“Maaf! Permohonan anda … TIDAK BERJAYA”. Pihak kami mengucapkan berbanyak terima kasih diatas permohonan ……”
Beliau kini sudah berusia 45 tahun, dengan maksud ini adalah kali terakhir beliau berpeluang untuk memohon biasiswa tajaan dari penaja dan jika beliau berhasrat untuk mencuba menyambung pengajian diperingkat kedoktoran, maka beliau haruslah menggunakan hasil pendapatan atau dari poket sendiri.

Mungkin beliau boleh membuat rayuan seterusnya dan berdoa rayuan akan diterima, tetapi berdasarkan permohonan yang lepas dan terdahulu; dan mungkin kerana beliau pernah dilabelkan sebagai ‘pro-pembangkang’ rasanya peluang beliau sudah tiada lagi.
Dan kini, dengan ‘pihak pembangkang’ sudah menjadi ‘pihak kerajaan’ mungkin suara beliau dapat didengari, itu pun jika ‘rayuan’ beliau diterima.
Apa yang musykil adalah, sebelum ini ada rakan dan calon yang baru beberapa tahun berkhidmat ditempat kami berjaya mendapat tajaan biasiswa keperingkat PhD tetapi rakan kami ini sehingga permohonan terakhir ini, tiada rezeki buat dirinya.
Kami pernah berbincang dan memberi pandangan bahawa beliau harus bersyukur kerana telah mendapat peluang sebelum ini iaitu diperingkat Sarjana Muda dan Sarjana dan mungkin ‘pembentangan dan persembahan’ beliau semasa permohonan dan ketika ditemuduga di peringkat PhD tidak meyakinkan panel temuduga.
Permohonan di peringkat PhD tentunya memerlukan calon pemohon mempunyai kelayakan kematangan dan keintelektualan yang lebih tinggi.
Mungkin laporan kertas cadangan atau ‘proposal’ beliau tidak mencapai tahap yang dikehendaki oleh penaja; atau kertas ‘proposal’ beliau bercanggah dengan apa yang beliau ajar ketika ini.
Beliau juga pernah menjadi penerima ‘Anugerah Perkhidmatan Cemerlang’ diperingkat tempat kerja, tetapi kami sedia maklum, APC yang diperolehi mungkin hanyalah sebagai tiket untuk beliau dipermudahkan permohonan.
Terfikir juga kami akan status warganegara beliau iaitu kad pengenalan xxxxx-71-xxxx , walaupun beliau adalah dikira sebagai ‘warganegara’ namun beliau mungkin tetap dilihat sebagai ‘warga asing’. Jika begitu, bagaimana pula ketika beliau ditaja pengajian semasa di peringkat Sarjana Muda dan Sarjana.
Dengan apa yang berlaku, sesorang harus menerima ujian yang dihadapi. Kita juga perlu bermuhasabah diri dengan apa yang telah diperlihatkan. Tidak boleh kita menyalahkan pihak lain jika kita sendiri mungkin tidak betul dalam kemungkinan apa yang berlaku.
Kami kerap berbincang tentang apa yang berlaku, yang pastinya pemohon tidak mempunyai keyakinan diri, keupayaan yang terhad dan terbatas dan berharap sesuatu permohonan yang dibuat akan menyebelahi dirinya. Bidang yang dipohon juga dilihat tidak relevan dengan pengetahuan dan pendidikan asas yang beliau ambil.
Kami menyedari pemohon tidak mampu menulis atau membuat penulisan disertasi yang baik dan sering mengharapkan rakan lain membantu tetapi pemohon tidak mahu dan bersedia mengaku dan menerima kekurangan diri sendiri.
Pemohon mungkin ‘tergelap mata dan hati’ seketika kerana selama ini pun banyak perkara adalah mudah bagi beliau, dan apabila apa yang dihasrat dan diinginkan tidak tercapai dengan cepat dan pantas kekecewaan terserlah.
Dalam keadaan kecewa, pemohon tentunya tidak akan sedia menerima pendapat dan pandangan dari kami rakan setugas. Dengan beralih kepada saya, diminta saya membantu mencoretkan luahan ini (walhal sebagai seorang calon pemohon PhD adalah lebih baik titipan tulisan datang dari diri sendiri).
Jika luahan berjaya dikongsi dimedia mungkin ‘penulisan proposal’ beliau boleh menjadi bukti contoh hasil kerja beliau; jika tidak anggap saja permohonan sebelumnya tidak mencapai tahap yang diperlukan untuk tujuan menyambung pengajian ketahap tertinggi.
Nasihat kami sebagai rakan, elok saja berusaha dengan cara lain; elok pula jika menggunakan dana sendiri memandangkan beliau seorang yang berstatus ‘solo’; elok juga menyediakan diri dengan ‘pengetahuan ilmu’ yang sebenar beliau kompeten.
Rezeki datang dari usaha dan niat yang murni; kegagalan memang pahit, namun hakikatnya mungkin ada yang lebih baik dari kegagalan yang sedang di hadapi. Semoga perjuangan tidak terpadam terus dari kamus hati; berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk dan peluang untuk berjaya dan dipermudahkan urusan, in syaa Allah.
Azizi Ahmad. (2018, Julai 2). Selamat Tinggal PhD. Sinar Harian Aduan Ms 50