?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Ayuh membentuk mental yang kuat

Semasa bekas President Barrack Obama melawat Malaysia, beliau telah menjemput Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Najib Tun Razak untuk bersama menaiki kenderaan rasmi Presiden Amerika iaitu ‘The Beast’.

‘Beast’ juga merupakan satu program proses pemilihan yang sangat ketat bagi mereka yang ingin memasuki Akademik Kententeraan West Point, Amerika Syarikat. Telah dicatatkan bahawa satu dari setiap lima pelajar akan berhenti menjalani latihan atau tidak dapat meneruskan program sehingga hari tamat latihan.






Sebilangan besar pelatih akan meninggalkan program sebelum berakhir musim panas tahun pertama. Program’Beast’ melibatkan latihan lasak fizikal, mental dan sosial yang ekstrim atau berat yang dirancang untuk menguji ketekunan dan ketahanan para calon.

Angela Duckworth , Pakar Psikologi dari Universiti Pennsylvania telah menjalankan kajian dan  berusaha untuk mengenalpasti ciri kadet yang manakah yang akan berjaya menamatkan program Beast.

Beliau mendapati bahawa sesi temuduga bakat dan ujian kecedersaan (IQ) yang ketat dan sukar untuk memasuki Akademi Kententeraan West Point bukanlah faktor penentu.

Angela kemudiannya membangunkan ujiannya sendiri untuk menentukan kadet mana yang mempunyai kekuatan mental untuk berjaya memasuki program ‘Beast’. Dia menamakan ujian beliau sebagai "Skala Grit” (Grit Scale) dan ia merupakan instrument peramal kadet yang sangat tepat.

Skala Grit mengukur kekuatan mental, yang merupakan gabungan unik semangat, kegigihan, dan stamina yang membolehkan anda mengekalkan matlamat anda sehingga menjadi kenyataan.

Untuk meningkatkan kekuatan mental, anda hanya perlu mengubah pandangan anda. Apabila  dilanda keadaan yang sukar, mereka yang mempunyai kekuatan mental juga menderita seperti orang lain.

Perbezaannya adalah mereka yang memiliki kekuatan mental yang tinggi memahami dan mengetahui  bahawa detik-detik yang mencabar kehidupan menawarkan pelajaran dan pengalaman yang sangat berharga. Hasil dari pengalaman dan pelajaran yang sukar yang dilalui akan membina kekuatan yang anda perlukan untuk berjaya.

Membangunkan kekuatan mental adalah semua tentang melakukan perkara-perkara yang tidak ada orang lain yang sanggup lakukan. Anda haruskan melakukan perkara-perkara yang tidak ada orang lain sanggup lakukan secara berterusan berikut secara berterusan, kerana ini adalah tabiat yang perlu ada pada mereka yang mempunyai dan memliki kekuatan mental yang tinggi.

Anda perlu terus berjuang walaupun anda merasakan akan tewas atau kalah. Seorang wartawan pernah bertanya kepada Muhammad Ali (bekas peninju legenda) berapa banyakkah dia melakukan senaman tekan-tubi setiap hari.

Dia menjawab, "Saya tidak mengira berapa banyak saya menjalankan senaman tekan-tubi, saya hanya mula mengira apabila ia mula menyakitkan; kerana ketika itulah ianya menjadi cabaran yang penting dan bermakna.

Begitu juga dengan proses kejayaan di tempat kerja. Anda sentiasa mempunyai dua pilihan apabila keadaan mula menjadi sukar: anda boleh mengatasi halangan dan berkembang dalam proses atau membiarkannya mengalahkan anda. Ini sudah menjadi lumrah manusia.

Jika anda mengalah apabila keadaan menjadi sukar, ia akan menjadi lebih mudah untuk juga mengalah pada masa akan datang. Sebaliknya, jika anda memaksa diri anda untuk meneruskan cabaran, kekuatan mula berkembang pada diri anda.

Kita juga tidak harus cepat berpuashati. Saintis dari Standford telah menjalankan satu ujian yang terkenal, di mana saintis tersebut telah meninggalkan seorang kanak-kanak dan ‘marshmallow’ di dalam sebuah bilik selama 15 minit. Sebelum pergi, saintis tersebut memberitahu anak itu bahawa dia boleh memakannya jika mahu, tetapi jika dia menunggu sehingga dia kembali tanpa memakan ‘marshmallow’ tersebut, dia akan mendapat ‘marshmallow’ kedua.

Kanak-kanak yang mampu dan dapat menunggu sehingga saintis itu kembali mengalami pengalaman yang lebih baik dalam kehidupan, termasuk skor ujian yang lebih tinggi, kejayaan kerjaya yang lebih besar, dan juga indeks jisim badan yang lebih rendah.

Maksudnya disini ialah menahan diri dari cepat berasa puas dan kesabaran adalah penting untuk berjaya. Orang yang mempunyai kekuatan mental tahu bahawa hasil keputusan hanya menjadi kenyataan apabila anda memberi dan menumpukan pada masa dan mengawal diri dari cepat berpuas hati.

Dalam satu kajian baru-baru ini di Kolej William dan Mary, penyelidik menemubual lebih 800 usahawan dan mendapati bahawa yang paling berjaya adalah mereka yang cenderung dan mempunyai dua perkara kritikal yang sama: mereka sukar untuk membayangkan kegagalan dan mereka cenderung tidak peduli apa yang orang lain fikirkan terhadap mereka.

Dengan kata lain, usahawan yang paling berjaya tidak memberi masa atau tenaga kepada tekanan. Mereka melihat kegagalan sebagai satu perkara yang kecil dan langkah yang diperlukan dalam proses mencapai matlamat. Anda perlu membuat kesilapan, kelihatan seperti orang bodoh, dan mencuba berterusan sehingga berjaya.

Emosi negatif  akan terus mencabar kekuatan mental anda. Anda perlu mengekalkan emosi yang positif. Adalah mustahil jika kita mengatakan emosi kita tidak terganggu, namun ia sebenarnya  berada di bawah kuasa kita sendiri untuk mengurusnya dengan berkesan dan kemampuan menjaga dan mengawal diri anda.

Apabila anda membiarkan emosi anda mengatasi keupayaan anda untuk berfikir dengan jelas, mudah untuk anda hilang tahap kewarasan. Suasana yang tidak baik boleh membuat anda menyerang atau menyimpang dari arah yang anda pilih, begitu juga jika perasaan dan gerak hati anda adalah baik memungkinkan anda menjadi terlalu terlalu yakin dan impulsif.

Kadang-kadang kita perlu melakukan perkara-perkara yang tidak kita mahu lakukan kerana kita tahu bahawa ia adalah yang terbaik dalam jangka masa panjang: menentang seseorang secara profesional, berhadapan dengan mereka yang ‘sombong, angkuh dan bongkak’, memberi ruang masa dan tenaga untuk menjayakan sesuatu kerja yang kita mahu lakukan, atau menidakkan arahan yang berupa ‘kera sumbang’ dan menyediakan alternatif pada permasalahan.

Memang sangat mudah untuk membiarkan cabaran yang menjulang melumpuhkan anda, tetapi orang yang paling berjaya tahu bahawa pada saat-saat ini, perkara terbaik yang boleh mereka lakukan adalah untuk memulakan dengan segera.

Setiap masa yang dihabiskan untuk mengagalkan sesesuatu tugasan itu akan mengurangkan masa dan tenaga daripada membuatnya berjaya. Orang yang belajar untuk membiasakan diri  membuat dan melakukan perkara yang sukar adalah seperti seekor helang dalam kelompok merpati. Anda perlu membuat dan melakukan sesuatu yang anda takut laksanakan.

Terdapat garis pemisah antara mempercayai kebolehan dan keupayaan anda dan menjadi impulsif. Mempercayai kebolehan dan keupayaan anda adalah  untuk melihat keputusan hasilan dari setiap sudut yang mungkin, dan apabila fakta tidak menunjukkan alternatif yang jelas, anda harus percaya akan keupayaan anda untuk membuat keputusan yang tepat; anda harus laksanakan dengan apa yang kelihatan dan terasa betul. Yakinlah dengan kebolehan dan keupayaan anda.

Mudah untuk menetapkan hala tuju dan percaya kepada diri sendiri apabila anda mempunyai sokongan, tetapi ujian kekuatan yang sebenar adalah kemampuan anda mempertahankan keputusan apabila tiada siapa yang percaya pada apa yang anda lakukan.

Orang yang mempunyai kekuatan mental percaya kepada diri mereka sendiri dan tidak peduli tentang apa pun yang menjadi penghalang, dan mereka tetap bertegas sehingga mereka mampu memenangi hati dan minda orang lain ke cara pemikiran mereka. Anda perlu memimpin walaupun tidak ada orang lain yang sudi atau pun anda harus memulakannya dahulu.

Anda harus memberi tumpuan kepada butiran kecil walaupun ia membuat fikiran anda buntu. Tidak ada yang menguji kekuatan mental anda apabila anda perlu memikir sedalam dan sehalusnya terhadap perkara remeh, terutamanya apabila anda keletihan. Mereka yang memiliki dan mempunyai kekuatan mental pantang dicabar, lebih banyak mereka diusik dan lebih banyak mereka mengalu-alukan cabaran itu. Bagi mereka angka dan butiran adalah permainan dalam kocek mereka.

Apabila ada orang melayan anda dengan buruk, anda tentu teruja untuk berada ditahap mereka dan juga mengembalikan ‘buah keras’. Bagi mereka yang mempunyai kekuatan mental, biasanya tidak akan membenarkan orang lain ‘memijak, menghina dan menindas’ mereka, tetapi itu tidak bermakna mereka bersikap kurang ajar kepada mereka.

Sebaliknya, mereka akan bertindak terhadap mereka yang kurang sopan dan kejam dengan kebaikan yang sama seperti yang mereka berikan kepada orang lain, kerana mereka tidak mengizinkan sikap negatif pelaku kejam dan biadap untuk menjatuhkan mereka dengan mudahnya. Anda harus berbuat baik kepada orang yang kurang sopan kepada anda. Anda harus menentang kebiadaban dengan ketenangan.

Anda harus bertanggungjawab terhadap tindakan anda, tidak kira dalam keadaan mana pun. Orang ramai lebih cenderung untuk mengingati bagaimana anda menyelesaikan dan menghadapi masalah daripada mengingati bagaimana anda memulakannya. Dengan membuat diri anda bertanggungjawab, walaupun membuat alasan adalah pilihan, anda menunjukkan bahawa anda lebih mementingkan dan mempedulikan hasil lebih daripada imej atau ego anda.

Memiliki kekuatan mental adalah sesuatu yang jarang ada pada kita namun ianya adalah sangat penting. Walaupun sukar mempunyai ciri dan tabiat ini namun kita boleh berusaha memilikinya dengan memberi tumpuan dan usaha berterusan.

Azizi Ahmad. (2018, July 1). Ayuh membentuk mental yang kuat Dewan Siswa Julai 2018. Dewan Bahasa dan Pustaka

Tags:

Posts from This Journal by “mental” Tag

  • Jumpa siapa jika sakit mental?

    Isu kesihatan mental maupun kecelaruan mental kini dikatakan semakin serius di negara Malaysia kita. Kesihatan mental yang kerap melanda pesakit…

  • Taking care of mental health

    Students at my place are now at home after finishing their final semester papers. With the on-going fasting month, many will of course be happy to…

  • Kesihatan mental, majikan perlu prihatin

    KESIHATAN mental terjejas akibat burnout atau keletihan emosi kerana stress sering kali berlaku di tempat kerja. TEKANAN hidup…

Latest Month

November 2018
S M T W T F S
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930 

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow