?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Semenjak Menteri Pendidikan yang baru mengambil jawatan, hampir pengkritik seolah-olah meletakkan kenyataan memuliakan sistem pendidikan kita.

Namun masih terdapat kenyaatan media yang bercanggah terutama dari kumpulan kerajaan lama mengenai sistem pendidikan Malaysia; ada yang mengatakan yang baik, ada yang mengatakan perlunya 'rombakan', tetapi apa yang sebenar dikatakan sebagai sistem pendidikan yang berjaya.


Bagi pendapat saya, kita perlu melihat kurikulum kita dari pra-sekolah ke universiti. Pandangan yang berbeza datang dari berbagai pemikiran yang berbeza.

Pada asasnya, murid harus diajar "pengetahuan teras", tetapi siapa yang boleh menentukan 'pengetahuan teras'. Bolehkah ia menjadi fakta dan angka, kemampuan menghafal sifir matematik, atau pengetahuan umum?

Hong Kong menekankan ketekunan dan pihak sekolah akan dikecam jika sekolah tidak menyediakan kerja rumah yang mencukupi dan ibubapa akan menghantar anak mereka ke pusat tuisyen swasta jika mereka tidak berpuashati dengan pihak sekolah.

Menyebut akan kurikulum, kita pastinya bermaksud subjek ujian utama yang merupakan matapelajaran akademik. Di mana-mana persekolahan, buku adalah untuk dibaca dan skima kerja guru adalah panduan kerja guru.

Subjek seni dan sains adalah untuk kanak-kanak. Peperiksaan dan penilaian akan menjadi kayu ukur prestasi anda; kanak-kanak perlu berusaha di bawah tekanan dan ke arah peperiksaan.

Gaya pengajaran yang tradisional diterapkan tetapi pembelajaran tidak membosankan walaupun  tanpa pemahaman, ia merupakan hafalan dalam pemahaman.

Pedagogi adalah gabungan kekuatan dan struktur akademik. Terdapat teori pembelajaran di terapkan dengan penuh bergaya.

Idea bahawa kanak-kanak boleh belajar melalui perbincangan tidak selalu benar. Terdapat beberapa langkah ke arah pembelajaran berasaskan aktiviti tetapi kejayaan adalah terhad.

Ramai yang berhasrat untuk mencontohi ‘gaya kebajikan’ Finland. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa ibu bapa Finland membayar cukai yang tinggi untuk pembelajaran anak-anak mereka  dan pihak kerajaan akan cuba menyokong sebaik mungkin setiap keluarga.

Pendekatan holistik memberi penekanan untuk menyokong setiap individu, setiap anak tanpa mengira latar belakang ekonomi atau sosial mereka, penjagaan kesihatan dan penjagaan sosial.

Prinsip asas kebersamaan, berlangsung dengan baik untuk sistem pendidikan mereka.

Finland dikatakan mempunyai guru yang berkelayakan tinggi. Profesion pengajaran sangat dihargai dan dihormati. Program ini sangat kompetitif dan ramai pelajar tidak mendapat tempat untuk menjadi pendidik.

Pelajar pendidikan mereka bermotivasi tinggi, program latihan guru mereka mengambil masa lima tahun dan ada yang diteruskan sehingga keperingkat Sarjana. Walaupun anda mengajar di sekolah rendah, anda perlu memiliki kelayakan Sarjana. Ini tidak sama di rantau kita.

Kelas adalah ruang yang sangat interaktif di mana murid dapat dan boleh mencabar guru. Gaya tradisional yang disampaikan guru tidak begitu tipikal di Finland.

Guru di Finland diberi banyak kebebasan dan tanggungjawab untuk menyesuaikan pembelajaran mengikut keperluan setiap kanak-kanak.

Mereka bukan hanya dibayar untuk bercakap atau mengajar mengikut skrip.

Terdapat mata pelajaran teras seperti literasi, numerasi dan sains tetapi pendidik akan mencuba  untuk mencapai keseimbangan dalam kurikulum.

Hari sekolah adalah campuran subjek teras dan juga seni, pendidikan jasmani, kerja kayu dan pendidikan keusahawanan (di peringkat menengah).

Kemahiran pembelajaran abad ke-21, seperti kolaborasi dan kerjasama, interaksi sosial, penyelesaian masalah dan pembelajaran sepanjang hayat, diintegrasikan.

Terdapat elemen model Finland yang boleh dilaksanakan di tempat lain, seperti penekanan kepada guru berkualiti tinggi.

Persekitaran mengajar juga penting. Dalam suasana santai dan pendidikan yang menyokong kanak-kanak, pendidik diberikan kuasa autonomi dan akauntabiliti dalam dan untuk pembelajaran.

Satu lagi pendidikan komparatif untuk kejayaan dikatakan berlaku di Korea Selatan.

Ujian dan peperiksaan memang sudah tertanam dalam budaya mereka. Kurikulum yang berkesan, mengukur apa yang perlu diukur.

Subjek utama seperti bahasa, matematik dan sains ditambah Bahasa Inggeris telah menjadi elemen penting dalam pergerakan atau mobiliti sosial.

Kejayaan Korea Selatan dalam PISA mungkin mencerminkan pertindihan yang kuat antara peperiksaan dan kurikulum; mereka memberi tumpuan sepenuhnya terhadap peperiksaan, serta kerja keras oleh murid-murid dan sokongan dan tekanan yang kuat dari ibu bapa untuk berjaya.

Sama ada anda masuk ke sekolah atau universiti yang baik bergantung sepenuhnya kepada keputusan peperiksaan. Masa depan, status dan pergerakan sosial kanak-kanak adalah sangat berkaitrapat  dengan keputusan peperiksaan.

Terdapat kepercayaan bahawa setiap orang mempunyai kebolehan yang berbeza tetapi semua orang boleh menyampai kejayaan, ia mungkin mengambil masa yang lebih lama.

Pendidikan telah dimanfaatkan dengan kuat untuk pembinaan negara dan menanamkan rasa identiti kebangsaan yang kuat.

Persekolahan boleh menjadi tekanan untuk kanak-kanak. Kajiselidik cenderung mencadangkan bahawa kanak-kanak tidak suka pergi ke sekolah,  mereka sering rasa tertekan, tidak gembira atau bosan.

Sekolah dilihat sebagai proses untuk mendapatkan kertas persijilan. Banyak persoalan dikemukakan sama ada sesuatu sistem pendidikan itu akan menghasilkan insan yang dihasilkan mengikut keperluan ekonomi dan masyarakat.

Sistem ini menggalakkan kerja keras dan ketekunan tetapi kebimbangan adalah bahawa ia terlalu memberi tekanan, tidak menggalakkan kreativiti dan keupayaan untuk menjadi kritikal. Jadi apa yang sebenarnya kita mahukan dari sistem pendidikan kita?

Azizi Ahmad. (Julai, 2018) Terapkan pendekatan holistik perkasakan pendidikan negara. Berita Harian Surat Pembaca. Berita Harian. Ms 75 BH Online New Straits Times Press (M) Berhad.

Recent Posts from This Journal

Latest Month

December 2018
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow