Bagi memastikan kehebatan dan ‘ego’ terserlah pastinya seseorang itu akan cuba menonjolkan atau mempamerkan kebolehan diri sendiri.
Setiap orang akan cuba meletakkan diri mereka sebagai 'pakar' dalam sesuatu bidang. Saya melihat gelaran atau panggilan rasmi mau pun tidak rasmi iaitu ‘pakar’ atau ‘pakar matapelajaran (subject matter expert) untuk mana-mana program kursus yang ditawarkannya menjadi satu keutamaan dan kebanggaan bagi mereka yang bersifat ‘narsisis’.
Sejak kebelakangan ini ramai yang berpendapat bahawa selagi anda tahu sedikit lebih daripada ‘orang lain’, anda boleh mengangkat dan memanggil diri anda sebagai seorang pakar.
Maksud perkataan 'pakar' yang terapkan kedalam minda dan fahaman telah melemaskan maksud sebenar dan integriti perkataan. Ia seperti memalsukan maksud 'penyelidikan' dan 'sains.
Oleh kerana begitu ramai yang sanggup mengaku diri mereka sebagai pakar, perkataan itu tidak lagi membawa nilai kebolehpercayaan dan jaminan kepada pelanggan potensial seperti yang ada sebelumnya.
"Seorang pakar tahu tentang banyak perkara dan tahu mengenai kekurangan sesuatu sehingga beliau tahu mengenai semua yang beliau tidak tahu’kata Mahatma Gandhi.
Sebagai seorang 'pakar', ia bermaksud anda telah menguasai hampir semua perkara yang ditawarkan oleh bidang anda.
Kepakaran sebenar mengambil kira tempoh pengalaman kerja anda dalam menjalankan penyelidikan, menghadapi ujian percubaan dan memperbaiki kesilapan, dan tugasan kerja di lapangan.
Ia lebih daripada sekadar memberitahu orang bahawa anda seorang pakar. Namun ramai pula yang sanggup menggadai ‘maruah diri’ untuk gelaran tersebut dan mengharap ianya menjadi kenyataan.
Dalam apa saja bidang kerjaya, kita tidak boleh dengan senangnya mengangkat diri kita sendiri dan hanya menganggap diri kita terbaik, ini adalah sangat merbahaya, terutamanya jika kita percaya bahawa ianya benar-benar betul akan berlaku.
Meletakkan diri sendiri dalam kedudukan yang berkuasa menjadikan kemampuan kita sebagai pendengar yang baik dan pencari perspektif menjadi berkurangan.
Pakar biasanya akan bersama pelanggan untuk mencurah dan berkongsi ‘ilmu pengetahuan dan kemahiran’ dan tidak akan menerima kritikan, mengaku kesilapan, atau apa-apa yang tidak sealiran dengan "kepakaran" yang diutarakan.
Adam Galinsky dari Northwestern University mengkaji ‘hubungan antara kuasa dan keupayaaan melihat perspektif orang lain’. Dia membahagikan peserta kepada dua kumpulan; setiap kumpulan diminta melakukan eksperimen yang berbeza.
Satu kumpulan melakukan aktiviti latihan yang menjadikan mereka berasa kuat dan berkuasa. Sementara satu lagi kumpulan melakukan aktiviti latihan yang menekankan mengurangkan kuasa mereka.
"Jangan sesekali menjadikan diri anda sebagai terlalu ‘pakar’ sehingga anda tidak lagi mahu mendapatkan lain kepakaran. Jadikan kehidupan Sebagai suatu pengalaman pembelajaran yang berterusan. "- Denis Waitley
Apabila mereka membawa diri mereka ke dalam eksperimen, mereka menyedari bahawa ‘mereka’ yang memperolehi ‘kuasa’, sukar untuk menerima pandangan orang lain.
Kesimpulan kajian ini adalah bahawa ada hubungan songsang antara tahap perasaan mereka yang ‘berkuasa’ dan tahap kesediaan mereka menerima perspektif orang lain.
Merasa diri lebih hebat dan berkuasa akan menyebabkan sesuatu mesej dan makluman sering terganggu terutama apabila anda cuba memotivasi atau mengubah kefahaman orang lain.
Elok sahaja seseorang itu membawa diri sebagai ‘pelajar sepanjang hayat’, selalu ingin mencari idea baru, selalu mencuba strategi baru dan sentiasa belajar.
Tidak kira berapa lama sesorang itu berkecimpung dalam bidang yang diterokai, akan sentiasa ada perkara baru dipelajari. Dan itulah yang paling baik jika anda bukan seorang pakar.
Anda akan sentiasa terbuka untuk mengembangkan pengetahuan anda, berkongsi idea, mengamalkan strategi baru dan dalam proses ini benar-benar membantu pelanggan anda bangkit daripada cabaran mereka.Azizi Ahmad Berita Harian Surat Pembaca 19 Jun 2018