?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Percaya atau tidak, pendidikan yang diterima oleh ramai pelajar dalam sains, matematik, dan teknologi tidak mencukupi untuk dunia yang sedang berubah dan mencabar seiring dengan kemajuan sains dan teknologi.

Masyarakat perlu memahami konsep asas sains, matematik, kejuruteraan, dan teknologi untuk berfikir secara kritikal tentang dunia dan membuat keputusan termaklum mengenai isu-isu peribadi dan masyarakat. Kefahaman atau literasi dalam bidang ini adalah penting sebagai tanda penghargaan terhadap perkembangan pesat pengetahuan manusia yang merupakan salah satu pengembaraan hebat abad ke-20.



Apabila rutin tugasan perkeranian dan mekanikal bertukar kepada pengkomputeran, semakin banyak pekerjaan memerlukan kemahiran peringkat tinggi yang melibatkan pemikiran kritikal, menyelesaikan masalah, menyampaikan idea kepada orang lain, dan bekerjasama dengan berkesan.

Kebanyakan pekerjaan yang wujud tercipta dan melibatkan pembangunan kemahiran melalui tahap sains berkualiti tinggi, matematik dan pendidikan teknologi. Sesebuah negara tidak mungkin menjadi negara maju dan unggul tanpa memiliki tenaga kerja yang berpendidikan tinggi.

Bagi memastikan objektif persediaan pendidikan abad ke-21 dapat direalisasikan, pihak terlibat dalam pembangunan, pembentukan dan pelaksanaan dasar awam dan institusi pendidikan adalah disarankan untuk:

* Menggalakkan pendidik, pembangun kurikulum, pentadbir sekolah, pegawai kerajaan dan fakulti pendidikan membangunkan piawaian kebangsaan dalam sains dan matematik dalam memastikan tahap pencapaian yang tinggi dari semua peringkat murid persekolahan rendah hingga menengah.

*Siswa-siswi pengajian tinggi harus disediakan peluang dan akses kepada program sains, matematik dan teknologi yang termaju dan terkini; yang menyediakan pengalaman terus terutama berkaitan kaedah dan proses inkuiri.

* Menjalankan penilaian dan penaksiran yang telus, jelas dan ketat terhadap matlamat pendidikan jabatan dan program sarjana muda seperti yang digunakan untuk kajian dan penyelidikan.

* Memberi ganjaran yang seimbang terhadap pengajaran, penyelidikan, perkhidmatan, dan aktiviti profesional supaya pengajaran diperkaya dengan penyelidikan dan fakulti diberi ganjaran untuk pelbagai aktiviti ilmiah.

* Menggalakkan perubahan melalui kepimpinan yang membina konsensus mengenai peningkatan pendidikan dan menyediakan sokongan yang diperlukan untuk penambahbaikan bertapak dan berkembang.

* Keperluan mengadakan ujian kelayakan yang termasuk penilaian terhadap kebolehan menjalankan inkuiri saintifik daripada bergantung dan berdasarkan keputusan ujian piawaian pengetahuan semasa dalam sains dan matematik bagi yang ingin menyambung pengajian ke kolej dan universiti.

*
Memperluaskan penggunaan geran pendidikan dan latihan untuk memberi sokongan kewangan kepada pelajar siswazah.

* Bagi kemasukan ke sekolah siswazah, institusi hendaklah menetapkan piawaian masa untuk tamat pengajian, menguatkuasakannya, dan memaklumkan kepada pelajar tentang maklumat masa untuk tamat pengajian dan lain-lain yang berkaitan dengan kerjaya sebelum mereka memasuki program.

*Memberi penekanan mengenai betapa pentingnya membina sistem latihan pasca-menengah yang terbaik bagi menggantikan ciri-ciri pendekatan yang lesu terhadap usaha yang lalu.

​​​​​​​Sejak beberapa dekad yang lalu, para pakar telah menerangkan dan mendefinisikan unsur-unsur penting dalam pendidikan sains, matematik, kejuruteraan, dan teknologi. Cabaran sekarang adalah untuk memastikan bahawa pembuat dasar dan pemimpin pendidikan di seluruh negara menyedari keperluan, kemungkinan dan digalakkan untuk memulakan fasa pelaksanaan kerja seterusnya di sekolah-sekolah dan universiti di seluruh negara.

Cabaran yang dihadapi pendidikan hari ini lebih bervariasi daripada cabaran masa lalu. Ia merangkumi kepelbagaian populasi bangsa yang semakin meningkat, pengantarabangsaan perdagangan dan budaya yang semakin berkembang, perkembangan dan inovasi teknologi maklumat, dan transformasi teknikal dan sosial yang hebat.

Tidak ada preskripsi yang mudah dan universal untuk kejayaan. Tetapi tumpuan kepada piawaian yang tinggi untuk semua, ditambah pula dengan pengiktirafan terhadap keperluan untuk fleksibiliti dalam menghadapi perubahan, dapat membantu menyediakan semua pelajar untuk tuntutan abad ke-21.

Azizi Ahmad Kampus UOLS Uni-Kita Cetusan 12 Jun 2018

Posts from This Journal by “pendidikan” Tag

Latest Month

July 2018
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow