?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Apabila berbicara tentang kejayaan, mudah untuk berfikir bahawa mereka yang diberkati atau dianugerahkan dengan otak dan pemikiran pastinya akan meninggalkan kita yang lain di dalam sebarang perkara. Tetapi penyelidikan baru dari Stanford University akan mengubah fikiran anda (dan sikap anda).

Ahli Psikologi Carol Dweck telah menghabiskan keseluruhan kerjaya beliau mengkaji mengenai  sikap dan prestasi kerjayanya, dan kajian terbaharunya menunjukkan bahawa sikap anda adalah peramal kejayaan anda yang lebih baik daripada darjah kepintaran (IQ) anda.




Dweck mendapati bahawa teras sikap seseorang adalah terbahagi kepada: ketetapan minda dan perkembangan minda.


Sumber: Dweck, Carol (2007). Mindset: The New Psychology of Success di muat-turun dari https://www.brainpickings.org/2014/01/29/carol-dweck-mindset/ pada Jun 1, 2018

Memiliki ketetapan pemikiran, anda mempercayai dan yakin akan siapa anda dan anda tidak boleh berubah. Ini menimbulkan masalah apabila anda dicabar kerana apa-apa yang kelihatan lebih daripada yang anda boleh kendalikan akan menyebabkan dan membuat anda berputus asa dan tidak ketahuan.

Mereka yang memiliki ciri perkembangan minda pula percaya bahawa mereka boleh meningkatkan jika berusaha. Mereka akan mengatasi mereka yang mempunyai ciri ketetapan pemikiran, walaupun mereka mempunyai darjah kepintaran (IQ) yang lebih rendah, kerana mereka merangkul cabaran, mengambil peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru.

Perasaan atau akal yang biasa  akan menunjukkan bahawa memiliki keupayaan, seperti kepintaran, akan memberi inspirasi kepada keyakinan. Namun, kebiasaannya berlaku ketika sesuatu urusan yang mudah. Faktor penentu dalam kehidupan adalah bagaimana anda mengatasi halangan dan cabaran. Orang yang memiliki ciri minda yang berkembang akan mengalu-alukan cabaran dengan tangan terbuka.

Menurut Dweck, kejayaan dalam hidup adalah bagaimana anda menangani kegagalan. Beliau  menerangkan kaedah pendekatan menghadapi kegagalan bagi mereka yang mempunyai perkembangan minda dengan,

"Kegagalan adalah satu maklumat; kita melabelkan sesuatu itu sebagai kegagalan, tetapi kita harus menganggapnya seolah, 'oh ya, Ini tidak berfungsi, dan saya adalah penyelesai, jadi saya akan mencuba sesuatu yang lain.'"

Tidak kira dari sisi mana carta anda berada, anda boleh membuat perubahan dan mengembangkan minda pertumbuhan. Berikut adalah beberapa strategi yang akan memperhalusi minda anda dan membantu anda memastikan ia sebagai berorientasikan pertumbuhan atau perkembangan  yang positif.

Pastinya kadang-kadang kita akan berasa tidak berdaya dan tidak mampu meneruskan sesuatu tugasan. Jadi kita harus mencari jalan dan cara bagaimana kita bertindak balas terhadap perasaan dan ujian yang sedang melanda diri kita.

Kita boleh belajar dari keadaan tidak bermaya ini dan terus bergerak ke hadapan atau biarkan ia menyeret kita ke bawah. Terdapat ramai orang yang berjaya yang tidak akan pernah berjaya jika mereka terus menanggung perasaan tidak berdaya: Walt Disney dipecat dari Kansas City Star kerana dia "tidak mempunyai imaginasi dan tidak mempunyai idea yang baik," Oprah Winfrey dipecat dari pekerjaannya sebagai Pengacara Utama TV di Baltimore kerana "terlalu emosi secara berlebihan menceritakan kisahnya,"

Henry Ford gagal membina dua syarikat permotoran sebelum berjaya dengan Ford, dan Steven Spielberg ditolak oleh United States School of Cinematic Arts beberapa kali. Bayangkan apa yang akan berlaku jika mereka ini mempunyai ciri ketetapan pemikiran. Mereka akan tentunya kecewa kerana ditolak akan berputus asa atau harapan. Mereka yang mempunyai perkembangan minda tidak akan berasa kecewa kerana mereka tahu bahawa untuk berjaya, anda perlu bersedia untuk gagal dan kemudian bangkit kembali..

Orang yang berkuasa dan bersemangat akan meneruskan keghairahan mereka tanpa henti. Pastinya akan ada orang lain yang lebih berbakat secara semula jadi daripada anda, tetapi kekurangan bakat anda boleh diusahakan dengan kesungguhan semangat yang meluap.

Mereka yang bersemangat tinggi akan mendorong keunggulan mereka untuk mencapai kecemerlangan. Warren Buffet mengesyorkan bagaimana untuk mencari nilai keghairahan anda dengan menggunakan, teknik 5/25: Tuliskan 25 perkara yang anda fikir paling penting kepada anda. Kemudian, buangkan 20 bahagian bawah yang anda telah fikirkan. Baki 5 itu adalah keinginan sejati anda. Yang lain hanyalah merupakan gangguan atau halangan tidak bermakna.

Mereka yang memiliki perkembangan pemikiran juga seperti orang lain. Mereka juga tidak mampu mengatasi ketakutan mereka tapi mereka lebih gigih daripada yang lain; mereka tahu ketakutan dan kebimbangan melumpuhkan emosi dan cara terbaik untuk mengatasi kelumpuhan ini adalah untuk mengambil tindakan. Mereka berpemikiran berkembang seolah memiliki keupayaan kuasa; tahu bahawa bukan semua adalah  sempurna untuk diteruskan atau bergerak maju. Jadi kenapa tunggu? Mengambil tindakan atau bertindak positif akan mengubah semua kebimbangan dan kerisauan dari gagal.

Orang yang bersemangat dan berkuasa akan memberi segalanya, walaupun pada hari-hari yang paling buruk. Mereka sentiasa mendorong diri mereka untuk bergerak lebih jauh. Salah seorang anak murid Bruce Lee berlari tiga batu setiap hari bersamanya. Pada suatu hari, mereka hampir sampai ke jarak ‘tiga batu’, lalu Bruce Lee berkata, "Mari kita teruskan sehingga ke batu lima."

Muridnya sudah terlalu letih dan berkata, "Saya akan mati jika saya berlari lagi dua batu." Apa agaknya jawapan Bruce Lee? "Ha, matilah." Muridnya menjadi sangat marah sehingga dia menghabiskan larian lima batu penuh. Lelah dan marah, dia berhadapan dengan Bruce Lee mengenai komen beliau, dan Bruce Lee menjelaskan dengan: "Jika anda berhenti atau tidak meneruskan larian, anda mungkin dan tetap juga akan mati. Sekiranya anda sentiasa meletakkan batasan dengan apa yang anda boleh lakukan, secara fizikal atau apa saja, ia akan terus mempengaruhi kehidupan anda. Ia akan tersemai dalam kerja anda, ke dalam moral anda, ke dalam keupayaan anda. Tidak harus ada batasan. Terdapat dataran tinggi, tetapi anda tidak boleh tinggal di sana; anda mesti mengatasinya. Jika ia membunuh anda, ia pastinya membunuh anda. Seorang lelaki mesti sentiasa cuba melebihi tahapnya. "

Jika anda tidak menjadi lebih baik setiap hari, maka kemungkinan besar anda akan menjadi  lebih teruk dan adakah anda inginkan kehidupan seperti itu?

Mereka yang memiliki perkembangan pemikiran tahu bahawa mereka juga akan gagal dari semasa ke semasa, tetapi mereka tidak pernah membiarkannya menghalangnya dari terus mengharapkan dan mendapatkan hasil. Mengharapkan hasil membuat anda bermotivasi dan memberi makna kepada kitaran penguasaan. Lagipun, jika anda fikir anda akan berjaya, maka seharusnya ia tidak menjadi gangguan atau halangan.

Semua orang akan menghadapi kesukaran yang tidak dijangka. Orang yang mempunyai minda yang berorientasikan perkembangan dan berorientasikan pertumbuhan merangkul kesukaran sebagai satu cara untuk memperbaiki, berbanding dengan sesuatu yang menghalang mereka. Apabila keadaan yang tidak diingini mencabar seseorang yang bersemangat, mereka akan terus mencuba dan berusaha sehingga mereka mendapat keputusan.

Jangan banyak merungut jika sesuatu perkara tidak berjalan seperti yang diharapkan. Mengadu dan merungut adalah tanda jelas dari ketetapan pemikiran. Perkembangan pemikiran akan membolehkan penerokaan peluang, jadi tidak ada ruang bagi rungutan.

Dengan menjejaki cara anda bertindak balas kepada perkara-perkara kecil, anda boleh bekerja setiap hari untuk menjaga diri anda berdasarkan carta kanan di atas.



Azizi Ahmad. (2018, 1 Julai). Penentu Kejayaan : Sikap Lebih Penting Daripada Darjah Kepintaran. Majalah Pendidik Rencana Bil 125 Julai 2018

Posts from This Journal by “sikap” Tag

Latest Month

July 2018
S M T W T F S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031    

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow