?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Jangan tinggalkan kami di IPG

Tajuk penulisan berjudul “‘Gembirakan pensyarah, staf universiti, VC... terima kasih Dr. Maszlee’ oleh Tetuan Zulkifli Jalil bertarikh 24 Julai 2018 adalah dirujuk.


Diantara perkara yang di tulis memang telah lama disuarakan termasuklah pensyarah yang kena gam dan dihukum secara halus kerana perasaan hasad dengki dan termasuklah golongan ‘yes man’ yang hipokrasi  mereka ternyata.



Penulisan amnya berkisar mengenai pensyarah di universiti tetapi tidak termasuk mereka yang berstatus akademik di tempat lain.


Mungkin bagi yang mengikuti media arus perdana akan berusaha untuk menyuarakan pendapat dan pandangan namun yang ternyata adalah mereka hanya mampu bersuara di kantin dan di ruang tempat kerja.


Paling tidak, ramai yang membiarkan sahaja dan mendendam rasa sehingga tamat tempoh perkhidmatan kerana sudah sedia maklum bahawa tiada perubahan yang akan berlaku.


Saya juga sering mendengar di sekitar tempat kerja saya mengenai status kami sebagai kakitangan akademik yang bergelar ‘pensyarah’ di IPG.


Penulisan saya berjudul ‘
Guru, Pensyarah & Pendidik – Sama Tapi Tak Serupa’ juga pernah di siarkan di sebuah majalah pendidikan tetapi tidak mendapat perhatian pihak tertentu.


Mengembalikan ‘kegembiraan’ mungkin perkara utama yang di nyatakan; saling menyayangi dan hormat menghormati tidak harus dilupakan berdasarkan hasrat Menteri Pendidikan Malaysia yang baru.


Kami juga ingin merasakan kegembiraan atau kebahagiaan, sayang menyayang dan di hormati seperti rakan pensyarah kami di universiti atau IPT yang lain. Namun apakah sebenarnya yang ramai rakan saya tidak suarakan mungkin dapat di lihat disenarai berikut;


Kembalikan masa bertugas kami di IPG seperti mana rakan kami di sekolah. Sudah hampir lebih 10 tahun kami terpaksa bertugas bermula dari 8.00am hingga 5.00pm (tidak termasuk waktu anjal).


Walhal, kami berstatus  DG (Darjat Guru), sama dengan rakan guru di sekolah yang juga bergred DG . Kami bukan berstatus atau bergred DS, DM atau DH seperti rakan kami yang lain;


Seperti rakan guru kami disekolah, kami juga mengikuti sistem persekolahan yang sama, di mana kami juga bercuti mengikut rakan kami di sekolah tetapi dalam beberapa hal yang diarahkan tidak ada bezanya apa yang dilakukan disekolah adalah sama yang kami lakukan;


Dalam bidang tugas, tidak ada bezanya kami dengan guru sekolah; menjadi AJK Akademik dan juga AJK Ko-Kurikulum yang termasuklah program Mentor-Mentee, Penasihat Sukan, Penasihat Persatuan dan Unit Uniform dan sebagainya dengan tambahan ISO, MQA, EKSA dan program perkeranian yang lain.


Kami juga berwajah sekolah dan berhadapan karenah birokrasi mereka yang dilantik menjadi Ketua Jabatan/Ketua Unit/ Penyelaras.


Kerapkali suasana memperkecilkan usaha dan tugasan yang telah dilaksanakan atau sering digagalkan usaha oleh mereka yang berjawatan atau diberi kedudukan.


Para pensyarah di IPG juga diarah untuk menjalankan kajian dan penyelidikan tetapi kewajaran yang dituntut dalam penilaian keberhasilan atau prestasi kerja tidak mencerminkan apa yang dihasratkan.


Apabila ditanya mengenai surat arahan ataupun pekeliling yang diguna pakai pihak pentadbir tidak pula memberi atau menunjukkan dokumen-dokumen yang dimaksudkan.


Seperti ditempat kerja lain didalam perkhidmatan awam, sesiapa yang ‘berbunyi’ atau ‘mempromosikan’ ketidakpuasan maka tersenarailah mereka dalam ‘senarai hitam’ dan pastinya peluang kenaikan pangkat akan terjejas.

Para pendidik di IPG juga mahu gembira, ingin turut disayangi dan dihormati dan tidak diketepikan.



Azizi Ahmad Utusan Malaysia Rencana Forum 28 Julai 2018

Posts from This Journal by “ipg” Tag

  • Building strong relationships

    I refer to the writing on 'Connecting is an art' (StarEducate, June 10). I must agree with Michael S. Anthony on 'To take another…

  • Kementerian nafi tutup IPG

    PASIR PUTEH 6 Jan. - Kementerian Pendidikan menafikan dakwaan sebahagian daripada 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara akan…

  • Transformasi IPG 2016-2025

    Transformasi IPG 2016-2025 Ke arah menjadi institusi pendidikan tinggi guru terunggul | 12 Disember 2016 1:57AM PUTRAJAYA 11 Dis. - Visi…

Latest Month

August 2018
S M T W T F S
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow