?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Anugerah Cemerlang bukan ukuran

Suatu lewat petang, selesai sahaja Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang seorang rakan saya memanggil saya untuk melepaskan ketidakpuasan hati beliau. Saya tidak pasti mengapa dia seolah-olah kecewa mengenai  'anugerah perkhidmatan cemerlang'  (ada yang menyebut sebagai anugerah paling kontroversi) yang diberikan kepada kakitangan dan pekerja kerana beliau adalah salah seorang penerima sebelum ini.

Seorang rakan sekerja saya juga telah berjumpa dengan Ketua Jabatan dan bertanya mengapa tiada seorang pun sejak 7 tahun lalu, tidak seorang pun dari jabatan kami yang dipilih atau dicalonkan untuk anugerah itu, walhal ada calon dari Jabatan lain yang sudah 2-3 kali dipilih dan ada juga 2-3 orang dari Jabatan yang sama telah menerimanya.



Ini bermakna tiada dari seorang pun dari jabatan kami layak dan berada di tahap bawah ‘par’ dan memenuhi keperluan untuk pencalonan.

Soalan berikut timbul, apakah dasar asas dan kriteria yang dimiliki penerima. Kami juga mempunyai rakan di jabatan kami yang sangat baik dengan rekod terbukti tetapi tidak dipilih hanya kerana dia terus 'meniup wisel'.

Bagi ahli akademik, orang yang menulis buku, artikel, jurnal, mahir dalam ICT,  atau yang berkemahiran terbukti tidak akan dipertimbangkan. Orang yang berpengetahuan, mahir, dan berwibawa tidak akan mendapat tempat dihati pihak pengurusan.

Apa yang jelas dapat di lihat adalah 'keupayaan' untuk mengaku  'ya tuan', ‘ikut dan turut saja’, berlakon dan berpura-pura dan ‘jangan berkata tidak’.

Penerima atau bakal penerima perlulah menjadi orang yang rapat dengan ketua jabatan, berupaya dan berkemampuan menjatuhkan rakan sekerja,  bijak bermuka-muka dan pandai bergaya lebih dari kerja.

Saya kemudian bertanya kepada rakan sekerja saya, siapakah dalam jabatan kami yang sepatutnya dan layak menjadi penerima, atas dasar kriteria apakah yang beliau fikir salah seorang dari kami layak untuk diambil kira.

Sebaliknya dia memberitahu saya, ketua jabatan memaklumkan  'mereka yang akan bersara tidak lama lagi' akan menjadi orang yang mendapatnya. Tetapi, bagaimana jika 3 orang di jabatan akan bersara tidak lama lagi? Dan penerima baru-baru ini adalah yang jauh lagi perjalanan karier mereka.

Dalam beberapa kes yang dikongsikan, ramai dari bekas pelajar kami yang baru bekerja sekitar 3-5 tahun yang lalu, berjaya mendapatkan anugerah tersebut.

Eloknya, mari kita terbuka dan positif mengenai perkara ini, orang yang bekerja hampir tempoh persaraan dengan pengetahuan dan pengalaman , kemahiran dan kecekapan tidak memenuhi kriteria itu?

Terdapat hubungkait  yang jelas di antara ketua Jabatan dan kakitangan apabila merujuk kepada persepsi penghargaan di tempat kerja.

Ini bermakna anda perlu berusaha untuk mendapatkannya dan semuanya terpulang kepada diri sendiri, untuk memastikan pencapaian dan sumbangan anda memenangi perhatian dan pengiktirafan yang wajar.

Jadi, bagaimanakah anda boleh mendapatkan kredit yang anda berhak tanpa mengabaikan dan mengosok belakang ketua jabatan atau tanpa  merapatkan diri seolah seorang pelaut mencari perhatian? 

Mereka yang kuat merungut dan bercakap dibelakang tanpa dapat menunjukkan, mengemukakan dan membuktikan kerja mereka layak diterima akan tetap kalah; jangan merengek apabila anda tahu bahawa anda tidak cukup baik untuk dianugerahkan.

Buat dan lakukan kerja anda yang sepatutnya, buktikan nilai dan harga diri anda, walaupun sehingga persaraan anda. Apa yang penting, selagi anda dan keluarga gembira, sihat dan harmoni, saya fikir itu sudah cukup baik, in syaa Allah.

Pengiktirafan pekerja adalah aspek penting dalam persekitaran kerja yang positif. Bukan sahaja anda dan rakan sekerja anda layak mendapat apresiasi, tetapi anda juga harus berusaha dan bekerja dengan bijak kerana ia merupakan urusan penting di tempat kerja.

Kepada rakan sekerja saya, usahlah merengek, merungut atau kecewa. Bagi yang menerima dan terpilih,  tahniah (namun benarkah anda layak dan bagaimanakah anda sanggup menerimanya?) !


Azizi Ahmad Sinar Harian Interaktif Aduan Jun 5, 2018

Posts from This Journal by “anugerah” Tag

Latest Month

September 2018
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30      

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow