kheru2006 (kheru2006) wrote,
kheru2006
kheru2006

Pendidik sejati perlu kekal cemerlang

Marilah kita mengambil sedikit masa dan melihat cabaran yang dihadapi oleh guru dalam membantu kanak-kanak belajar, berfikir dan membuat pilihan dan keputusan  yang tepat dalam hidup.

Mereka di lihat mengajar dengan penuh dedikasi. Mereka adalah agen perubahan, sumber inspirasi dan penemu bakat tersembunyi dan mampu mengesan bakat dalam diri anak-anak.



Keringat, darah dan air mata mereka telah membantu ramai yang menikmati kerjaya  yang berbeza dalam menjalani kehidupan yang berjaya dan memuaskan. Mereka melakukan yang terbaik demi kecintaan kepada anak-anak dan profesion mereka.

Oleh kerana guru menghasilkan generasi yang berwawasan dan berteladan, mereka sebenarnya menyelamatkan dunia daripada kemusnahan dan memastikan hak asasi manusia tidak dicerobohi dan dilindungi. .

Ramai juga yang berpendapat bahawa guru adalah mereka yang tidak berintegriti, kredibiliti mereka adalah meragukan, malahan ada yang tidak yakin dengan kemampuan guru dalam memastikan anak-anak bersedia untuk menghadapi dunia yang nyata setelah tamat persekolahan.

Apabila kes anak-anak sekolah terlibat dalam tindakan jenayah seperti rompakan, rogol, terlibat dengan kumpulan samseng, penyalahgunaan dadah dan pembunuhan dilaporkan, orang ramai mula hilang kepercayaan terhadap guru.

Tetapi, adakah bijak dan patutkah kita menyalahkan guru diatas apa yang berlaku?  Adakah disebabkan dasar yang dikatakan berorientasikan peperiksaan menjadikan pelajar terlalu tertekan untuk cemerlang dan menjadi yang terbaik di antara yang terbaik?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sistem pendidikan telah disemak semula, kurikulum, sukatan pelajaran, subjek, pendekatan dan piawaian baru telah dilaksanakan di sekolah. Usaha-usaha ini dirancang, terutama untuk memenuhi keperluan milenium dan generasi celik teknologi, yang menjalani gaya hidup dan belajar dengan cara yang berbeza.

Realiti ini menimbulkan cabaran besar untuk guru, yang perlu mengadaptasi dan menyesuaikan kaedah pengajaran revolusioner dan kontemporari dalam membentuk pelajar menjadi pemikir kreatif, bebas dan matang.

Berurusan dengan pelajar yang bermotivasi dan tidak bermotivasi adalah menakutkan dan mencabar.  Pelajar yang berilmu dan bersemangat adalah mereka yang penuh dengan tenaga untuk belajar, dan mereka menetapkan jangkaan yang tinggi terhadap guru untuk membantu mereka meneroka pengetahuan baru dan mencabar kemampuan mereka untuk berfikir diluar kotak.

Sebaliknya, pelajar yang tidak bermotivasi dan bermasalah gagal atau sengaja tidak mahu memahami bahawa pendidikan akan membantu mereka menyinar dan membimbing mereka untuk berjaya.

Daripada merasai kemanisan dan kepuasan yang tertunda, mereka mencari kesenangan dan keseronokan sementara, membuang masa dan wang ringgit, sambil terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti merokok, melepak, menonton pornografi dan merempit.

Bagi mereka, sekolah adalah untuk ‘ulat buku’, kerja rumah adalah penyeksaan dan peraturan sekolah adalah halangan yang membunuh kebebasan dan kebahagiaan mereka.

Sedikitnya mereka menyedari bahawa pendidikan membantu mereka menjadi pemikir unggul, yang akan membuat keputusan pintar ketika mereka menguruskan kerjaya, perkahwinan dan kewangan mereka pada masa akan datang.

Pengetahuan adalah penting kerana ia berfungsi sebagai ramuan untuk hati, minda dan jiwa, tidak kira betapa kecil atau besarnya bahagian yang diperoleh oleh pelajar ketika mereka bersekolah setiap hari.

Pendidik sejati sentiasa cemerlang apabila berurusan dengan pelajar yang sukar dan yang mempunyai pelbagai masalah. Mereka tidak akan menghindari atau lari dari tugas mereka atau mudah digoncangkan oleh tekanan kerana mereka percaya bahawa ‘sinar pelangi’ akan mewarnai kehidupan mereka.

Azizi Ahmad (2018, June 27) Utusan Malaysia Forum. Pendidik sejati perlu kekal cemerlang. Ms.10
Tags: cemerlang, pendidik, sejati, writings
Subscribe

Posts from This Journal “pendidik” Tag

  • Post a new comment

    Error

    default userpic

    Your reply will be screened

    Your IP address will be recorded 

    When you submit the form an invisible reCAPTCHA check will be performed.
    You must follow the Privacy Policy and Google Terms of use.
  • 0 comments