?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Dalam senario dunia yang tidak menentu, kadar turun naik yang perlahan, suasana kerumitan terpancar, namun kita harus terpaksa terus cuba memperbaiki keadaan agar menjadi lebih baik.

Dalam dunia di mana proses pembelajaran mempunyai jangka hayat yang panjang, terdapat diantara kita yang sering dikatakan tahu segalanya; di mana yang paling lama adalah yang paling berpengetahuan, ia juga adalah tentang melakukan lebih banyak perkara yang sama dan tentunya lebih cekap menghadapi cabaran. Inilah dunia yang kita perlu uruskan bersama.

Dalam konteks ini Petunjuk Prestasi Utama (atau Key Performance Index) adalah memang benar membantu kerana kita boleh mengarahkan, mengesan halatuju, membuat peningkatan tambahan dan meningkatkan prestasi.

Anda boleh mengabaikan mereka yang 'hanya melakukannya' dari mereka yang 'berfikir dan melakukannya'. Anda hanya mahu mereka beroperasi dengan lebih cekap. Dan ini mudah untuk kita kerana inilah apa yang kita dididik untuk ... meramalkan dan menstabilkan keadaan.

Namun, jika kita sama-sama berfikir tentang perkara ini, keadaan sekarang bukan lagi seperti yang kita nampak. Kita sekarang bergerak dalam dunia yang begitu pantas, dimana perubahan pergerakan halaju adalah sangat menakjubkan.

Dalam pergerakkan dunia yang begitu pantas, kebolehsuaian adalah amat penting, pergantungan terhadap pencapaian statik Petunjuk Prestasi Utama memaparkan keadaan yang tidak benar, terutama mengenai hubungan kerjasama, kreativiti, responsif dan kebolehsuaian.

Realitinya banyak organisasi yang menjadi terlebih mengurus dan tidak terkawal, yang membawa kepada prestasi yang lemah.

Malangnya dalam era Zaman Digital hari ini, kita melihat pemimpin meletakkan dan menjalankan kepimpinan aliran  ‘dari atas ke bawah’ bagi mengukuh kedudukan hierarki mereka.

Barisan kepimpinan meletakkan diri mereka sebagai pakar teknikal, menguasai sebahagian daripada jabatan dan menyumbang melalui pengalaman dan kepakaran bidang khusus mereka.

Barisan kepemimpinan memperoleh kuasa melalui kedudukan hierarki, secara lantikan yang berasaskan kronisme dan menonjolkan peranan mereka dalam kumpulan itu.

Mereka mengayakan pengurusan yang dibangunkan selama bertahun-tahun untuk memenuhi peranan dan bagaimana ia mesti sentiasa dilakukan.

Mereka melindungi dan mengawal ‘kawasan’ mereka, menguasai peranan politik pejabat dan memperjuangkan sesuatu yang baik dari perspektif yang terhad ... iaitu mereka menghadiri mesyuarat yang mereka sendiri rancang, menetapkan sasaran yang mereka tahu mereka boleh capai dan membuat keputusan berdasarkan Prestasi Petunjuk Utama  mereka  sendiri.

Mereka mengurus dengan cara mereka sendiri, mengelakkan risiko, mempunyai "misi, visi, nilai dan objektif" yang jelas dan stabil. Mereka menyusun dan mengatur perancangan sendiri dan menghasilkan kad pelaporan yang baik dengan ratusan Petunjuk Prestasi Utama ciptaan mereka sendiri.

Mereka akan memastikan mereka mengawal situasi dan akan memantau orang lain dengan sistem penilaian ciptaan mereka  untuk memastikan kita melakukan apa yang mereka mahu mereka lakukan. Mereka akan menjalankan mesyuarat pengurusan yang membosankan, yang pada kenyataannya adalah merupakan puluhan atau ratusan mesyuarat bersama yang tidak memberikan nilai atau hasil yang positif.

Persoalannya, adakah perlu kita berbuat demikian dalam era Zaman Digital hari ini?

Dalam dunia turun naik, ketidakpastian, kerumitan tinggi dan kekaburan yang berubah dengan cepat dan berkekalan, anda memerlukan ‘pasukan’ untuk berfikir.

Di dunia di mana pembelajaran mempunyai jangka hayat yang pendek, di mana tiada siapa yang boleh mengaku beliau tahu segalanya, di mana nilai inovasi dan perbezaan adalah tumpuan utama, anda tidak boleh bergantung untuk mengurus sahaja. Anda perlu berfikir, mengurus dan memimpin.

Kita adalah sebahagian daripada rangkaian di mana kekananan (seniority) adalah tidak berkaitan dengan pengaruh yang anda miliki. Anda menyumbang dengan mempengaruhi, membujuk dan berunding bersama dengan tetapan kumpulan. Anda tidak boleh berjaya tanpa kerjasama dengan kumpulan lain di dalam dan di luar organisasi anda. Anda adalah sebahagian daripada pasukan maya yang lebih besar di mana anda tidak mempunyai kawalan hierarki, anda perlu membangunkan beberapa gaya kepimpinan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berbeza dan tidak stabil.

Kita perlu mencapai keputusan dengan segera DAN membina kelestarian untuk masa depan. Anda perlu berani, mengambil risiko yang telah anggarkan, merebut peluang, mempunyai strategi yang berkembang yang mengilhami tindakan ke arah yang betul. Anda perlu memimpin dari depan bukan dari bahagian atas. Anda perlu selesa dengan memimpin tanpa mengetahui jawapannya.

Anda perlu memudahkan perkara, melakukan perubahan dengan cepat, mengetuai projek utama, mengenal pasti, melibatkan dan menguruskan pihak berkepentingan. Anda perlu belajar, menyesuaikan diri dan bertindak pantas secara berulang kali.

Anda perlu memberi tumpuan kepada kecekapan DAN keberkesanannya. Kita memerlukan ‘bot laju dan tangkas’ bukannya kapal tangki minyak yang bergerak perlahan! Peranan Petunjuk Prestasi Utama yang tegar telah hilang. Kita memerlukan Revolusi Kepimpinan!

Azizi Ahmad Berita Harian Surat Pembaca 20 Ogos 2018

Posts from This Journal by “kpi” Tag

  • Tidak profesional punca murung

    KPI punca guru terbeban, Kerja banyak, bebanan peribadi penyebab guru murung adalah tajuk terkini bagi permasalahan guru. Sudah bertahun-tahun…

  • Set reasonable KPI

    SCIENTISTS, especially those in the universities, nowadays are under a lot of pressure. It is the pressure to publish, a key KPI for lecturers. In…

  • A step in the right direction for graduates

    WE have heard often enough about how our graduates lack the necessary skills to function effectively in the workplace upon graduation. They may have…

Latest Month

December 2018
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow