?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Tidak profesional punca murung

KPI punca guru terbeban, Kerja banyak, bebanan peribadi penyebab guru murung adalah tajuk terkini bagi permasalahan guru.

Sudah bertahun-tahun lamanya isu ini disuarakan; pemimpin pendidikan termasuk Menteri pun sudah bertukar dan maklumbalas pun sudah tersedia diketahui iaitu ‘bersabarlah, pihak kami sedang berusaha …” sehinggalah kepada komen “kalau tak mampu, berhenti sahaja …”. azizi_um_forum_kpi_20082018 001.jpg

Mudahnya mereka memberi maklumbalas.

‘Ditugaskan dengan beban kerja yang banyak dan berlebihan’ merupakan rungutan dan komplen yang ‘utama’ dalam dunia profesional serba moden.

Namun, ia bukanlah merupakan punca tekanan dan kemurungan ditempat kerja tetapi di ‘layan dengan tidak adil dan saksama’ merupakan penyebab utama.

Sekumpulan penyelidik dari Aarhus Universiti, Denmark yang diketuai oleh Matias Brødsgaard Grynderup mendapati bahawa kajian menunjukkan ‘beban kerja tidak memberi kesan kepada tekanan dan kemurungan’.

Dapatan kajian menunjukkan kemurungan boleh menjadikan petunjuk kepada beban kerja kelihatan hebat dan tidak dapat disangkalkan.

Melalui tinjauan dan wawancara kepada hampir 3,000 kakitangan awam di Denmark, para penyelidik mendapati bahawa, bukannya tekanan yang tinggi yang menyebabkan kemurungan, mereka yang hormon stres kortisol bertahap rendah berada pada risiko yang lebih tinggi daripada kemurungan.

"Kemurungan hanya boleh membuat tugasan kerja kelihatan tidak dapat diatasi, walaupun kemurungan tidak disebabkan oleh beban kerja" kata Grynderup lagi.

Sesuatu yang kurang senang diketahui melalui kajian tersebut adalah lebih banyak beban kerja anda atau melepaskan tugasan yang berat kepada rakan sekerja tidak semestinya akan mengurangkan perasaan tidak bahagia.

Yang menyenangkan pula adalah kunci kepada tenaga kerja yang bahagia adalah persekitaran yang adil, di mana pekerja merasa bahawa mereka diperlakukan dengan adil dan dihormati.

Kenyataan ini adalah sesuatu yang hanya mampu dijawab oleh pihak pentadbiran dan pengurusan.

"Apabila para pekerja mendapati dan merasai keadilan ia akan menjadikan tempat kerja satu tempat yang bahagia dan meminimumkan risiko kemurungan, ini mungkin membantu membetulkan keadaan".

Grynderup mencadangkan gaya pengurusan di mana terdapat keinginan yang jelas untuk memperlakukan pekerja dengan baik-digabungkan dengan struktur organisasi yang telus.

Majikan boleh memberi kerja yang lebih tetapi lakukannya dengan cara yang hormat. Bukan beban kerja penyebab kemurungan tetapi mereka yang ‘tidak profesional’ dalam memberi arahan merupakan penyebabnya.

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Forum 20 Ogos 2018

Posts from This Journal by “murung” Tag

Latest Month

December 2018
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow