?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Cadangan untuk pentadbir sekolah

Dasar dan falsafah pendidikan harapan dari Menteri Pendidikan Malaysia yang baru adalah untuk menanamkan nilai kebahagiaan, kasih sayang dan saling menghormati dalam  sektor pendidikan. Usaha ini sedang dipergiatkan dan rangka-kerja pelaksanaan akan bermula tidak lama lagi.  (3 Jun 2018).

Kami ahli PIBG SMK Segambut telah menerima mesej teks melalui SMS (berbayar yang dikutip dari ibubapa) untuk hadir ke Hari Terbuka SMK Segambut pada 19 Julai 2018 mulai 10.30am-1.00pm. Kehadiran kami adalah untuk menyokong usaha sekolah dan PIBG dengan “untuk kecemerlangan akademik anak-anak kami.”



Dalam beberapa mesyuarat PIBG, para ibubapa dimaklumkan untuk menyumbang kearah kecemerlangan, membantu dari sudut idea pemikiran,wang ringgit dan sebagainya; dan tentu sekali ‘tuan/puan dipersilakan dan dijemput datang dan hadir kesekolah pada bila-bila masa; kunjungan tetuan amatlah dihargai dan disanjungi’.

Kenyataan dari pihak pentadbir SMK tersebut hanya manis mulut dibibir sahaja. Pada hari tersebut, kami hadir kesekolah untuk tujuan bertemu guru kelas dan mengambil laporan pencapaian anak masing-masing sambil membawa beberapa cadangan dan usul untuk pihak sekolah.

Namun pada hari tersebut, Pengetua sekolah tidak ada kerana menghadiri mesyuarat di luar. Yang ada hanyalah 2 orang Penolong Kanan (HEM dan Pentadbiran), seorang lagi Penolong Kanan Kokurikulum baru sahaja melaporkan diri bertugas.

Selepas berbincang dengan YDP PIBG dan beberapa AJK PIBG, salah seorang wakil kami telah memohon berjumpa dengan salah seorang Penolong Kanan untuk meyampai beberapa cadangan penambahbaikan untuk sekolah. Diantaranya adalah:

  1. Guru kelas hendaklah guru yang juga mengajar salah matapelajaran dalam kelas tersebut, ini adalah untuk memastikan guru kelas sekurang-kurangnya tahu dan peka dengan pengajaran dan pembelajaran serta hal ehwal murid;

  2. Memberi peluang pelajar atau murid menyertai beberapa pertandingan sukan dan permainan yang sedang berjalan disekitar Kuala Lumpur;

  3. Mendapatkan maklumat caruman sumbangan di Koperasi sekolah samada ‘dividen’ dibayar kepada ahli (yang juga merupakan murid dan bekas murid);

  4. Menyemak keberkesanan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) di https://wea0243.1bestarinet.net

Seharusnya, dalam kesibukan dan kemeriahan panggilan perjumpaan tersebut, sebagai salah seorang wakil dari ibubapa merasa adalah sesuatu yang tidak professional telah dipertunjukkan oleh salah seorang Penolong Kanan SMK Segambut. Beliau bukan sahaja tidak bersikap sebagai seorang guru yang berkelayakan, berpengalaman serta berilmu tetapi tidak menunjukkan nilai saling menghormati yang dituntut dalam FPN dan FPG sendiri.

Mungkin PK tersebut seorang yang bersih, cekap dan amanah serta hebat kerana bukan sahaja mampu ingat apa yang cuba disampaikan tetapi dalam keadaan tergesa-gesa mengulangi ‘saya sibuk dan sedang melayani ibubapa’ yang hadir diluar.

Persoalannya , siapakah ‘wakil kami’ itu, bukankah beliau merupakan salah seorang dari ibubapa yang hadir untuk tujuan pertemuan dan perbincangan bersama. Tuan YDP PIBG juga telah dimaklumkan mengenai perkara ini.

Kami ahli PIBG SMK Segambut merasakan hasrat untuk menterjemahkan ‘budaya harapan iaitu menanamkan nilai kebahagiaan, kasih sayang dan saling menghormati’ ini tidak akan tercapai dan kesampaian berasaskan apa yang berlaku baru-baru ini.

Sudilah kiranya pihak pentadbir SMK Segambut dan PIBG menerima kunjungan dan bersedia mendengar serta mempertimbangkan ‘pandangan atau cadangan’ dari kami ibubapa kepada anak-anak kami yang bersekolah di situ atau lebih baik tidak perlulah lagi kami ‘dipanggil’ untuk menghadirkan diri untuk pertemuan seperti ini.

‘Moga warga cemerlang, Negara gemilang’

Wakil PIBG Rawther

Azizi Ahmad Sinar Harian Interaktif 20 Julai 2018

Tags:

Posts from This Journal by “pibg” Tag

  • Sekolah tidak semai kasih sayang

    Dasar dan falsafah pendidikan harapan dari Menteri Pendidikan Malaysia yang baru adalah untuk menanamkan nilai kebahagiaan, kasih sayang dan…

  • Tujuan mesyuarat PIBG

    Tulisan Merrepak bagi tajuk ‘Saya tidak hadir mesyuarat PIBG kerana ….’ pada Januari 14, 2018 memang telah lama diperbincangkan.…

  • Digital technology in our classroom

    The ‘digital classroom’ is now the talk of our education system but schools with PAK-21 classes were funded with the cooperation of the…

Latest Month

August 2018
S M T W T F S
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow