersedia, boleh digunakan untuk mengenal pasti dan mencari ahli kumpulan dengan tepat.

Tujuan WhatsApp dicipta adalah untuk membolehkan komunikasi santai diantara pengguna dengan keluarga dan rakan-rakan; bukan untuk tujuan rasmi.

Tentu ramai juga sedia maklum bahawa Facebook telah membeli aplikasi WhatsApp dengan nilai RM52.71 bilion ($16 bilion). Ia termasuk RM13 bilion ($4 bilion) tunai dan kira-kira RM39 bilion ($12 bilion) saham Facebook. (2014/02/20)

WhatsApp juga mengumumkan pada 2016 bahawa ia akan berkongsi data pengguna, termasuk nombor telefon, dengan Facebook. Dalam pertukaran e-mel, mereka memaklumkan bahawa ia tidak menjejaki lokasi negara dan tidak berkongsi kenalan atau mesej, yang disulitkan, dengan Facebook. Tetapi ia mengesahkan bahawa ia berkongsi nombor telefon pengguna, pengecam peranti, maklumat sistem pengendalian, pilihan kawalan, dan maklumat penggunaan dengan "anak syarikat Facebook".

Ini menjadikan satu persoalan sama ada Facebook boleh menjejaki pengguna tersebut dengan lebih terperinci walaupun WhatsApp tidak.

Facebook dan "anak syarikatnya" menjadi terlalu kasual mengenai privasi, seperti yang perolehi dari pendedahan oleh Cambridge Analytica, yang mengugat dan membahayakan kebebasan dan demokrasi.

Pernah suatu ketika dahulu YB Senator Datuk Mariany Mohammad Yit menyuarakan isu ini di persidangan Dewan Negara, namun masih belum ada ketetapan oleh pihak berkuasa dalam memberi kata putus.

Sudah tiba masanya kita bertindak dan berkata TIDAK kepada penggunaan media sosial sebagai saluran komunikasi rasmi bagi membolehkan kita turut menikmati suasana yang tenang dan damai untuk berihat bersama keluarga.

Kerja sampai bila pun tidak habis kecuali anda bersara dari perkhidmatan. Jangan lupa, gunakan saja e-mel rasmi untuk menyampaikan arahan kerja, dan adalah menjadi tanggungjawab ‘pengguna’ untuk membaca e-mel untuk mengetahui tugasan yang sedang menunggu.

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Rencana Forum 28 Mei 2018
 

Posts from This Journal by “media” Tag

Latest Month

July 2018
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow