?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Apabila pelajar mengadu bahawa 'pensyarah' tidak pandai atau tidak tahu mengajar, mereka yang ‘tong kosong’ akan memberi tindak balas, 'tentu saja, pensyarah hanya bersyarah, guru yang mengajar'.

Bagaimana pula  jika seseorang pemegang ijazah 'kedoktoran atau PhD' dikatakan tidak kompeten mengajar? Namun mengapa mereka bangga mahu di panggil ‘pensyarah atau Dr. ?



Seorang pemegang ijazah kedoktoran  (D.Ed) adalah pemegang ijazah kedoktoran dan dianggap sarjana dan pakar dalam bidang pengajian mereka.

Seorang pemegang ijazahPhD adalah  merupakan pemegang ijazah Doktor Falsafah, dikelaskan di bawah ijazah akademik.

Walau bagaimanapun, penerima ijazah PhD lebih prihatin dengan menjalankan penyelidikan dan mempunyai set kemahiran yang diperlukan untuk melakukannya.

Oleh itu, persoalannya ialah 'adakah mereka pandai dan kompeten mengajar' dan mempunyai kemahiran pedagogi dan / atau androgogi?

Pedagogi / androgogi adalah seni dan sains pengajaran. Pengajaran bukanlah perkara yang boleh anda lakukan atau tidak boleh lakukan.

Anda mungkin baik dalam kelas atau subjek tertentu dan mungkin tidak begitu baik dengan orang kelas lain.

Pengajar berhadapan dengan pelbagai jenis pelajar di setiap kelas atau yang mempunyai ‘kebolehan pelbagai’.

Mereka yang mengajar kelas pelajar dewasa biasanya akan mengajar lebih mudah daripada mengajr mereka yang berusia 18-19 tahun, kerana pelajar yang lebih matang biasanya mahu dan menghargai pendidikan.

Pelajar turut mempunyai citarasa dan keperluan pembelajaran mereka sendiri; mereka tidak mahu dibimbing seperti atau  sebagai anak kecil atau ‘budak sekolah’.

Ramai yang tidak menyukai cara penyampaian keperluan pendidikan umum dan sesi kelas mungkin tidak berfungsi dengan baik.

Pengajar atau pendidik yang kompeten, berpengalaman dan terlatih akan mengajar mata pelajaran mereka dengan mudah.

Mempunyai pelajar yang sentiasa bersedia, mengambil bahagian, dan bertanya soalan yang baik akan menjadikan sesi kuliah tampak hebat; tetapi tidak semua orang mendapat momen sebegitu.

Ada juga keadaan dimana kurikulum adalah dalam Bahasa Melayu tetapi institusi mahukannya  dalam bahasa Inggeris (sesuai untuk program khusus).

Para pengajar perlu menyampaikan pengajaran  dalam bahasa Inggeris walaupun dwibahasa adalah tidak menjadi halangan.

Pelajar boleh menjadi sukar, kerana kebanyakan daripada mereka adalah 'yang terpilih' dan pelajar hebat boleh menjadi sangat bermasalah.

Mereka sering berfikir ia adalah hak mereka untuk tidak berpuas hati dengan apa yang disampaikan oleh pengajar, kerana bagi mereka itu adalah ciri intelektual yang sebenar.

Mereka berfikir bahawa status ‘hebat’ mereka bermakna mereka harus diberikan perkara  yang terbaik; dan ini adalah benar.

Seorang pendidik yang baik dan kompeten adalah seseorang yang mengetahui keadaan ini dengan baik dan tahu cara untuk mengatasinya apa lagi jika anda mempunyai gelaran 'doktor' dan datang dari latar belakang psikologi dan kaunseling

Pengajaran menjadi sukar seiring usia guru, yang juga mengubah dinamik pengajaran.

Sebagai contoh, saya cuba membincangkan dengan pelajar saya tentang apa yang mereka pelajari mengenai pendidikan pra-kemerdekaan dan apakah kesannya terhadap sistem pendidikan Malaysia.

Apa yang saya terima dari mereka adalah seperti seorang datuk yang memberitahu cucu-cucu saya mengenai cerita 'pendekar bujang lapuk'.

Sesetengah dari mereka tidak menyukai sejarah, tetapi seseorang perlu memberitahu mereka, kerana ianya tidak berlaku di sekolah rendah.

Situasi ini mengingatkan saya betapa berbezanya pengalaman guru dari pelajar dan ini mungkin tidak boleh jelaskan sepenuhnya.

Apabila hal kurikulum dibincangkan, ia telah menjadikan sesuatu yang perlu perhatian sepenuhnya bagi pendidik dan pelajar sendiri.

Sebagai contoh, dalam matapelajaran Perkembangan Kanak-Kanak dan Psikologi. Soalan seperti "Pernahkah anda merasa dikecewakan oleh ibu bapa anda?"

Ia boleh menjadi risiko, dengan harapan mereka mampu melihat hubungan dengan apa yang sepatutnya mereka baca dan tahu.

Pelajar boleh bercakap selama dua puluh minit atau tidak berkata apa-apa dan boleh mengelak dari melihat anda.

Pembolehubah di sini bukan guru, tetapi apa yang guru boleh mengurus pembolehubah itu dengan baik.

Apabila kita memahami semua ini, kita tidak boleh membuat anggapan tentang mengapa sesetengah pendidik dan 'pemegang ijazah' tidak boleh mengajar dengan sewajarnya.

Saya fikir, sesiapa pun boleh mengajar tetapi tidak semua orang boleh mendidik. Ia mungkin tidak mampu memuaskan semua orang tetapi pengajaran dan pembelajaran  mesti diteruskan.

Azizi Ahmad Berita Harian Surat Pembaca 7 Ogos 2018

Posts from This Journal by “pedagogi” Tag

Latest Month

December 2018
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow