?

Log in

No account? Create an account

Previous Entry | Next Entry

Lambakan graduan

Lambakan graduan yang tidak menyerlah menjadi tajuk salah satu kolum disebuah media baru-baru ini.

Intipati kepada penulisan tersebut menunjukkan berlakunya lambakan graduan tidak memenuhi permintaan pekerjaan, berlakunya pengubahan dan penipuan gred oleh beberapa IPT dan pelajar lulus pengajian tetapi tidak memenuhi realiti kehidupan.




Sungguh pun banyak telah ditulis dan diutarakan didalam media terutamanya namun tiada kesungguhan oleh pihak terlibat untuk mengatasi dan menyelesaikan permasalahan ini.

Pihak berkepentingan hanya mementingkan status dan kedudukan,  tidak mahu dilihat sebagai ‘gagal’ dalam mentadbir dan mengurus perjalanan program dan sanggup mengenepikan nilai etika semata-mata untuk menaikkan ego kehebatan masing-masing.

Bagi para pengajar atau pendidik, kebanyakkan yang mengutarakan permasalahan ini di IPT akan diambil tindakan kerana ‘tidak menurut perintah atau arahan’ dengan alasan ia merupakan sesuatu yang dikategorikan ‘sulit dan rahsia’.

Kebanyakkannya pulak akan di labelkan sebagai tidak berpengetahuan, mahir dan kompeten serta tidak bekerjasama dalam membina item soalan, panduan peraturan pemarkahan dan ‘rubrik.

Bagi IPT, semuanya bermula dari arahan pihak atasan induk atau pusat.

Arahan biasanya menghendaki pengajar mengikut dan menggunakan kurikulum yang telah disediakan dan diberikan melalui pro-forma atau rancangan mengajar kursus. Pro-forma atau rancangan mengajar kursus biasanya diluluskan oleh pihak MQA.

Ada IPT menyediakan modul atau nota bahan kursus sebagai panduan untuk pengajar, tetapi kebanyakkannya perlu disediakan oleh pengajar sendiri. Hasrat induk lebih merupakan memberi arahan tanpa panduan.

Bahan pengajaran seperti buku teks dan rujukan yang terdapat di pusat sumber atau perpustakaan juga tidak memenuhi kehendak kurikulum, bahkan ada yang tidak tersenarai dalam ‘rujukan’ atau pun yang sudah ‘lupus’ dan pengajar perlu mencari di laman sesawang untuk mendapatkannya.

Jelas ia merupakan tindakan yang tidak selaras dalam menyediakan bahan pengajaran diantara pengajar di IPT yang menyediakan program yang sama.

Tenaga pengajar juga didapati seperti ditangkap muat untuk mengisi peluang ‘mengajar’ atau memastikan mereka mempunyai dan diberi masa kuliah terutama dikalangan kroni yang terlibat.

Ada yang mempunyai Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dibidang bukan kelayakan diambil untuk memberi kuliah walaupun ‘pengetahuan dan ilmu’ bukan berdasarkan matapelajaran yang dimaksudkan; ijazah tinggi tidak semestinya tahu akan bidang yang diajar sebagai contoh Ijazah Doktor Falsafah Sukan diberi kuliah ‘ilmu pendidikan’ atau ijazah lingusitik untuk kuliah statistik.

Pentadbir akademik juga didapati banyak mempengaruhi keputusan dan ketetapan dalam menentukan kuiz, ujian dan peperiksaan akhir, juga terdapat ketidak sepakatan dan kebersamaan memandangkan, mereka yang dipilih untuk menghadiri mesyuarat peperiksaan adalah mereka yang bukan ‘ahli’ dalam subjek yang ingin ditaksirkan.

Sebagai contoh, adakah seorang Setiausaha Peperiksaan tahu semua matapelajaran yang diwakilinya; atau ‘pakar matapelajaran dan pemeriksa dalaman’ adalah mereka yang benar dan pakar dalam matapelajaran yang dimaksudkan; atau mereka sekadar menghadiri mesyuarat dan pulang membawa ‘persetujuan yang telah ditetapkan’.

Para pelajar juga didapati tidak bersedia dan berusaha dalam menimba ilmu, kemahiran dan pengetahuan yang dicurahkan. Ramai yang menunggu untuk di ‘suap’ walaupun kaedah flipped classroom, blended learning atau ‘pembelajaran berasaskan pelajar’ diberikan.

Tanggungjawab dan persediaan sebagai pelajar didapati tidak dihayati sepenuhnya, ramai yang mengambil sikap mudah mungkin mereka sudah tahu bahawa asalkan membuat dan menghantar tugasan, mengambil kuiz  dan peperiksaan pastinya mereka akan tetap lulus walaupun gagal.

Bagi pengajar, bagaimana usaha mereka sekali pun pastinya mereka akan tetap terpaksa akur dengan ‘arahan dan kehendak pentadbiran’; moral dan kebajikan pengajar tidak dipedulikan dan diabaikan.

Jika ini berterusan, apa lagi yang boleh dilakukan; mengusul, memberi pandangan dan pendapat tidak endahkan. Kuasa ditangan mereka yang menguasai; yang di usaha tidak kesampaian yang ditatang bertaburan.

Azizi Ahmad Utusan Malaysia Forum 26 Ogos 2018

Posts from This Journal by “graduan” Tag

  • Tahap graduan di mata majikan

    STATISTIK kadar pengangguran yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia setakat Mei 2016 adalah sebanyak 3.4%. Walaupun kadar pengangguran ini…

  • Graduan tulen vs graduan copy & paste

    CORAK pembelajaran di universiti kini sedang mengikuti arus perubahan yang ketara. Dalam mendepani cabaran globa­lisasi, corak pembelajaran…

  • Melahirkan graduan sebagai insan

    September adalah antara bulan paling sibuk dalam kalendar akademik universiti awam (UA) di negara ini. Kemasukan pelajar baharu dan bermulanya sesi…

Latest Month

December 2018
S M T W T F S
      1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031     

Tags

Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow