?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Kesahihan medial sosial ?

Masyarakat Barat kini telah secara tidak langsung sudah terpesong  dari perkembangan pembinaan moral yang disebut sebagai "keikhlasan" kepada "kesahihan (keaslian atau ketulenan}."  Perkara ini telah dikemukakan oleh Trilling, seorang Profesor Puisi Norton Eliot Charles di Universiti Havard yang juga penulis buku "Sincerity and Authenticity "  (Keikhlasan dan Kesahihan )

Dalam buku  yang ditulis oleh Trilling, beliau tidak banyak membantu pembaca memahami perbezaan di antara dua perkataan tersebut: tetapi beliau cuba membayangkan perbezaan tersebut dengan membuat perbandingan diantara ibu  dan ibu mertua  beliau.



Ibu beliau adalah "asli atau tulen": seorang artis, puteri kepada seorang narsisis yang bertaraf dunia, seorang alkoholik  yang semakin pulih, mengalami kebimbangan dan kemurungan sepanjang hidup beliau, seorang yang eksentrik (pelik) yang hidup bersendirian di sebuah ladang di pinggiran Georgia dengan 100 ekor kambing, llamas, kuda peliharaan, anjing Basset, ayam peliharaan,  dan khinzir tetapi benar-benar komited untuk menjadi dirinya yang sebenar, tidak kira apa yang orang lain fikir terhadap beliau.

Ibu mertua beliau pula, adalah seorang yang unggul lagi "tulus" (dalam terma Trilling): bersifat keibuan Midwestern, bersosial secara tradisional, aktif dalam komuniti, menumpukan keluarga, tegas dan sentiasa menunjukkan kebaikan tidak kira apa yang beliau rasa atau apa pun yang berlaku di dalam keluarganya.

Kesahihan (juga merupakan keaslian dan/atau ketulenan) adalah apa yang sebenarnya tentang diri sendiri  (walaupun dalam perhubungan sosial).

Keikhlasan adalah perhubungan dan pertalian dengan orang lain (walaupun melibatkan kebenaran peribadi).


Apakah yang tidak kena mengena dengan kehidupan maupun perhubungan di sosial media?

Ekoran daripada krisis politik dari dulu hingga sekarang, para pelabur dan pengguna perkhidmatan kewangan mengambil berat mendalam tentang "kesahihan." Mereka akan membuat pemeriksaan dan memastikan individu dan firma-firma yang mereka kendalikan mempunyai nilai-nilai yang selaras dengan kehendak  mereka, dan perlakuan mereka adalah selaras dengan nilai-nilai mereka.


Kesahihan, hari ini, adalah ‘pembeza’. Itulah sebenar dalam perniagaan atau urusan lain amnya; namun dalam perkhidmatan kewangan ia adalah satu kemestian kerana kesahihan atau ketulenan mempunyai banyak kaitan dengan membina semula dan mengekalkan kepercayaan yang telah rosak akibat dan/oleh krisis kewangan.

Pelabur dan pengguna perkhidmatan kewangan sering berkomunikasi dan menjalankan lebih banyak urusan berbanding sebelum ini melalui saluran digital, termasuk rangkaian sosial, walaupun halangan pengawalseliaan terus menghadkan keupayaan firma-firma kewangan untuk berkomunikasi secara digital dengan pelanggan seperti mana pelanggan inginkan.

Cabarannya adalah bagaimanakah anda boleh menyampaikan makluman mengenai kesahihan projek  anda melalui saluran media sosial? Bagaimanakah  anda mampu menyatakan komitmen projek anda  yang "benar mengenai diri anda" melalui saluran yang terhubung secara sosial, yang  mempunyai "pengikut" atau "perhubungan" yang mungkin kelihatan banyak.

Dalam  persekitaran tradisional, ianya memang dipenuhi dengan watak-watak yang "tulen" kata Holden Caulfield, penulis  " Catcher in the Rye " dan didalam era media sosial tentunya semua akan kelihatan sangat baik. Di dalam era digital, pengamatan dan bercakap mengenai kebenaran mungkin tidak dapat diterjemahkan kepada nilai yang sebenar.


Kita harus sedar dalam membuat kesimpulan mengenai ‘kesahihan atau ketulenan’ melalui media sosial, mesej dan kandungan intelek perlu dan boleh membantu orang lain, sama ada melalui pengajaran, makluman, membolehkan, inspirasi, berbanding mempromosi diri sendiri.

Yang sahih dan ikhlas  akan mampu menghubungkan orang lain luar daripada misi korporat dan visinya yang semua tentang membantu orang lain, dan itulah bagaimana untuk membuat atau membezakan di saluran media sosial.

Kedua-dua kesahihan atau ketulenan (kebenaran peribadi) dan keikhlasan (prihatin dan berhubung dengan orang lain) adalah diperlukan bagi membina jenis media sosial jenama pelanggan dan pelanggan sentiasa mencarinya hari ini.

Azizi Ahmad. (2018, Jun 28). Kesahihan medial sosial? Utusan Malaysia Forum Ms 13

Posts from This Journal by “media” Tag

Latest Month

November 2018
S M T W T F S
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930 

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow